15/05/2026
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐞 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐆𝐚𝐲𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 𝐝𝐢 𝐏𝐨𝐬 𝐆𝐨𝐛, 𝐆𝐮𝐚 𝐌𝐮𝐬𝐚𝐧𝐠, 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧
YBrs. Tuan Ir. Ts. Mahat a/l Mat D**g, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) telah menyempurnakan Majlis Perlepasan Peserta ke Program Gaya Hidup Sihat bersama masyarakat Orang Asli di Pos Gob, Gua Musang, Kelantan pada pagi ini bertempat di Ibu Pejabat JAKOA.
Program yang menghimpunkan seramai 61 peserta termasuk rakan strategik JAKOA iaitu ASYIKfm dan Hospital Orang Asli Gombak ini bertujuan memperkasa tahap literasi kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti di kawasan pedalaman selain merupakan salah satu inisiatif strategik Jabatan dalam memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih inklusif bagi masyarakat Orang Asli.
Turut hadir Tuan Saiful Zahlan bin Muhamad Azmi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan), Pengarah-pengarah Bahagian dan Pegawai-pegawai JAKOA.
14/05/2026
𝐒𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐂𝐢𝐤 𝐀𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐚/𝐩 𝐀𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐫𝐮𝐧
Beliau berasal dari suku kaum Semai telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perhubungan Awam dari University of Sydney, Australia.
Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada masyarakat Orang Asli untuk terus berusaha gigih dan berjaya dalam bidang pendidikan.
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja JAKOA.
14/05/2026
𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐦𝐮 𝐃𝐮𝐠𝐚 (𝐓𝐃) 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐫𝐠𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐅𝐢𝐳𝐢𝐤𝐚𝐥 (𝐔𝐊𝐅) 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐣𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐫𝐣𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐮𝐫𝐮𝐚𝐧 (𝐏𝐈𝐒𝐌𝐏) 𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Pelaksanaan Temu Duga (TD) dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Calon Orang Asli Tahun 2026 telah diadakan pada 10 hingga 11 Mei bertempat di Pusat Latihan JAKOA, Kluang, Johor melalui kerjasama strategik antara Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Para calon akan menjalani beberapa komponen penilaian termasuk sesi temu duga serta ujian kecergasan fizikal bagi menilai tahap kesediaan dan potensi calon untuk mengikuti latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam memperkasa akses pendidikan masyarakat Orang Asli serta melahirkan lebih ramai generasi pendidik pada masa hadapan.
Semoga semua calon mempamerkan prestasi yang cemerlang dan berjaya memberikan yang terbaik sepanjang sesi pemilihan ini.
13/05/2026
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐂𝐨𝐧𝐬𝐞𝐫𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐂𝐨𝐥𝐥𝐞𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 (𝐌𝐲𝐂𝐂) 𝐤𝐞 𝐉𝐀𝐊𝐎𝐀
YBrs. Ir. Ts. Mahat a/l Mat D**g, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA telah menerima kunjungan hormat daripada Malaysian Conservation Collective (MyCC) ke Ibu Pejabat JAKOA yang diketuai oleh Encik Alexander Michael Jack, Pengurus Besar MyCC bersama Encik Suzalinur Manja bin Bidin, Ketua Projek Renjer Komuniti & Advokasi pada 12 Mei 2026 (Selasa).
Sesi tersebut merupakan platform memperkenalkan peranan MyCC sebagai sebuah entiti pemuliharaan dan pemeliharaan yang komited dalam usaha melindungi harimau belang dan habitat di Lembah Tanum, Daerah Lipis, Pahang termasuklah pemantauan hidupan liar dan pencegahan pemburuan haram. MyCC juga turut terlibat menguruskan Renjer Komuniti Jabatan PERHILITAN dalam kalangan Orang Asli di Pos Sungai Yu.
Turut hadir Puan Aslina Wati binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan (PMK) dan pegawai-pegawai JAKOA.
12/05/2026
⚠️ 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐅𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐋𝐈 (𝐉𝐀𝐊𝐎𝐀)
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) khususnya Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah menafikan memberi sokongan, kebenaran dan keizinan kepada Batin-Batin dan masyarakat Orang Asli untuk menghadiri sebarang program yang dianjurkan oleh NGO dan lain-lain pihak.
Akhir-akhir ini didapati terdapat berberapa pihak telah menyalahgunakan nama JAKOA untuk menarik orang ramai menghadiri program mereka.
JAKOA berharap masyarakat Orang Asli mengambil maklum bahawa sebarang aktiviti/program yang ingin dilaksanakan di kawasan kampung hendahlah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari pihak JAKOA Ibu Pejabat.
11/05/2026
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐒𝐊𝐌) 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐤𝐞 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 (𝐉𝐀𝐊𝐎𝐀)
YBrs. Tuan Muhammad Akmal Ila bin Ahmad, Ketua Pengarah JAKOA telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Hussin, Pengarah SKM Negeri Perak bertempat di Ibu Pejabat JAKOA pada 8 Mei (Jumaat).
Sesi tersebut telah membincangkan hala tuju pembangunan koperasi sebagai salah satu inisiatif bagi memperkasakan ekonomi komuniti Orang Asli melalui Gerakan Koperasi, khususnya di Negeri Perak.
Turut hadir Pegawai-pegawai kanan SKM Negeri Perak dan JAKOA.
11/05/2026
𝐓𝐚𝐤𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐦𝐮 𝐃𝐮𝐠𝐚 (𝐓𝐃) 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐫𝐠𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐅𝐢𝐳𝐢𝐤𝐚𝐥 (𝐔𝐊𝐅) 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐣𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐫𝐣𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐮𝐫𝐮𝐚𝐧 (𝐏𝐈𝐒𝐌𝐏) 𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengadakan Taklimat Persediaan Temu Duga (TD) dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Calon Orang Asli Tahun 2026 pada 8 Mei (Jumaat) sebagai persediaan awal kepada calon sebelum menghadiri sesi pemilihan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Taklimat ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Aslina Wati binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan JAKOA dan seterusnya taklimat oleh Penceramah jemputan daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Encik Muhammad Syafiq bin Mokhtar Yazid, Penolong Pengarah Jabatan Pengambilan dan Penempatan IPGM serta Puan Zuriana binti Zulkifly, Penolong Pengarah Jabatan Pengambilan dan Penempatan IPGM.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan teknik menghadapi temu duga, etika penampilan diri, komunikasi berkesan serta panduan menghadapi ujian kecergasan fizikal dengan lebih yakin dan bersedia.
Inisiatif ini merupakan komitmen berterusan JAKOA dalam memperkasa modal insan masyarakat Orang Asli agar lebih bersedia merebut peluang pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan.
Semoga semua calon diberikan kejayaan dan menunjukkan prestasi yang baik dalam temuduga dan ujian kecergasan fizikal tersebut.
10/05/2026
🌸 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔 - 𝐒𝐞𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐈𝐛𝐮 ❤️
Di sebalik setiap episod dan jalan cerita kehidupan, pasti ada seorang ibu yang tidak pernah jemu mencurah kasih sayang, pengorbanan dan ketabahan dalam membentuk keluarga, masyarakat dan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
Buat semua insan bergelar ibu, terima kasih atas segala pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengenal erti lelah. Semoga setiap kasih yang diberi menjadi asbab kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan.
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja JAKOA
09/05/2026
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚, 𝐏𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 (𝐍𝐆𝐎) 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menzahirkan penghargaan kepada rakan media, pempengaruh dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Orang Asli menerusi satu majlis yang diadakan pada 8 Mei 2026 (Jumaat) bertempat di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur.
Acara julung kali diadakan menggabungkan tiga kumpulan utama tersebut bertujuan untuk memperkenalkan barisan pengurusan JAKOA selain membina dan memperkukuh kerjasama strategik yang turut diserikan dengan pemberian anugerah penghargaan media kepada penerima berikut:
• Anugerah Penghargaan Media (Kategori Televisyen): Apa Khabar Malaysia, BERNAMA
• Anugerah Penghargaan Media (Kategori Radio): ASYIKfm, RTM
• Anugerah Penghargaan Media (Kategori Portal): Oh My Media
• Anugerah Penghargaan Wartawan Cakna: Puan Siti Nor Akmaliah binti Razak, Wartawan Media Prima Negeri Kelantan
YBrs. Tuan Muhammad Akmal Ila bin Ahmad, Ketua Pengarah JAKOA dalam ucapan menyeru semua pihak untuk terus membantu KKDW dan JAKOA menyalurkan maklumat tepat selain percaya kerjasama baik antara tiga kumpulan berkenaan mampu memberikan impak yang tinggi dalam memperkasakan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat Orang Asli secara menyeluruh.
Majlis yang berlangsung meriah tersebut turut diisi dengan persembahan nyanyian, alunan merdu seruling pensol, jualan usahawan di bawah bimbingan JAKOA, permainan sumpit dan pameran koleksi Muzium Orang Asli Gombak.
Majlis turut dihadiri oleh Tuan Ir. Ts. Mahat a/l Mat D**g, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan); Tuan Saiful Zahlan bin Muhamad Azmi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan); Puan Nor Najihah binti Sukor, Ketua Unit Komunikasi Korporat, KKDW; Encik Muhammad Zulkifli bin Sulaiman, Ketua Unit Komunikasi Korporat, JAKOA; Pengarah-Pengarah Bahagian dan Negeri, Pegawai-Pegawai JAKOA dan wakil agensi di bawah KKDW.