Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth

Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth

Share

Dapatkan update berita, info dan tip penjagaan kesihatan hanya di Portal MyHEALTH, KKM Telegram : https://t.me/sihatmilikbersama

Dapatkan update berita, info dan tips penjagaan kesihatan hanya di Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.

14/05/2026

Hantavirus - Wabak daripada Tikus, Risiko Kepada Manusia

Dengarkan di IKIMfm esok pada pukul 12.00 tengah hari bersama Dr. Mohd Hanif bin Zailani, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Ketua Sektor Kawalan Zoonosis dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

13/05/2026

HANTAVIRUS: Apa Yang Perlu Anda Tahu & Kesiapsiagaan Negara

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1

Tarikh : 14 Mei 2026 (Khamis)
Masa : 8.15 pagi

Panel :

Dr. Rosvinder Singh
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Sektor Kesiapsiagaan Kecemasan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

13/05/2026

Dah duduk lebih 2 jam? Jom X-Break!

Kekal aktif, cegah sedentari.

11/05/2026

Kenali IED Disorder : Cegah Tindakan Melampau

Dengarkan di Nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Sapini binti Yacob,
Pakar Psikiatri (Konsultasi-liaison) dari
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Shah Alam.

08/05/2026

Pernahkah kita terfikir… di sebalik wajah yang kelihatan biasa, ada pesakit yang setiap bulan perlu ke hospital untuk menerima darah - supaya mereka boleh terus hidup seperti orang lain. Bagi ramai pesakit Thalassaemia, kehidupan bukan sekadar rutin harian. Ia adalah perjalanan panjang yang memerlukan rawatan sepanjang hayat, kekuatan mental, dan sokongan keluarga yang tidak pernah putus.

Hari ini, dunia memperingati Hari Thalassaemia Sedunia dengan tema: “Hidden No More: Finding the Undiagnosed. Supporting the Unseen.”

Kerana hakikatnya, masih ramai yang:

🔍 tidak tahu mereka pembawa Thalassaemia
👀 hidup dengan penyakit ini tanpa difahami Masyarakat
🤝 memerlukan lebih banyak sokongan dan kesedaran daripada kita semua

💡 Satu ujian darah yang mudah boleh memberi jawapan penting tentang status Thalassaemia anda. Mengetahui lebih awal bukan untuk menakutkan - tetapi untuk melindungi generasi akan datang.

🩸 Thalassaemia: Hidden No More.


Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 08/05/2026
Photos from Dr Dzulkefly Ahmad's post 08/05/2026
07/05/2026

Ramai yang anggap letih dan pening semasa cuaca panas itu perkara biasa tetapi sebenarnya, itu mungkin petanda awal Strok Haba.

Kenali tanda-tanda awal strok haba

➡ Letih melampau
➡ Pening
➡ Dahaga
➡ Kulit rasa panas atau kering

Golongan berisiko tinggi adalah bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif.

Jika anda nampak keluarga atau rakan mula mengalami gejala-gejala tersebut, segera bawa mereka ke tempat teduh dan berikan air secukupnya.

07/05/2026

Jangan biarkan cuaca panas menjejaskan kesihatan anda. Ikuti langkah mudah ELAK untuk kekal cergas dan selamat

E - Elak aktiviti luar dan pakaian berwarna gelap dan ketat.
L - Lebihkan minum air kosong
A - Awasi golongan berisiko daripada berada lama di bawah panas terik
K - Kekal di tempat nyaman dan redup dengan ventilasi yang baik

Kesihatan kita, tanggungjawab kita.

06/05/2026

Cuaca panas menyebabkan badan kita cepat hilang air. Jom amalkan langkah kawalan kesihatan kendiri ketika cuaca panas

Minum air secukupnya. Pastikan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Minum sebelum haus. Haus adalah tanda amaran awal sudah mula dehidrasi.
Hadkan aktiviti fizikal di luar bangunan.

Kesihatan kita, tanggungjawab kita.

06/05/2026

Berikut adalah Jadual Imunisasi Kebangsaan yang terkini.

Pastikan anak-anak anda telah mendapat imunisasi yang lengkap.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Bahagian Pendidikan Kesihatan
Putrajaya
62590

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00