14/05/2026
Adakah anda tahu, bermula 1 Jun 2026 ni, Malaysia akan mula meningkatkan penggunaan Biodiesel daripada B10 kepada B15?
Rangkaian bekalan dan stesen minyak seluruh negara kini bersedia sepenuhnya untuk peralihan ini.
Ini membuktikan komitmen negara dalam memperkasakan penggunaan tenaga boleh baharu, mengurangkan risiko negara kepada ketidaktentuan harga diesel dunia, memperkukuh daya tahan sektor tenaga negara dan mengoptimumkan penggunaan minyak sawit negara.
14/05/2026
14 Mei 2026 | Shanghai, China
πππππππππ πππ ππππ πππππππ πππππππ ππ ππππππππ
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi mengadakan sesi perbincangan strategik bersama Palm Oil Research and Technical Service Institute of MPOB (PORTSIM) bagi meninjau operasi pusat kecemerlangan teknikal minyak sawit Malaysia di Shanghai.
Fokus utama ialah tinjauan kemudahan makmal analitikal serta pusat aplikasi yang menyokong pembangunan produk sawit bernilai tambah tinggi untuk pasaran China.
Turut diberi perhatian ialah Bengkel Bakeri hasil kerjasama antara PORTSIM dan Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri atau PERWAKILAN Malawakil Shanghai.
Melalui bengkel tersebut, kepelbagaian aplikasi minyak sawit dalam industri bakeri ditonjolkan sebagai bukti kualiti dan keunggulan komoditi negara di peringkat antarabangsa.
YB Menteri turut diberikan taklimat terperinci mengenai hala tuju strategik PORTSIM dalam memperluas jangkauan pasaran melalui sokongan teknikal dan perundingan industri.
KPK kekal komited memperkukuh kerjasama teknikal antarabangsa bagi memastikan produk sawit negara terus mendominasi pasaran global melalui inovasi mampan.
14/05/2026
ππ πππ ππππ | πππππ ππππππ ππππππππ πππππ
14/05/2026
14 Mei 2026 | Shanghai, China
ππππ πππππ ππππ πππππππ πππππ πππππ π&π πππππ πππππ ππ ππππππππ, ππππππππππ ππππππ πππππππππππππ
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi mengadakan sesi libat urus bersama pihak Pusat R&D Yihai Kerry, subsidiari Wilmar International, di Shanghai hari ini.
Lawatan ini memfokuskan kepada perbincangan untuk terus memperkukuh dan memperluas eksport minyak sawit serta produk berasaskan sawit Malaysia ke China, yang mencatatkan jumlah sebanyak 2.6 juta tan pada tahun 2025.
YB Menteri turut meninjau inovasi dalam pemprosesan lemak khusus bagi sektor bakeri dan konfeksi yang terus memacu pertumbuhan produk berasaskan sawit bernilai tinggi di pasaran tersebut.
Selain aspek komersial, pertemuan ini turut memberi penekanan kepada kepentingan pengiktirafan yang lebih meluas terhadap pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam kalangan pemain industri global.
Kerjasama ini amat penting bagi memastikan minyak sawit Malaysia kekal sebagai pilihan utama bagi sektor makanan dan perindustrian di China.
14/05/2026
Kejayaan operasi syarikat Malaysia di China ini menjadi platform terbaik untuk terus mempromosikan kualiti serta kelestarian minyak sawit negara menerusi pengiktirafan pensijilan MSPO di peringkat dunia - KPK
Noraini lawat Taiko Palm-Oleo di Zhangjiagang lihat kejayaan syarikat Malaysia bina operasi hiliran
MENTERI Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, mengetuai delegasi kementerian itu melakukan dalam lawatan kerja ke Taiko Palm-Oleo (TPOZ) di Zhangjiagang, China. TPOZ adalah sebuah fasiliti milik subsidiari Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), yang kini berdiri teguh sebagai antara pem...
14/05/2026
π±Sesiapa ingin menanam koko dan meningkatkan hasil koko?
πJom mohon insentif di bawah Program Peluasan Tanaman Koko dan Peningkatan Koko, yang sedang dilaksanakan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM).
πSila hubungi pejabat LKM terdekat:
πPPPK Bagan Datuk, tel 05-6488176
πPPPK Jengka, tel 09-4852953
πPPPK Kota Samarahan, tel 082-465912
πPPPK Tawau, tel 089-915604
πIbu Pejabat, Kota Kinabalu, tel 088-206400
14/05/2026
"Kadar adunan baharu ini dilancarkan menerusi mekanisme yang diselaraskan melalui Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Biobahan Api. Pelaksanaan inisiatif ini dapat mengurangkan kebergantungan import diesel petroleum.
Selain itu, memanjangkan stok bekalan sedia ada, menstabilkan harga minyak sawit mentah (CPO) domestik dan mengurangkan pelepasan karbon sektor pengangkutan. Langkah ini sejajar hasrat Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR)," kata YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi.
Kementerian Perladangan dan Komoditi selesai libat urus teknikal pelaksanaan adunan biodiesel B15 - Noraini | Berita Harian
KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sudah melaksanakan semua proses libat urus teknikal bersama syarikat petroleum bagi memastikan rantaian bekalan dan logistik bersedia sepenuhnya untuk pelaksanaan peningkatan adunan biodiesel daripada B10 kepada B15.
13/05/2026
13 Mei 2026 | Zhangjiagang, China
ππππππππ πππππππ πππ
ππ ππππ πππππ πππππππππ πππππππππ πππππ ππππ ππππ ππππππππ ππππππ πππππ ππππππππ πππππππππππππ
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi, telah mengadakan pertemuan bersama COFCO East Ocean Oils & Grains Industries di Zhangjiagang, China.
COFCO merupakan rakan dagang penting yang membantu mengedar dan memasarkan minyak sawit Malaysia ke seluruh negara tersebut. Melalui lawatan ini, Kementerian dapat meneroka peluang kerjasama yang lebih meluas terutamanya dalam aplikasi produk hiliran dan pengaturan bekalan jangka panjang demi kepentingan ekonomi agrikomoditi negara.
KPK komited untuk menjamin bekalan minyak sawit yang mampan dan berkualiti tinggi bagi memenuhi permintaan tempatan dan rakan strategik di peringkat global. Kerjasama erat dengan pihak seperti COFCO mampu membuka ruang untuk kolaborasi kelestarian yang lebih kukuh pada masa hadapan.
13/05/2026
13 Mei 2026 | Zhangjiagang, China
ππππππππ πππππ ππππππππ πππππππ ππππππππ πππππππππ ππ πππππππ ππππππ
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi, mengetuai delegasi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam sebuah perbincangan strategik bersama Taiko Palm-Oleo (TPOZ) di Zhangjiagang, China, sebuah fasiliti milik subsidiari Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), yang kini berdiri teguh sebagai antara pemain utama industri oleokimia di pasaran China.
Pertemuan ini memberi peluang untuk kita melihat sendiri bagaimana syarikat ini berjaya membina operasi hiliran yang besar di luar negara serta membuktikan kemampuan kita dalam menghasilkan produk berasaskan sawit yang memenuhi standard antarabangsa.
Melalui tinjauan ini, kementerian dapat menilai potensi inovasi yang lebih luas dalam sektor pembuatan produk bernilai tinggi seperti penjagaan diri dan farmaseutikal bagi memperkukuh kerjasama strategik dengan China.
Kejayaan operasi syarikat Malaysia di China ini menjadi platform terbaik untuk terus mempromosikan kualiti serta kelestarian minyak sawit negara menerusi pengiktirafan pensijilan MSPO di peringkat dunia.
13/05/2026
πππππππππ ππππππππππππ πππππππ ππππππππ πππ. π/ππππ & πππ ππππππππ πππ. π/ππππ
Sektor agrikomoditi negara kini melalui fasa penting penyelarasan semula Dasar Agrikomoditi Negara 2021β2030 (DAKN2030) bagi memastikan ia kekal relevan, mampan dan berdaya saing dalam mendepani cabaran ekonomi global serta keperluan semasa industri.
YBhg. Datoβ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, pada hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Dasar Agrikomoditi Negara 2021β2030 Bilangan 1 Tahun 2026 dan Jawatankuasa Pemandu Kajian Separuh Penggal (KSP) DAKN2030 Bilangan 1 Tahun 2026.
DAKN2030 yang berteraskan Kemampanan, Produktiviti, Penjanaan Nilai, Pembangunan Pasaran dan Keterangkuman terus menjadi panduan utama pembangunan sektor agrikomoditi negara, disokong oleh 130 strategi dan 126 indikator prestasi sehingga tahun 2030.
Seiring pelaksanaan RMK13 pada tahun 2026, KSP DAKN2030 dilaksanakan bagi memastikan dasar kekal responsif serta selari dengan keperluan semasa industri. Komitmen bersepadu semua Bahagian, Agensi dan Majlis di bawah KPK turut ditekankan bagi memastikan setiap strategi dilaksanakan secara berkesan.
Mesyuarat ini mencerminkan komitmen KPK dalam memperkukuh pelaksanaan dasar serta memperkemas pendekatan strategik bagi memastikan impak yang lebih berkesan kepada sektor agrikomoditi dan negara.
13/05/2026
[KENYATAAN MEDIA KPK]
KPK PERINCIKAN PELAKSANAAN PENINGKATAN ADUNAN BIODIESEL B10 KEPADA B15 BERMULA 1 JUN 2026: RANGKAIAN BEKALAN DAN STESEN MINYAK BERSEDIA SEPENUHNYA