Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan KKM

Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan KKM

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan KKM, Government Organization, Putrajaya.

30/04/2026
30/04/2026

Terima kasih di atas sumbangan bakti Tuan dari semua warga CPPPP KKM

Photos from Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan KKM's post 29/04/2026

28 APRIL 2026

MESYUARAT JAWATANKUASA AMOTeX BIL. 1/2026

Mesyuarat Jawatankuasa AMOTeX Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (CPPPP), dengan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Hirman bin Ismail, Pengarah Bahagian Amalan Perubatan merangkap Pengerusi Jawatankuasa AMOTeX.

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pembentangan dan penilaian permohonan AMOTeX oleh pihak urus setia bagi tujuan pertimbangan serta keputusan Jawatankuasa. Perbincangan turut memfokuskan kepada keperluan strategik dan hala tuju pengukuhan peranan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dalam kerangka AMOTeX, termasuk usaha penambahbaikan Garis Panduan AMOTeX agar lebih komprehensif dan berdaya saing, seterusnya memperkukuh sistem sedia ada supaya lebih dinamik serta kekal relevan dalam memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan perkhidmatan kesihatan negara.

Keseluruhan mesyuarat berlangsung dalam suasana yang konstruktif dengan penglibatan aktif semua ahli jawatankuasa. Dalam rumusan penutup, Pengerusi menegaskan bahawa kejayaan pelaksanaan AMOTeX memerlukan komitmen berterusan, penyelarasan strategik yang mantap serta pendekatan inovatif dalam memperkukuh profesionalisme Penolong Pegawai Perubatan. Inisiatif ini dilihat sebagai pemangkin penting ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan, selaras dengan aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Sekretariat
Lembaga Pembantu Perubatan

Photos from Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan KKM's post 24/04/2026

23 April 2026

CPPPP telah menerima kunjungan hormat dari pasukan pengurusan perkhidmatan PPP Hospital Al Sultan Abdullah Shah (HASA) UITM Puncak Alam diketuai En Izzad Mohd Idrus.Taklimat ringkas berhubung kedudukan semasa dan halatuju perkhidmatan PPP di hospital berkenaan telah disampaikan dan dibincangkan. Antara yang dipersetujui adalah pewujudan pusat latihan Program Penempatan Wajib (PPW) bagi PPP di HASA. Tahniah diucapkan kepada pasukan PPP HASA diatas perancangan dan pencapaian yang mampu menyumbang dan membawa HASA sebagai salah satu hospital yang menawarkan perhidmatan kesihatan yang berkualit tinggi.

_________________________________________________

23rd April 2026

CPPPP received a courtesy visit from the management team of the Assistant Medical Officer (AMO) service of Hospital Al-Sultan Abdullah Shah (HASA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, led by Mr. Izzad Mohd Idrus.
A brief presentation outlining the current status and strategic direction of the AMO service at the hospital was delivered and subsequently discussed. Among the key outcomes agreed upon was the establishment of a training centre for the Compulsory Placement Programme (PPW) for AMOs at HASA.
Congratulations are extended to the HASA AMO team for their planning and achievements, which contribute significantly to positioning HASA as one of the hospitals offering high-quality healthcare services.

Photos from Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan KKM's post 24/04/2026

20-21 April 2026

Mesyuarat Pembangunan Polisi Perkhidmatan PPP di hospital, PKD/PKB/PKK dan Mesyuarat Pembangunan SPG PPP O&G telah dianjurkan di Dewan Serbaguna Kementeriam Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ,Presint 3 Putrajaya. Pada sesi ini, kedua-dua jawatankuasa meneruskan kesinambungan pembangunan dokumen dengan memperinci rujukan dan best practice sedia ada dari mana-mana fasiliti yang boleh dijadikan rujukan bagi pembangunan dokumen.Terima kasih kepada semua ahli JK yang telah memberikan sumbangan tenaga dan ilmu bagi pembangunan kedua-dua dokumen ini.

Photos from Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan KKM's post 23/04/2026

KURSUS OBSTETRIC LIFE SAVING SKILLS (OLSS) Siri 2/2026

Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (CPPPP), Bahagian Amalan Perubatan telah berjaya menuntaskan penganjuran Kursus Obstetric Life Saving Skills (OLSS) yang berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 20 hingga 21 April 2026
Tempat: Bilik Mesyuarat Rajawali, Hospital Umum Sarawak.
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

CPPPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan Sarawak Advance Life Support in Obstetric (SALSO) di bawah pimpinan Dr. Angeline Wong, Pakar O&G Hospital Umum Sarawak. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan atas sumbangan kepakaran beliau yang secara langsung mengangkat kompetensi para peserta ke tahap yang lebih tinggi. Kolaborasi strategik ini bukan sahaja menjamin keselamatan pesakit, malah menjadi manifestasi komitmen kita dalam memperkukuh sistem penyampaian kesihatan yang progresif dan berintegriti.

Syabas diucapkan kepada seluruh peserta atas komitmen jitu yang dizahirkan sepanjang sesi latihan ini. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang digarap menjadi pemangkin kepada kecemerlangan tugas dalam menyelamatkan nyawa dengan penuh integriti.

Teruskan melangkah dengan keyakinan, kerana di tangan anda terletak amanah dan harapan rakyat; jadilah penggerak transformasi kesihatan yang sentiasa bersiap siaga dan kompeten.

Photos from Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan KKM's post 21/04/2026

Lawatan Kerja KPPPM Ke Kedah

Pada 18-19 April 2026 satu lawatan kerja telah diadakan ke negeri Kedah bagi menilai keberkesanan perkhidmatan yang disampaikan PPP dan PPK di negeri tersebut.Sesi lawatan bermula dengan kehadiran ke Seminar Kecemerlangan Diri diikuti majlis town hall bersama PPP Kedah. Pada sebelah malamnya, majlis diteruskan dengan Majlis Apresiasi sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat negeri Kedah.Keesokannya, KPPPM telah mengadakan lawatan ke fasiliti bermula dengan Hospital Kulim dan seterusnya ke Klinik Kesihatan Taman Selasih,Kulim.Sesi lawatan KPPPM disambut oleh Tn Pengarah Hospital Kulim dan juga Pakar Kesihatan keluarga bagi kedua-dua fasiliti. Turut sama di dalam lawatan ini adalah Ketua Sektor Dasar dan Perancangan, En Alias Abu Hassan,Ketua PPP Kedah,Tn Hj Mohd Hairul Nisham Mohd Senapi serta Ketua PPP Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM, Tn Hj Amin Zafri Abd Rahman.Banyak input dan perkongsian telah diperolehi sepanjang lawatan ini dilaksanakan. KPPPM juga telah mencadangkan beberapa solusi dan penambahbaikan terhadap beberapa isu berbangkit yang dikemukakan sepanjang lawatan ini berkaitan perkhidmatan PPP dan PPK.Pihak Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, KKM, mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan sambutan yang diatur oleh semua pihak.Terima kasih.

________________________________________

Official Visit of the Head of the Assistant Medical Officer Services Division (KPPPM) to Kedah
On 18–19 April 2026, an official visit was conducted to the state of Kedah with the objective of evaluating the effectiveness of services delivered by Assistant Medical Officers (AMOs) and Assistant Healthcare Personnel (PPK) in the state.
The programme commenced with attendance at a Self-Excellence Seminar, followed by a town hall session with AMOs across Kedah. In the evening, the programme continued with an Appreciation Ceremony held in conjunction with the Kedah State-level celebration of Assistant Medical Officer Day.
On the following day, the KPPPM delegation conducted visits to selected healthcare facilities, beginning with Hospital Kulim and subsequently to Klinik Kesihatan Taman Selasih, Kulim. The delegation was received by the Hospital Director of Hospital Kulim as well as Family Medicine Specialists at both facilities.
Also in attendance during this visit were the Head of Policy and Planning Sector, Mr. Alias Abu Hassan; the Head of AMO Kedah, Mr. Haji Mohd Hairul Nisham Mohd Senapi; and the Head of AMO, Family Health Development Division, Ministry of Health Malaysia, Mr. Haji Amin Zafri Abd Rahman.
The visit provided valuable insights and facilitated meaningful knowledge sharing. The KPPPM also proposed several solutions and improvements to address issues raised throughout the visit.
The Assistant Medical Officer Services Branch, Ministry of Health Malaysia, extends its sincere appreciation and gratitude for the cooperation and warm reception extended by all parties involved. Thank you.

Photos from Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan KKM's post 21/04/2026

KURSUS FIRST RESPONDER EMERGENCY MEDICAL RESCUE SERVICES (FR-EMRS) SIRI 1/2026
telah diadakan pada 10-21 April 2026 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu.

Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (CPPPP) merupakan sekretariat latihan bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melatih anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi perkhidmatan "Emergency Medical Rescue Services (EMRS)". En.Mohd Faris bin Abdul Rashid, Ketua Unit Perkembangan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan CPPPP merupakan penyelaras kursus ini.

Seramai 4 orang Pakar Perubatan Kecemasan dan 16 orang Penolong Pegawai Perubatan telah bertugas secara giliran bagi melatih 45 orang peserta kursus pada kali ini. Peserta yang telah lulus sesi di akademi ini akan menjalani sesi latihan praktikal selama 120 jam di hospital KKM p**a selepas ini. Peserta dikehendaki lulus kedua-dua sesi ini untuk mendapatkan sijil kelulusan.

Photos from Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan KKM's post 16/04/2026

Hebahan Penganjuran MEPS Colloqium 2026 # NATIONAL TRIAGE 27-28 July 2026 ,Hospital Permai,Johor Bharu.

09/04/2026

HEBAHAN: PELAWAAN PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) JPA TAHUN 2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini membuka peluang kepada semua Pegawai Kump**an Pelaksana (PKP) lantikan Tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk memohon Program Penajaan Kump**an Pelaksana (PPKP) Tahun 2026.

Program ini adalah inisiatif terbaik bagi meningkatkan pembangunan kompetensi, pengetahuan, dan kemahiran anda untuk potensi kerjaya yang lebih cemerlang. Pegawai yang berjaya juga layak dipertimbangkan untuk kelulusan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) sepanjang tempoh pengajian.

Peringkat Pengajian: Diploma (bagi Pembantu Perawatan Kesihatan) atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa (bagi Penolong Pegawai Perubatan).

Tarikh Permohonan: 16 Mac 2026 hingga 17 April 2026.

Kaedah Permohonan: Lengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi JPA di https://penajaan.jpa.gov.my

Bagi yang berminat dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang keemasan ini! Sila pastikan anda meneliti syarat kelayakan, menyemak senarai universiti, dan melengkapkan dokumen yang diperlukan untuk mendapat perakuan Ketua Jabatan sebelum tarikh tutup.

Photos from Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan KKM's post 06/04/2026

📢 Perkongsian Latihan & Pembangunan Kepakaran PPP KKM

Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Muhammad Izat Hilman bin Ikrodi, Penolong Pegawai Perubatan Gred U5 dari Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Beliau telah mengikuti Certificate Course on Ayurveda Panchakarma Therapist yang dianjurkan oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dengan kerjasama Ministry of Ayush, Kerajaan India. Kursus ini bertujuan melahirkan Panchakarma Therapist yang terlatih dan kompeten dalam bidang rawatan Ayurveda.

Latihan telah dilaksanakan selama dua (2) bulan di UTAR bermula 5 Januari hingga 28 Februari 2026, diikuti dengan latihan lanjutan selama satu (1) bulan di Institute of Teaching and Research in Ayurveda, Gujarat, India dari 1 Mac hingga 1 April 2026. Latihan di India telah ditaja oleh Ministry of Ayush, Kerajaan India.

Penyertaan ini sekali gus menjadikan beliau antara perintis dalam kalangan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang dihantar mengikuti latihan tersebut. Inisiatif ini merupakan langkah strategik dalam memperkukuh pembangunan perkhidmatan rawatan komplementari di fasiliti KKM.

Sehubungan itu, KKM telah mengambil pendekatan proaktif dengan menghantar anggota sendiri bagi memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkenaan. Beliau akan ditempatkan di Unit Traditional & Complementary Medicine (TCM), Hospital Rehabilitasi Cheras bagi menyokong usaha memperkukuh dan memperluas perkhidmatan secara berterusan.

Syabas dan tahniah diucapkan atas usaha serta pencapaian ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan serta penjagaan pesakit di HRC.



📢 Sharing on Training & Expertise Development of Medical Assistants, MOH Malaysia

The Assistant Medical Officer Section, Ministry of Health Malaysia (MOH), extends its highest appreciation and heartfelt congratulations to Muhammad Izat Hilman bin Ikrodi, Assistant Medical Officer Grade U5 from Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).
He has successfully completed the Certificate Course on Ayurveda Panchakarma Therapist, organized by Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) in collaboration with the Ministry of Ayush, Government of India. This course aims to produce well-trained and competent Panchakarma Therapists in the field of Ayurvedic treatment.
The training was conducted over a period of two (2) months at UTAR, from 5 January to 28 February 2026, followed by an additional one (1) month of advanced training at the Institute of Teaching and Research in Ayurveda, Gujarat, India, from 1 March to 1 April 2026. The training in India was sponsored by the Ministry of Ayush, Government of India.
His participation marks him as one of the pioneers among Assistant Medical Officers selected to undergo this specialized training. This initiative represents a strategic effort to strengthen the development of complementary medicine services within MOH healthcare facilities.
In this regard, MOH has adopted a proactive approach by sending its personnel to acquire knowledge and hands-on experience in this field. He will be assigned to the Traditional & Complementary Medicine (TCM) Unit at Hospital Rehabilitasi Cheras to support ongoing efforts in enhancing and expanding service delivery.
Congratulations once again on this remarkable achievement. It is hoped that the knowledge and experience gained will be effectively utilized to further improve the quality of healthcare services and patient care at HRC.

Photos from Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan KKM's post 02/04/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Peperiksaan Lembaga Pembantu Perubatan Bil 1/2026 telah dijalankan pada 1-2 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan KKM.

Mesyuarat ini bertujuan membuat semakan terperinci keputusan dan pencapaian semua calon terlibat dalam Peperiksaan Lembaga Pembantu Perubatan siri 4/2025. Mesyuarat juga turut menilai, meneliti serta pemurnian set soalan sedia ada serta aspek-aspek berkaitan Peperiksaan Lembaga Pembantu Perubatan. Di penutup mesyuarat, Sijil Anugerah Kecemerlangan PLPP Bagi Pencapaian 100% Calon Lulus Bil 4/2025 turut disampaikan kepada ILKKM Alor Star dan ILKKM Kota Kinabalu.

-Sektor Pembangunan Profesion-

"Profesion DiPerkasa Masyarakat Sejahtera"

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00