04/05/2026
PERTANDINGAN MENGULAS BUKU KEGEMARAN SAYA BERSEMPENA PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT ANJURAN BERSAMA UNIT PERPUSTAKAAN KPKM DAN KELAB TANI KPKM
Sukacita dimaklumkan, Unit Perpustakaan KPKM dengan kerjasama Kelab Tani KPKM akan melaksanakan Pertandingan Mengulas Buku Kegemaran Saya bermula daripada 10 April sehingga 10 Mei 2026. Pertandingan ini dianjurkan bersempena Program Jom Baca 10 Minit yang akan dijalankan seretak di seluruh negara pada 23 April 2026.
Program "Jom Baca Bersama 10 Minit" merupakan Program Galakan Membaca yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun untuk menggalakkan pembacaan, penerbitan dan hak cipta tempatan.
Objektif utama bagi program ini adalah untuk memupuk budaya membaca sebagai gaya hidup Warga KPKM serta menjadikan amalan membaca sebagai rutin harian yang menyeronokkan di samping melahirkan Warga KPKM yang berpengetahuan tinggi.
29/04/2026
π Jom Baca Bersama 10 Minit π
Alhamdulillah, Unit Perpustakaan KPKM dengan kerjasama SMK Putrajaya Presint 15 (1) telah berjaya melaksanakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit pada:
π 23 April 2026 (Khamis)
β° 10:00 pagi β 10:10 pagi
π SMK Putrajaya Presint 15 (1)
Program ini diadakan bersempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang diraikan pada 23 April setiap tahun. Inisiatif ini bertujuan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penerbitan, pemeliharaan karya intelektual dan penghargaan terhadap hak cipta tempatan.
π Sambutan yang diterima amat menggalakkan! Murid-murid dan guru-guru telah bersama-sama meluangkan masa selama 10 minit membaca pelbagai bahan ilmiah dan santai dalam suasana yang kondusif dan penuh semangat cintakan ilmu.
π Bahan bacaan yang digunakan merupakan sumbangan daripada Unit Perpustakaan KPKM sebagai usaha berterusan untuk memperluas akses kepada bahan berkualiti serta memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam melahirkan masyarakat berilmu, berbudaya membaca dan berdaya saing selaras dengan aspirasi negara.
π Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
18/03/2026
πβ¨ Salam Aidilfitri 2026 / 1447H β¨π
Dari kami, Unit Perpustakaan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ππΎ
Di hari yang mulia ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua. Semoga Syawal kali ini membawa keberkatan, kegembiraan, dan kebersamaan yang lebih bermakna bersama insan tersayang π
π Pantun Raya sikit, jangan tak senyum:
Pergi ke sawah petik selasih,
Singgah sebentar beli ketupat;
Kalau ada salah dan silap tersalah tulis,
Harap dimaaf janganlah βdeleteβ sahabat! π
Pergi ke bendang nampak padi,
Burung terbang hinggap di dahan;
Raya ini makan jangan lupa berhenti,
Nanti baju Melayu jadi βketat editionβ π
Semoga Syawal ini penuh dengan senyuman, rezeki melimpah, dan hati yang tenang π€²β¨
Selamat Hari Raya! ππ«
12/03/2026
Alhamdulillah, Program World telah berjaya dilaksanakan pada 21 Ramadan 1447H bersamaan 11 Mac 2026, hasil kolaborasi antara Unit Perpustakaan KPKM dan Puspanita DVS.
Seramai 12 orang warga DVS telah bersama-sama menyertai program ini dengan pengisian bacaan dan tadabbur Surah Al-Muzzammil.
Butiran Surah Al-Muzzammil:
β’ Juz: 29
β’ Kedudukan: Surah ke-73 dalam Al-Quran
β’ Jumlah Ayat: 20 ayat
β’ Maksud Nama: Orang yang berselimut
β’ Klasifikasi: Makkiyah
Semoga program ini dapat menyemai kecintaan terhadap Al-Quran serta menggalakkan kita untuk terus mendekati, membaca dan menghayati kalam Allah dalam kehidupan seharian.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan penglibatan kita diberkati serta dirahmati Allah SWT.
05/03/2026
π Pertandingan Tulisan Khat Sempena Bulan Ramadan 1447H βοΈ
Pada 5 Mac 2026, telah berlangsung Pertandingan Tulisan Khat Sempena Bulan Ramadan 1447H yang dianjurkan bersama oleh Unit Perpustakaan KPKM, Unit Integriti KPKM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (KPKM).
Pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada warga KPKM serta jabatan-jabatan di bawah KPKM, dengan jumlah keseluruhan 18 penyertaan yang mempamerkan kreativiti, keindahan seni khat serta penghayatan nilai-nilai Ramadan.
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk menonjolkan bakat seni khat dalam kalangan warga KPKM, malah turut menyemarakkan suasana Bulan Ramadan dengan aktiviti yang berunsurkan ilmu, seni dan nilai integriti.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian serta pihak penganjur yang menjayakan program ini dengan penuh komitmen.
β¨ Semoga usaha ini terus memartabatkan seni khat dan menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan warga KPKM.
08/01/2026
π¨β¨PERTANDINGAN MEWARNA WOVEN BEG KPKM 2026 β¨π¨
Unit Perpustakaan KPKM dengan penuh keceriaan telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Woven Beg pada 8 Januari 2026 yang lalu. Program ini disertai oleh anak-anak pegawai dan kakitangan KPKM yang berbakat, berusia 5 hingga 12 tahun π§π§
Setiap hasil mewarna mempamerkan kreativiti, imaginasi dan keberanian adik-adik dalam mengolah warna, sekali gus menceriakan suasana program πποΈ
Terima kasih kepada semua peserta, ibu bapa dan pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga program sebegini dapat terus menyemai minat seni serta mengeratkan hubungan kekeluargaan warga KPKM ππ€
πΈ Kenangan indah ini pasti terpahat dalam ingatan!
12/11/2025
KEPUTUSAN PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER BULAN BAHASA 2025 ANJURAN BERSAMA UNIT PERPUSTAKAAN DAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita bersama ini diumumkan senarai nama pemenang hadiah utama dan saguhati Pertandingan Mencipta Poster Bulan Bahasa 2025 anjuran bersama Unit Perpustakaan KPKM dan Dewan Bahasa dan Pustaka serta hasil ciptaan pegawai dan kakitangan yang telah dilaksanakan pada 7 Oktober - 7 November lalu sepertimana yang dipaparkan pada poster di bawah.
3. Pihak urus setia mengucapkan setinggi tahniah kepada para pemenang dan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pertandingan ini.
22/09/2025
β¨π Program Teroka Sains Angkasa πβ¨
π
18 September 2025 (Khamis)
π Dewan Serbaguna KPKM
Hari ni suasana kat KPKM memang lain macam! Meriah habis dengan gelak tawa, sorakan dan semangat luar biasa daripada 100 orang anak-anak kakitangan Kementerian, Jabatan & Agensi di bawah KPKM yang sertai Program Teroka Sains Angkasa! ππ
Program hasil anjuran bersama Unit Perpustakaan KPKM & Planetarium Negara KL ni penuh dengan aktiviti sains yang fun gila! π Antara pengisian yang paling dapat sambutan:
π VR Jelajah Angkasa
π°οΈ Pinhole Buruj
π Roket DIY & Roket Straw
π Pencerapan Matahari
πͺ Planet Hunt
π§ Astro Quiz
πͺ Space Fit Challenge
Mata peserta bersinar tengok roket terbang tinggi dan planet bercahaya... memang dapat rasa feel angkasawan betul! π©βππ¨βπ
β¨ Tahniah kepada Kumpulan 2 yang muncul sebagai juara Pertandingan Paling Cepat Habis Checkpoint! Power teamwork diorang πͺπ₯
π Untuk Pertandingan Roket Paling Jauh, syabas kepada:
π₯ Adik Hanis β roket dia memang meluncur macam Elon Musk punya!
π₯ Adik Raisya β steady aim dan teknik cun!
π₯ Adik Muhammad Zufar β tak kurang hebat, roket dia antara yang terbang paling stabil!
Terima kasih semua yang terlibat! Moga pengalaman hari ni jadi kenangan manis dan pembakar semangat untuk terus minat dengan dunia sains & angkasa lepas! π π
PAUTAN GAMBAR: https://drive.google.com/drive/folders/1zIjKU_NkGYVBGcq3I1SytcwxMjWe-vcQ?usp=sharinghi
DAN
https://drive.google.com/drive/folders/1Rzo7UOGxe7Ufb9wnXza9i1cMprAxJVbI?usp=drive_link