REDANG, 15 Mei 2026 - Program Retreat Pendakwa Syarie JaPenSWP Tahun 2026 pada 13 - 15 Mei 2026 di Laguna Redang Island Resort, Pulau Redang
Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan-JAPENSWP
JABATAN PERDANA MENTERI
15/05/2026
REDANG, 15 Mei 2026 - Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JaPenSWP) melalui Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (BKPSM) telah berjaya mengurus setiakan Program Retreat Pendakwa Syarie JaPenSWP pada 13 - 15 Mei 2026 bertempat di Laguna Redang Island Resort, Pulau Redang. Program telah disertai oleh Pengurusan Tertinggi bersama Pendakwa Syarie JaPenSWP.
Program selama tiga hari tersebut telah membincangkan hala tuju strategik Jabatan bagi tahun 2026 dan 2027. YBrs Tuan Abd Razak bin Mat Nayan, Pengarah/ Ketua Pendakwa Syarie JaPenSWP dalam amanat dan ucapan perasmian beliau telah merakamkan penghargaan atas segala pencapaian dan kerjasama erat yang telah ditunjukkan melalui pelaksanaan gerak kerja Jabatan. Beliau turut menekankan kepentingan untuk kebersamaan ini dikekalkan dalam segala tindakan bagi meningkatan keberhasilan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan.
Majlis Penutup Retreat telah diadakan pada pagi ini dengan disempurnakan oleh YBrs Tuan Abd Razak bin Mat Nayan, Pengarah/ Ketua Pendakwa Syarie JaPenSWP. YBrs Tuan Abd Razak dalam ucapan penutupnya telah menyentuh berhubung pencapaian objektif program yang telah berjaya dicapai. Beliau turut memaklumkan bahawa JaPenSWP mempunyai banyak potensi yang perlu ditonjolkan melalui warga kerjanya. Program Retreat Pendakwa Syarie JaPenSWP Tahun 2026 ditangguhkan dengan bacaan doa memohon keberkatan dan ukhwah yang berpanjangan.
Untuk rekod, Program Retreat ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan dan merupakan program terakhir yang turut disertai oleh YBrs Tuan Abd Razak sebagai Pengarah/ Ketua Pendakwa Syarie JaPenSWP. Program Retreat turut menyelitkan acara candat sotong dan snorkeling sekitar Pulau Redang. Semoga objektif Program Retreat ini telah tercapai dalam usaha pemerkasaan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
15/05/2026
Tanggal 16 Mei pada setiap tahun merupakan tarikh istimewa buat para guru.
Jom sama-sama doakan keampunan dan kemuliaan buat para guru yang telah mendidik dan mencurahkan ilmu kepada kita.
Semoga mereka terus diberkati dan pahala menyampaikan ilmu sentiasa mengalir dan menjadi amal jariah buat mereka, Insya-Allah.
15/05/2026
SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2026
Belia hari ini merupakan kekuatan dan harapan masa depan negara.
Jadilah generasi yang berilmu, berakhlak serta sentiasa bersedia memimpin dengan semangat, integriti dan wawasan.
Semoga anak muda terus menjadi inspirasi kepada masyarakat, melakar kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Ikhlas daripada:
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah,
Ketua Pengarah,
Pengurusan Utama,
serta seluruh Warga Kerja
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
—————————
Kami di YAPEIM sentiasa menghargai sokongan orang ramai dalam apa jua bentuk bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh negara.
Zahirkan sokongan anda dengan menyumbang melalui 2 cara mudah:
1. Sumbangan one-off: https://qaseh.yapeim.my/
2. Sumbangan bulanan automatik (Direct Debit) : https://infaqpay.my/go/yapeim
Anda juga boleh menyumbang melalui Kempen Hope For Gaza
1. Sumbangan one-off : https://tinyurl.com/h4g0002
2. Sumbangan bulanan automatik (Direct Debit) : https://tinyurl.com/ddh4g0002
15/05/2026
14/05/2026
14/05/2026
Atas keyakinan, Pendidikan Islam menjadi teras acuan generasi berilmu dan berakhlak, Kerajaan terus memperkukuh dasar pendidikan dan syiar Islam demi masa depan anak cucu kita.
YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri akan hadir bersama YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dan YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) akan turun ke lapangan menyampaikan peruntukan pembangunan syiar Islam di Negeri Sembilan pada:
🗓 15 Mei 2026 (Jumaat)
📍 Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan
Bila pendidikan Islam diperkasa, masa depan negara madani kukuh terbina.
Jom kita bersolat jumaat di Masjid Sri Sendayan esok.
14/05/2026
Tahniah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu - JPSNT!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62652
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 16:30 |
| Tuesday | 08:30 - 16:30 |
| Wednesday | 08:30 - 16:30 |
| Thursday | 08:30 - 16:30 |
| Friday | 08:30 - 12:00 |
| 15:00 - 16:30 |
