IPD Putrajaya

Call Directions

IPD Putrajaya IPD Putrajaya
Balai Polis Bandar
Balai Polis Presint 11 Laman Facebook Rasmi IPD Putrajaya

𝐋𝐄 π“πŽπ”π‘ 𝐃𝐄 π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” – ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŸ–PUTRAJAYA, 2 OKTOBER 2026 – BSPT IPD Putrajaya akan melaksanakan penutupan jalan d...
02/10/2026

𝐋𝐄 π“πŽπ”π‘ 𝐃𝐄 π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” – ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŸ–

PUTRAJAYA, 2 OKTOBER 2026 – BSPT IPD Putrajaya akan melaksanakan penutupan jalan dan kawalan lalu lintas secara berperingkat sempena perlumbaan Le Tour de Langkawi 2026, Peringkat 8 (Muar β†’ Putrajaya) pada 4 Oktober 2026 (Ahad).

Masa: 2.00 petang – 4.00 petang
Laluan terlibat:
β€’ Susur naik Persiaran Selatan
β€’ Lebuh Gemilang
β€’ Jambatan Gemilang
β€’ Lingkaran Gemilang 1
β€’ Persiaran Perdana
β€’ Lebuh Setia
β€’ Jalan Kemerdekaan

Penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut pergerakan peserta perlumbaan.

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan petugas dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

Kerjasama anda amat dihargai demi kelancaran perlumbaan dan keselamatan semua.

β€œπ€ππƒπ€ 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍, πŠπ€πŒπˆ πŠπ€π–π€π‹ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π.”

BSPT IPD PUTRAJAYA
Polis Diraja Malaysia

30/09/2026

π‹π„π‹π€πŠπˆ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π„πŒπ€π’ πƒπˆπ’π˜π€πŠπˆ 𝐏𝐄𝐂𝐀𝐇 π‘π”πŒπ€π‡ πƒπˆπƒπ€πŠπ–π€

KUALA LUMPUR, 30 September 2026: Seorang warga emas berusia 54 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan pecah rumah.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh telah berjaya ditahan susulan hasil pemeriksaan dan perbandingan cap cari, yang dikesan di atas nama tertuduh, berkaitan satu kes pecah rumah di Putrajaya pada Januari 2026.

Dalam kejadian tersebut, seorang Pengurus Akaun wanita mengalami kerugian hampir RM20,000, apabila beberapa utas barang kemas miliknya telah dicuri. Kejadian disedari mangsa sebaik pulang dari tempat kerja, dan mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak serta bahagian pintu dapur dalam keadaan terbuka.

Selepas beberapa bulan siasatan, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Putrajaya telah berjaya menahan tertuduh pada 15 September yang lalu untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Majistret Dr. Azrol Abdullah menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara terhadap tertuduh dari tarikh hukuman dijatuhkan.

Dalam perkembangan berkaitan, pada sesi sebelah petang, tertuduh turut mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya, atas kesalahan mencuri di dalam bangunan.

Pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda.

Tertuduh didakwa telah memasuki sebuah rumah di Putrajaya lalu mencuri dua utas jam tangan milik mangsa, seorang pembantu tadbir kewangan, pada 12 Ogos yang lalu.

Majistret Ezzene Zakariah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara dua belas bulan dan denda RM1,000 kepada tertuduh. Tambahan satu bulan penjara akan dikenakan sekiranya ingkar.



Sumber : TikTok CID_RMP

30/09/2026
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π ππ€π†πˆ 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€29 SEPTEMBER 2026 | PUTRAJAYA β€” Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ag...
29/09/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π ππ€π†πˆ 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

29 SEPTEMBER 2026 | PUTRAJAYA β€” Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia berlangsung di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya, dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, serta kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang majlis berlangsung, Polis Daerah Putrajaya yang diketuai ACP Aidi Sham bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Putrajaya, telah melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi program.

Penugasan tersebut melibatkan kawalan keselamatan dan pemantauan di sekitar lokasi bagi memastikan keselamatan tetamu kenamaan serta kelancaran perjalanan majlis sepanjang berlangsung.



π—žπ—”π—ͺπ—”π—Ÿπ—”π—‘ π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π—•π—¨π— π—œπ—”π—‘ π—”π—Ÿπ—Ÿπ—”π—›π—¬π—”π—₯𝗛𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗧𝗨𝗑 𝗗π—₯ π—¦π—œπ—§π—œ 𝗛𝗔𝗦𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗒𝗛𝗗 π—”π—Ÿπ—œPUTRAJAYA – Polis Daerah Putrajaya yang diketua...
28/09/2026

π—žπ—”π—ͺπ—”π—Ÿπ—”π—‘ π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π—•π—¨π— π—œπ—”π—‘ π—”π—Ÿπ—Ÿπ—”π—›π—¬π—”π—₯𝗛𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗧𝗨𝗑 𝗗π—₯ π—¦π—œπ—§π—œ 𝗛𝗔𝗦𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗒𝗛𝗗 π—”π—Ÿπ—œ

PUTRAJAYA – Polis Daerah Putrajaya yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham bin Mohamed, telah melaksanakan kawalan keselamatan sempena urusan pengebumian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.

Kawalan keselamatan dilaksanakan bagi memastikan kelancaran perjalanan urusan pengebumian serta keselamatan ahli keluarga dan orang ramai yang hadir.

Polis Daerah Putrajaya turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

𝐎𝐏 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 π’π€πŒπ’π„ππ† 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍PUTRAJAYA – Polis Daerah Putrajaya melaksanakan Op Bersepadu Samseng Jalanan di sekitar Jamb...
28/09/2026

𝐎𝐏 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 π’π€πŒπ’π„ππ† 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍

PUTRAJAYA – Polis Daerah Putrajaya melaksanakan Op Bersepadu Samseng Jalanan di sekitar Jambatan Putra dan Lebuh Wawasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Operasi memberi fokus kepada pemeriksaan, pemantauan serta pencegahan aktiviti samseng jalanan dan gangguan bunyi bising yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Polis Daerah Putrajaya akan terus mempergiatkan rondaan dan pemantauan di lokasi-lokasi tumpuan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta mengutamakan keselamatan.

Patuhi undang-undang. Utamakan keselamatan.





28/09/2026

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAMAH TUN DR. SITI HASMAH HJ. MOHAMAD ALI

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohamad Ali, pagi tadi.

Allahyarhamah yang berusia 100 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Semoga roh Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohamad Ali dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah.





#28092026

Address

Ibupejabat Polis Daerah Putrajaya, Presint 7, Wilayah Persekutuan
Putrajaya
65200

Telephone

+60388862222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IPD Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share