08/06/2026
๐๐๐ง๐๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐๐
Keselamatan penduduk dan perlindungan kawasan berisiko terus menjadi keutamaan PETRA. Komitmen ini diterjemahkan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan pelaksanaan 130 projek tebatan banjir di seluruh negara.
Melalui perancangan holistik dan kejuruteraan mampan, usaha ini bertekad mengurangkan impak bencana banjir secara signifikan sekali gus melindungi harta benda dan nyawa rakyat.
08/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐-๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Datoโ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir (RMKe-13) bertempat di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru.
Selain menghadiri Taklimat Eksekutif Pelaksanaan Projek Pemuliharaan Sungai bagi mengurangkan risiko banjir, rangka lawatan kerja proaktif PETRA dan JPS Malaysia ini diteruskan pada sebelah petang dengan lawatan tapak ke Projek Pembinaan dan Pembaikan Ban Pantai di Daerah Batu Pahat. Lawatan tersebut merangkumi pesisir Pantai Skim Tampok, Pantai Skim Rengit, Pantai Skim Minyak Beku, Pantai Skim Peserai, dan Pantai Skim Senggarang bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta memastikan kerja-kerja pemuliharaan berjalan mengikut perancangan.
Pelaksanaan kedua-dua projek berimpak tinggi ini mencerminkan komitmen jitu Kerajaan MADANI melalui PETRA dalam memperkukuh pengurusan sumber air dan perlindungan pesisir pantai secara mampan. Langkah bersepadu ini amat kritikal demi meminimumkan risiko bencana, sekali gus menjamin keselamatan, kesejahteraan, dan kemakmuran masyarakat setempat.
08/06/2026
๐๐๐ง๐๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐๐
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) secara rasmi telah melancarkan Program Sustainable Rebate & Incentive Assistance (SuRIA) Home.
Inisiatif murni ini diperkenalkan bagi membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sara hidup melalui penurunan bil elektrik, di samping memperluas akses kepada tenaga hijau melalui pemasangan sistem solar atap di kediaman masing-masing.
Langkah strategik ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan dalam menghadapi cabaran krisis bekalan global serta memacu agenda peralihan tenaga negara yang lebih mampan dan terjamin.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang TNB atau tekan pada pautan di bawah:
https://l1nq.com/60xm8i5
08/06/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah menyertai Sesi Perjumpaan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim bersama warga kementerian secara atas talian.
Majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi ini telah diikuti secara langsung oleh barisan pengurusan tertinggi dan warga PETRA bertempat di Bilik Mesyuarat Mutiara, Menara PETRA.
Sesi ini menjadi platform penting dalam memperkukuh sinergi antara kepimpinan negara dan penjawat awam, selain mendengar amanat khas YAB Perdana Menteri dalam memacu agenda kemampanan dan transformasi perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat.
07/06/2026
๐๐๐ง๐๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐๐
Air adalah nadi kehidupan. Bagi memastikan akses bekalan air yang berterusan dan berkualiti, PETRA melalui Jabatan Bekalan Air (JBA) sedang memantau rancak pelaksanaan 90 projek bekalan air di seluruh pelosok negara.
Langkah ini mencerminkan tekad kementerian dalam memperkemas infrastruktur asas negara serta mengurus sumber air secara mampan demi mendepani cabaran masa hadapan.
07/06/2026
๐๐๐ง๐๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐๐
Malaysia mengorak langkah ke hadapan dalam memperkukuh agenda peralihan tenaga negara. PETRA terus memberi fokus utama kepada peningkatan kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB), pengukuhan kecekapan tenaga, serta jalinan kerjasama strategik ๐๐๐๐๐ ๐๐ฐ๐ธ๐ฆ๐ณ ๐๐ณ๐ช๐ฅ.
Inisiatif serantau ini bukan sahaja menjamin keselamatan dan kestabilan bekalan elektrik domestik, malah meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam peta tenaga hijau Asia Tenggara yang mampan.
06/06/2026
๐๐๐ง๐๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐๐
Projek Battery Energy Storage System (BESS) Santong kini berupaya menyokong keperluan bekalan elektrik bersamaan kira-kira 40,000 isi rumah.
Impak langsung daripada pembangunan infrastruktur ini akan membantu menstabilkan pengagihan tenaga, khususnya bagi memantapkan kualiti bekalan elektrik di kawasan Pantai Timur. Dengan adanya ketersediaan sumber tenaga yang lebih mampan, selamat, dan berdaya harap ini, aktiviti ekonomi tempatan dapat dipacu dengan lebih yakin di samping melindungi kebajikan domestik rakyat daripada risiko gangguan bekalan.
Sinergi mampan antara Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini jelas membuktikan bahawa kemajuan teknologi grid sentiasa bergerak seiring dengan agenda memelihara kesejahteraan hidup masyarakat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
06/06/2026
๐๐๐ง๐๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐๐
Projek BESS Santong mencatatkan sejarah industri apabila diiktiraf sebagai โbank tenaga pintarโ pertama di Malaysia yang disambungkan terus ke Sistem Grid menggunakan teknologi ๐จ๐ณ๐ช๐ฅ-๐ง๐ฐ๐ณ๐ฎ๐ช๐ฏ๐จ.
Infrastruktur utiliti berskala besar ini bukan sekadar sebuah tapak penyimpanan tenaga gergasi, malah bertindak sebagai platform pembelajaran utama serta '๐ฑ๐ช๐ฐ๐ฏ๐ฆ๐ฆ๐ณ' kepada industri tenaga negara. Pengalaman, data, dan corak pengendalian daripada projek perintis ini akan menjadi asas rujukan rasmi bagi aspek pembangunan, pengoperasian, serta integrasi teknologi penyimpanan tenaga pada masa hadapan.
Langkah ini amat kritikal bagi memudahkan negara menguruskan ketidaktentuan (๐ช๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฎ๐ช๐ต๐ต๐ฆ๐ฏ๐ค๐บ) sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) seperti solar, sekali gus mempercepatkan sasaran mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.
06/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐๐ ๐ช๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐?
Tenaga bukan sekadar suis yang kita hidupkan, tenaga ialah masa depan yang perlu kita jaga.
Kini tiba masanya untuk murid sekolah seluruh Malaysia menunjukkan idea, kreativiti dan semangat mereka melalui Pencarian Wira Bijak Tenaga 2026
Dengan tema โGenerasi Bijak Tenaga, Wira Masa Depan Kitaโ, pertandingan ini mencari murid yang berani berfikir, bijak bertindak dan mampu menjadi inspirasi kepada rakan-rakan dalam membudayakan penggunaan tenaga yang cekap, selamat dan mampan.
Terbuka kepada:
- Sekolah Rendah: Wira Tenaga Muda
- Sekolah Menengah: Wira Inovasi Tenaga
Hadiah menarik menanti:
- Simpan SSPN Prime
- Trofi
- Lencana melalui DELIMa
- Pengiktirafan mata PAJSK
Imbas kod QR pada poster atau klik link di bawah untuk cara dan syarat penyertaan:
bit.ly/WiraBijakTenaga
๐ง Maklumat lanjut: [email protected]
Jom sertai!
Kerana wira masa depan bukan hanya dalam cerita โ mereka adalah generasi bijak tenaga hari ini.
05/06/2026
๐๐๐ง๐๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐๐
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi projek penggantian generator muka sauk di LRA Beaufort 1. Pelaksanaan yang dijadualkan bermula penghujung Disember 2025 ini dijangka siap dalam tempoh 18 bulan, sekali gus memastikan kelangsungan operasi loji.