Polis Marin Putrajaya

Polis Marin Putrajaya

Share

Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada

Photos from Dr Radzi Jidin's post 02/01/2026
Photos from Polis Marin Putrajaya's post 30/09/2025

LAPORAN PROGRAM (LDP): PENGENDALIAN BOT DAN ENJIN SANGKUT, POLIS KONTINJEN KUALA LUMPUR (IPK KL)
OLEH: Pas**an Polis Marin Putrajaya

Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk Pengendalian Bot dan Enjin Sangkut telah berjaya dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) pada 24 hingga 25 September 2025 dengan kerja sama Pas**an Polis Marin Putrajaya. Latihan ini berlangsung di dua lokasi utama iaitu Markas Operasi Pas**an Polis Marin (PPM) dan Perairan Tasik Presint 8, Putrajaya. Program ini dirangka khusus bagi meningkatkan kecekapan anggota dalam aspek pengendalian bot, keselamatan air, dan teknik menyelamat, selaras dengan keperluan operasi di kawasan perairan dan bencana banjir.
Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh ASP Mohd Shamsso Bin Abdullah, Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Putrajaya. Beliau menekankan kepentingan latihan ini dalam memperkukuh kesiapsiagaan anggota menghadapi situasi kecemasan di air serta meningkatkan kecekapan operasi marin. Taklimat teknikal dan operasi turut disampaikan bagi menjelaskan aspek teknikal enjin sangkut serta prosedur operasi bot dalam pelbagai senario.
Seramai (37) orang telah terlibat dalam program ini, merangkumi Urus Setia, Pegawai Kanan, dan peserta yang terdiri daripada Pegawai Rendah Polis (PRP) dari (6) daerah iaitu; Dang Wangi, Wangsa Maju, Brickfields, Cheras, Sentul dan Putrajaya. Kehadiran tenaga pengajar dari Pas**an Polis Marin (PPM) Putrajaya telah memperkukuh keberkesanan latihan. Turut hadir YDH SAC Khalid bin Sainon, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur memantau perjalanan program.
Latihan dijalankan secara teori dan praktikal, dengan penekanan kepada beberapa slot utama yang dirancang secara sistematik. Berikut slot yang dijalankan:
1.CAPSIZED BOAT
Situasi di mana bot terbalik atau karam. Peserta diajar cara menyelamatkan diri, mengapungkan semula bot jika boleh, dan bertindak secara tenang dalam air.
2. WATER CONFIDENT
- Teknik Apungan: Latihan untuk kekal terapung di permukaan air menggunakan jaket keselamatan dan teknik badan.
- Teknik Circle: Peserta membuat bulatan besar atau kecil dalam sesuatu kumpulan untuk tujuan merehatkan diri/ menenangkan diri dengan cara berpegang tangan diantara satu sama lain. Untuk circle kecil, dilakukan adalah untuk menenangkan mangsa yang cedera atau tidak boleh berenang serta memberi semangat dan menempatkan mangsa di dalam bulatan
-Teknik Caterpillar: Teknik ini bertujuan untuk menuju ke sesuatu arah dalam bentuk memanjang di mana kaki peserta akan memaut badan peserta di hadapan dan peserta seterusnya membuat perkara yang sama. Kayuhan tangan dibuat serentak untuk menggerak kumpulan ke tempat yang dituju.
3. PENGENDALIAN BOT DAN ENJIN SANGKUT
- Circle, Zigzag & Eight Shape Latihan mengemudi bot dalam pelbagai corak:
• Circle: Kawalan stereng dan imbangan.
• Zigzag: Elak halangan dan kawalan arah.
• Eight Shape: Uji koordinasi dan kawalan kelajuan.

TENAGA PENGAJAR (PASUKAN POLIS MARIN PUTRAJAYA):

Jurulatih:
1. Sjn Hamdan bin Bahari – Water Confident
2. Sjn Ku Azmi bin Ku Din – Nautika/ Pengendalian Bot
3. Sjn Mior Haszril bin Mohd Raseli – Teknikal
4. Sjn Noor Hishammudin – Teknikal

Penolong Jurulatih:
1. Kpl Sazali bin Mohd Saidi
2. Kpl Mohd Saiful Ridzuan bin Mohd Rosli
3. Kpl Mohamad Shahrul Ezwan bin Zahari
4. Kpl Mohd Hishamudin bin Zainal Abidin
5. L/Kpl Muhammad Farid Hakimi bin Shafie
6. L/Kpl Muhammad Eiman bin Mohd Nawi
7. L/Kpl Muhammad Syazwan bin Mohd Ayob
8. Konst Mohd Zakwan bin Abd Rahim
9. Konst Muhammad Zikri Iman bin Norazme

Team Diver:
1. Sjn Ahmad Rashidi bin Abdullah
2. Kpl Mohd Saiful Ridzuan bin Mohd Rosli
3. Konst Muhammad Faiz Hanny bin Sonny

Sepanjang program, peserta menunjukkan komitmen tinggi dan semangat kerjasama yang baik. Penilaian akhir menunjukkan peningkatan ketara dalam kefahaman dan kemahiran teknikal peserta. Maklum balas yang diterima amat positif, dengan cadangan agar program ini dijadikan latihan berkala untuk anggota yang bertugas di kawasan berisiko tinggi.

Secara keseluruhannya, program LDP ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif kepada pembangunan kompetensi anggota terlibat.

Photos from Polis Marin Putrajaya's post 23/05/2025

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP): GEMPARAN AM DAN KEBAKARAN
Tarikh : 21 Mei 2025
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang

Pada 21 Mei 2025, satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Gemparan Am dan Kebakaran telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya . Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan warga Markas Operasi Pas**an Polis Marin Putrajaya (MO PPM Putrajaya) dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan melibatkan kebakaran serta amaran bahaya sama ada di permis Kerajaan mahupun di kediaman.

Program yang dilaksanakan di Aras 1, Bangunan MO PPM Putrajaya didahului dengan ucapan oleh Pengarah Jabatan Bomba Putrajaya, Pg KB 1 Abdul Manaf bin Che Isa dan seterusnya penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan yang disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pas**an Polis Marin Putrajaya, ASP Mohd Shamsso bin Abdullah kepada Pg KB 1 Abdul Manaf bin Che Isa di atas kerjasama dan komitmen mereka.

Seterusnya, sesi pembelajaran teori Tatacara Pengungsian Bangunan & Peranan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) bermula pada jam 1000hrs sehingga jam 1130hrs dan diteruskan dengan Lawatan dan Mengenal Pemasangan & Kelengkapan Keselamatan Kebakaran berlangsung sehingga jam 1230hrs. Sesi ini telah dijayakan oleh tenaga pengajar TPgB (KUP) Yuzaimie bin Ahmad Kamil selaku Penceramah dan Fsilitator PB Ahmad Syafiq bin Nasaruddin daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya. Kehadiran mereka telah memberikan nilai tambah kepada pengisian latihan, dengan satu jentera bomba turut digerakkan ke lokasi sebagai sebahagian daripada latihan amali.

LDP berehat seketika untuk jamuan makan tengah hari dan selepas itu diteruskan dengan sesi amali dari jam 1.00 hingga 2.00 petang. Latihan ini mencakupi penggunaan alat pemadam api, teknik menyelamatkan diri serta tindakan awal sebelum ketibaan pihak penyelamat. Antara pengisian latihan amali yang dijalankan termasuk:

1. Latihan Praktikal Serta Tatacara Menggunakan Alat Pemadm Api Mudah Alih dan Melawan Kebakaran Api Dapur

1.1. Demonstrasi teknik memadam api berpunca daripada kebakaran dapur gas menggunakan alat pemadam api jenis serbuk kering (dry powder). Peserta diajar langkah-langkah keselamatan dan tindakan pantas bagi mengelakkan kebakaran merebak di kawasan domestik.

1.2. Latihan Pemadaman Kebakaran Kelas F- Teknik memadam api dalam kuali akibat minyak panas. Peserta diajar kaedah “tutup api, bukan siram air”, dengan menggunakan penutup periuk dan kain tebal yang lembap untuk menutup kuali dan memutuskan oksigen. Latihan ini sangat relevan dengan situasi kebakaran yang sering berlaku di dapur rumah.

2. Latihan Pemadaman Api Terbuka Dalam Tong

2.1. Peserta diberi peluang mencuba sendiri memadam api besar dalam tong besi yang menyimulasikan kebakaran kelas B (cecair mudah terbakar) menggunakan alat pemadam api yang sesuai. Latihan ini penting untuk menguji keberanian, ketepatan teknik serta kefahaman terhadap jenis api dan pemadam yang digunakan.

Keseluruhannya, LDP ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi impak besar dalam membina budaya kerja yang lebih peka terhadap aspek keselamatan dan pengurusan kecemasan, baik di tempat kerja mahupun di rumah.



Photos from Polis Marin Putrajaya's post 24/04/2025

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈,𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐍, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝐀𝐒𝐏 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐒𝐇𝐀𝐌𝐒𝐒𝐎 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇

▶️ Nama Pesakit : Khairul Shafiq Najmi bin Shamsul Bahri

▶️ Umur : 29 Thn

▶️ Hubungan : Anak

▶️ Tempat Tugas : Markas Operasi Pas**an Polis Marin Putrajaya

▶️ Alamat : Blok 1-T15-U08,Apt Parcel 5R6,Presint 5,62200 Putrajaya

▶️ Sakit : Pembedahan pemasangan besi di kaki (Patah)

▶️ Nama Waris : Sjn Shamsul Bahri bin Abdullah

Program:
1. Lawatan bertujuan untuk memberikan sokongan moral kepada keluarga dan pesakit agar terus kuat dan tabah menghadapi dugaan.
2. ⁠Mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pesakit agar dipermudahkan segala urusan perubatan dan cepat sembuh.
3. ⁠Menyampaikan sumbangan kepada pesakit.
4. ⁠Pesakit dalam keadaan baik dan stabil.
5. Lawatan berjalan dengan lancar dan selamat.

▶️ Kehadiran:

1. ASP Mohd Shamsso bin Abdullah
2. Sjn Hamdan bin Bahari
3. ⁠Pn. Mazdah binti Deris
4. ⁠Cik Nur’ain binti Mohd Sani
5. ⁠Pn. Siti Aishah binti Abd. Manap

Photos from Polis Marin Putrajaya's post 30/03/2025

Ramadhan telah kita tinggalkan, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa s**a.

Di kesempatan ini saya Asp Mohd Shamsso Bin Abdullah, Pegawai Pemerintah MO PPM Putrajaya (W1) dan keluarga serta warga PPM Putrajaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Photos from Polis Marin Putrajaya's post 11/03/2025

Antara Gambar Rewang Majlis Berbuka Puasa Di Mo Ppm Putrajaya
Pada 11 Mac 2025

Alhamdulillah
Semoga Kerjasama Ini Menambahkan Lagi Atau Mengeratkan hubungan Silaturrahim Antara Sesama Warga Mo Ppm Putrajaya 👍

11/03/2025

NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN IKRAR RUKUN NEGARA

MO PPM Putrajaya, 10 Mac 2025 - Baru-baru ini, pada tahun 2024, Kementerian Perpaduan Negara telah mengeluarkan garis panduan yang menyeragamkan lafaz penuh Ikrar Rukun Negara dan mengarahkan pelaksanaan nyanyian lagu "Negaraku" serta lafaz Ikrar Rukun Negara di semua kementerian dan agensi kerajaan.

Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan penjawat awam. Ketua Setiausaha Negara juga mencadangkan agar semua kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan memainkan lagu "Negaraku" sekali seminggu sebagai langkah untuk menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan penjawat awam.

Bagi merealisasikan garis panduan ini di peringkat MO PPM Putrajaya, Pegawai Pemerintah (ASP Mohd Shamsso bin Abdullah) mengarahkan perlaksaannya pada setiap isnin sebelum Panggil Nama diambil.

Photos from Polis Marin Putrajaya's post 21/02/2025

Pt Pagi Jumaat Warga Mo Ppm Putrajaya 👍

Photos from Polis Marin Putrajaya's post 20/02/2025

MESYUARAT BULANAN MO PPM PUTRAJAYA BIL 1/2025 DAN LAFAZ IKRAR DADAH BERSAMA PPMO PUTRAJAYA

TARIKH : 20/2/2025
TEMPAT : BILIK MESYUARAT MO PPM PUTRAJAYA

Photos from Polis Marin Putrajaya's post 19/02/2025

TAKLIMAT DAN TATACARA PENGGUNAAN APLIKASI TRELLO, SISTEM PEMANTAUAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN OVERHAUL (MRO) KAPAL DAN BOT RONDA PASUKAN POLIS MARIN

TEMPAT : MO PPM PUTRAJAYA
TARIKH : 19/2/2025 - 21/2/2025

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Polis Marin
Putrajaya
62250