Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian - BPSP

Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian - BPSP

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian - BPSP, Government Organization, BAHAGIAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PERTANIAN, KEM PERTANIAN DAN INDS ASAS TANI MSIA, ARAS 2 GALERIA PUTRAJAYA, Jalan P4W, PRESINT 4, Putrajaya.

Photos from Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian - BPSP's post 20/12/2024

Kota Belud, 18 Disember 2024 - Sesi lawatan tapak Projek Upgrading and Improvement Works of Tempasuk South Irrigation Scheme, IADA Kota Belud, Sabah telah diadakan untuk membincangkan cadangan penggunaan Gunite Slope bagi menggantikan concrete canvas dan semakan spesifikasi pembuatan precast U- Drain.



Photos from Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan's post 20/12/2024
Photos from Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian - BPSP's post 19/12/2024

Taiping, 18 Disember 2024 - Mesyuarat penyelarasan dan sesi lawatan tapak projek Membina dan Menyiapkan 9 Unit Kandang Lembu Tenusu Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Pusat Ternakan Haiwan Pondok Tanjung, Perak Darul Ridzuan.

Sesi lawatan ini turut dihadiri oleh pegawai dari BPSP, Jurutera Projek IADA Kerian, pegawai dari Jabatan Veterinar Putrajaya dan wakil Perunding Kejuruteraan Awam, Mekanikal & Elektrikal dan Jurukur Bahan.



Photos from Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian - BPSP's post 13/12/2024

Pattaya, 13 Disember 2024 - Mesyuarat Pemandu bagi Working Group 1 yang diketuai dan dipengerusikan oleh Malaysia telah diadakan bagi membincangkan dengan lebih terperinci kaedah pengukuhan dan kepelbagaian fungsi rantaian makanan (strengthen multi functionality and food value chain) berkaitan padi bersama peserta simposium dan ahli-ahli forum antarabangsa..

Mesyuarat ini telah disertai oleh 6 buah Negara termasuk Malaysia, Thailand, Japan, India, Sri Lanka dan Egypt. Sebanyak 6 kertas pembentangan juga telah dibentangkan oleh wakil dari beberapa buah negara sepanjang sesi mesyuarat ini melibatkan tajuk-tajuk berikut:
1. Multi-functionality in paddy field ecosystems in Japan
2. Technologies for Water Reuse and Increasing Water Use Efficiency in Paddy Fields. Summary of INWEPF activities in 2023/2024 -EGYPT
3. Strengthening Multi-functionality and Food Value Chain from Thailand
4. Strengthening Multi-functionality and Food Value Chain from India
5. Strengthening Multi-functionality and Food Value Chain in Sri Lanka
6. National Benchmarking Index, MyKPA from Malaysia.




13/12/2024
Photos from Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian - BPSP's post 12/12/2024

Pattaya, 12 Disember 2024 - Mesyuarat Pemandu dan Simposium INWEPF ke-19 yang dianjurkan oleh INWEPF-Thailand dijadualkan berlangsung dari 12 - 14 Disember 2024 di Pantai Pattaya, Daerah Mueang Chonburi, Wilayah Chonburi, Thailand dengan bertemakan "Promoting Innovative Paddy Farming to Achieve Carbon Neutrality". Delegasi dari Malaysia telah diwakili oleh Ir Yuslina binti Hj Mohd Sani selaku Pengerusi MANCID dan Ir Siti Hawa Adila binti Mohd Yusof selaku Jawatankuasa Eksekutif MANCID.

Objektif utama acara ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pegawai kerajaan, penggubal dasar dan ahli akademik memahami dengan lebih mendalam tentang dasar, teknologi, dan amalan pengurusan terkini dalam pertanian padi. Tumpuan ini sejajar dengan keperluan sektor pertanian bagi menghadapi fenomena perubahan iklim.

INWEPF (International Network for Water and Ecosystem in Paddy Field) telah ditubuhkan untuk menyediakan rangka kerja bagi menggalakkan pengurusan pengairan sawah padi melalui pelbagai aktiviti termasuk bengkel, simposium dan pertukaran pengetahuan dan kapasiti lain kearah mencapai tiga matlamat, "Keselamatan Makanan dan Pembasmian Kemiskinan", "Penggunaan Air Lestari" dan "Perkongsian". Malaysia adalah merupakan salah satu dari 17 buah negara yang telah menjadi rakan strategik INWEPF.




Photos from Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian - BPSP's post 12/12/2024

Seberang Perak, 11 Disember 2024 - Sesi lawatan tapak bagi tender Menyiapkan Baki Kerja Bagi Kerja-Kerja Menaiktaraf Taliair Kedua, TA-1, TA-2 dan TA-5 di Skim Pengairan Sungai Manik, Daerah Hilir Perak, Perak Darul Redzuan telah diadakan dengan seramai 17 kontraktor telah mengambil bahagian di dalam sesi lawatan ini.

Wakil dari pihak Kementerian telah dihadiri oleh pegawai dari Bahagian Pembangunan, pegawai dari BPSP dan Jurutera Projek, IADA Seberang perak.

Skop kerja yang terlibat di dalam tender ini adalah melibatkan kerja-kerja menaiktaraf taliair, jalan ladang dan lain-lain kerja yang berkaitan.



Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


BAHAGIAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PERTANIAN, KEM PERTANIAN DAN INDS ASAS TANI MSIA, ARAS 2 GALERIA PUTRAJAYA, Jalan P4W, PRESINT 4
Putrajaya
62570

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00