13/05/2026
CPRC Kebangsaan - Kementerian Kesihatan Malaysia
CPRC ( Crisis Preparedness And Response Centre ) adalah satu pusat yang berkaitan dengan kesiapsiagaan, tindakan cepat ketika berlaku krisis kesihatan awam
Terma Rujukan CPRC adalah seperti berikut.
- Mewujudkan polisi,garis panduan,dan SOP berkaitan dengan kesiapsiagaan,tindakan cepat,dan tindakan yang perlu diambil oleh berbagai pihak semasa krisis dan bencana.
- Menyelaras semua aktiviti kesihatan awam berkaitan dengan kesiapsiagaan,tindakan cepat dan pemulihan sebelum,semasa dan selepas berlakunya wabak penyakit berjangkit,krisis dan bencana
- M
13/05/2026
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐.
Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei 2026 dan berterusan sehingga September 2026.
Permulaan monsun ini menandakan berakhirnya fasa peralihan monsun yang bermula sejak 29 Mac 2026.
Orang ramai juga disarankan agar sentiasa merujuk maklumat ramalan cuaca serta amaran terkini melalui saluran rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, bagi memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih selamat, teratur dan lancar.
09/05/2026
08/05/2026
07/05/2026
07/05/2026
Ramai yang anggap letih dan pening semasa cuaca panas itu perkara biasa tetapi sebenarnya, itu mungkin petanda awal Strok Haba.
Kenali tanda-tanda awal strok haba
โก Letih melampau
โก Pening
โก Dahaga
โก Kulit rasa panas atau kering
Golongan berisiko tinggi adalah bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif.
Jika anda nampak keluarga atau rakan mula mengalami gejala-gejala tersebut, segera bawa mereka ke tempat teduh dan berikan air secukupnya.
29/04/2026
Walaupun taburan hujan di kawasan Lembah Klang kini tinggi, namun masih ada kawasan terutama di Zon Utara, Sabah dan Sarawak masih mengalami cuaca panas.
Pendedahan kepada cuaca panas dan gelombang haba boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Kenali gejala kelesuan haba sebelum ia melarat jadi strok haba.
Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat! Lindungi diri dan keluarga.
24/04/2026
CPRC KKM Sertai Resilient Asia 2026 Perkasa Kesiapsiagaan dan Respons Bencana
24 April 2026 | Kuala Lumpur
Crisis Preparedness and Respons Centre(CPRC) KKM turut serta dalam Resilient Asia Exposition and Forum 2026 (RA2026) anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai platform memperkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam. Rerurai CPRC telah menerima kunjungan pelbagai pihak yang ingin mendapatkan maklumat mengenai fungsi, peranan serta koordinasi CPRC dan hospital dalam menghadapi serta memberi respons terhadap bencana.
RA2026 ini turut menampilkan pelbagai demonstrasi, kelengkapan serta operasi menyelamat oleh agensi penyelamat dan keselamatan, sekali gus memberi pendedahan menyeluruh kepada pengunjung. Pameran ini berlangsung dari 24 hingga 26 April 2026 di World Trade Centre(WTC), Kuala Lumpur. Orang ramai dijemput hadir menyaksikan sendiri inisiatif kesiapsiagaan bencana yang dipamerkan.
23/04/2026
Elak Keracunan Makanan Di Tanah Suci
Sakit perut dan cirit-birit boleh mengganggu kelancaran ibadah haji. Oleh itu, jemaah dan petugas haji diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam pemilihan dan pengambilan makanan.
Ikuti panduan mudah ini
๐งผ Jaga kebersihan diri dan kerap cuci tangan
๐ง Minum air yang dimasak atau air mineral dibotolkan
๐ Amalkan konsep Lihat, Hidu dan Rasa sebelum makan
โณ Elakkan makan makanan bermasak yang telah disimpan melebihi 4 jam pada suhu bilik atau makanan yang terdedah
๐ช Pilih kedai atau premis makanan yang bersih
Pastikan makanan anda bersih, agar ibadah anda lebih selesa!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Blok E1, E6, E7 & E10 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
