Jabatan Perumahan Negara (JPN)

Jabatan Perumahan Negara (JPN)

Share

Menjadi organisasi yang cemerlang dalam melaksanakan dan mengawal selia perumahan yang mampan dan mesra alam ke arah kehidupan berkualiti tinggi.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila kemukakan di Sistem Aduan Bersepadu KPKT seperti pautan berikut:

https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm

Photos from Jabatan Perumahan Negara (JPN)'s post 06/05/2026

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—§π—˜π—žπ—‘π—œπ—žπ—”π—Ÿ π—žπ—˜ π—™π—”π—¦π—œπ—Ÿπ—œπ—§π—œ π—œπ—‘π——π—¨π—¦π—§π—₯π—œ π—£π—˜π— π—•π—œπ—‘π—”π—”π—‘ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—”π—‘ π—₯π—˜π—¦π—’π—¨π—₯π—–π—˜π—¦ 𝗖𝗒π—₯𝗣𝗒π—₯π—”π—§π—œπ—’π—‘ π—•π—˜π—₯𝗛𝗔𝗗 (𝗠π—₯𝗖𝗕) 𝗗𝗔𝗑 𝗣π—₯π—’π—π—˜π—ž 𝗧𝗨𝗝𝗨𝗛 π—₯π—˜π—¦π—œπ——π—˜π—‘π—–π—˜π—¦ π— π—˜π— π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—” π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π—§π—”π—›π—¨π—”π—‘ π—§π—˜π—žπ—‘π—œπ—žπ—”π—Ÿ π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗑 π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔

SELANGOR, 5 Mei 2026 – Jabatan Perumahan Negara (JPN) melalui Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta (BPPS) telah mengadakan lawatan teknikal ke fasiliti industri pembinaan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di IKSB Fabrication Yard, Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Kuala Langat serta tinjauan ke Projek Tujuh Residences, Kwasa Damansara, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada pegawai mengenai penggunaan teknologi pembinaan moden berasaskan Prefabricated Prefinished Volumetric Construction (PPVC) yang dilaksanakan oleh MRCB melalui MRCB Building System (MBS). Pendekatan ini merupakan salah satu inovasi utama dalam sektor pembinaan yang mampu meningkatkan kecekapan tempoh pembinaan, kawalan kualiti, keselamatan pekerja serta mengurangkan pembaziran bahan binaan.

Delegasi lawatan diketuai oleh YBrs. Tuan Khairul Anwar Bin Bachok , Timbalan Ketua Pengarah (Pemajuan Perumahan), JPN. Turut hadir bersama ialah YBrs. Puan Ir. Norlinah Binti Nawir , Pengarah Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta, JPN.

Sepanjang lawatan, peserta telah diberikan penerangan berhubung proses penghasilan komponen modular di fasiliti IKSB Fabrication Yard sebelum komponen tersebut dihantar ke tapak pembinaan untuk pemasangan. Peserta turut meninjau pelaksanaan sistem modular di Projek Tujuh Residences yang merupakan antara pembangunan kediaman berorientasikan transit (TOD) di Kwasa Damansara.

Program ini turut memberi peluang kepada pegawai untuk memahami keseluruhan ekosistem pembinaan modular daripada peringkat pengilangan sehingga pemasangan di tapak projek, selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memperkasa penggunaan teknologi pembinaan mampan, berkualiti dan berdaya saing.





Photos from Jabatan Perumahan Negara (JPN)'s post 29/04/2026

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KPKT KE PROJEK PERUMAHAN SWASTA DI FOREST HEIGHTS, CP (FASA 1), SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 29 April 2026 – YBhg. Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama YBrs. Dr. Tan Awang Besar, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN), pegawai-pegawai kanan kementerian dan agensi berkaitan hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke projek perumahan swasta Forest Heights, CP (Fasa 1), Seremban bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta memastikan pematuhan terhadap jadual pembangunan yang telah ditetapkan.

Projek Forest Heights, CP (Fasa 1) dimajukan oleh Sunrise MCL Land Sdn. Bhd. melibatkan pembinaan sebanyak 283 unit rumah teres dua tingkat, dengan 210 unit telah terjual setakat ini. Perjanjian Jual Beli (SPJB) pertama telah dimeterai pada 8 Mei 2024 dengan tarikh siap asal dijadualkan pada 8 Mei 2026.

Berdasarkan laporan kemajuan awal, projek ini berstatus Lancar dengan peratusan kemajuan 97.5%. Justeru itu, lawatan ini dijadualkan bagi memastikan projek ini siap mengikut jadual dan sebagai langkah intervensi awal sekiranya terdapat permasalahan di tapak bagi mengelakkan projek bertukar status kepada Sakit bermula 9 Mei 2026. Namun begitu, projek ini telah berjaya mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) lebih awal iaitu pada 27 April 2026.

Dalam lawatan tersebut, Timbalan Menteri menzahirkan penghargaan kepada pihak pemaju atas komitmen dalam memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan. β€œKerajaan melalui KPKT akan terus komited dalam memastikan setiap projek perumahan swasta dipantau secara rapi agar disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan, seterusnya mengelakkan berlakunya projek sakit atau terbengkalai,” ujar beliau.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPKT dalam memperkukuh tadbir urus sektor perumahan negara serta memastikan kesejahteraan rakyat melalui penyediaan kediaman yang berkualiti, selamat dan siap mengikut jadual.





Photos from Jabatan Perumahan Negara (JPN)'s post 29/04/2026

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KPKT KE PROJEK PERUMAHAN SWASTA DI TAMAN PALMA JAYA PERDANA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 29 April 2026 – YBhg. Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama YBrs. Dr. Tan Awang Besar, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN), pegawai-pegawai kanan kementerian dan agensi berkaitan hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke projek perumahan swasta Taman Palma Jaya Perdana di Seremban.

Projek ini dimajukan oleh Koperasi Guru Melayu Negeri Sembilan Berhad melibatkan pembangunan rumah berkembar satu tingkat sebanyak 14 unit dengan 8 unit telah terjual dan patut siap pada 18 Jun 2021.

Berdasarkan kemajuan semasa, projek ini berstatus Sakit dengan peratusan kemajuan 97.5%. Sehubungan itu, sesi lawatan ini dijadualkan bagi meninjau keadaan terkini di tapak serta bertindak sebagai perantara dalam mengenal pasti dan melaksanakan langkah intervensi sekiranya terdapat permasalahan bagi mengelakkan projek ini sakit berpanjangan. Berdasarkan lawatan tapak tersebut, didapati bahawa Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) telah pun diperakukan pada 22 April 2026, hasil daripada komitmen baik diantara pihak pemaju, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi teknikal serta penyedia utiliti yang terlibat.

Dalam lawatan tersebut, Timbalan Menteri menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap projek perumahan yang bermasalah, dan tindakan pemulihan akan terus diperkasa melalui pendekatan bersepadu melibatkan pemaju, agensi teknikal serta pihak berkepentingan.

Beliau turut menekankan komitmen berterusan Jabatan Perumahan Negara dalam memperkukuh pemantauan projek perumahan swasta bagi mengelakkan projek terbengkalai berulang pada masa hadapan.





Photos from Jabatan Perumahan Negara (JPN)'s post 24/04/2026

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KPKT KE PROJEK PERUMAHAN SWASTA DI MELAKA

MELAKA TENGAH, MELAKA, 23 April 2026 – YB Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu bersama Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) telah mengadakan lawatan kerja ke dua projek perumahan swasta di daerah Melaka Tengah, iaitu Projek Taman Tanjong Minyak Perdana, Bertam Ulu dan Projek Taman Pengkalan Impian, bagi meninjau status kemajuan serta isu pelaksanaan projek.

Lawatan ini bertujuan untuk memastikan pemantauan rapi terhadap projek perumahan yang dikenal pasti sebagai projek sakit, di samping memastikan kepentingan pembeli rumah terus terpelihara.

Bagi Projek Taman Tanjong Minyak Perdana yang dibangunkan oleh Shang Height Realty Sdn. Bhd., projek ini melibatkan pembinaan 53 unit rumah teres dua tingkat dan telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 93.82%. Walaupun kemajuan berada di peringkat akhir, projek ini mengalami kelewatan disebabkan kekurangan bekalan tanah bagi kerja tambakan. Pemaju telah mengambil langkah melaksanakan pembangunan secara berfasa bagi mengurangkan impak kelewatan, dengan jangkaan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperoleh pada 30 September 2026.

Sementara itu, Projek Taman Pengkalan Impian oleh Anjuran Lagenda Sdn. Bhd. melibatkan 201 unit rumah teres dua tingkat dan kini mencapai kemajuan fizikal sebanyak 93.50%. Kelewatan projek ini berpunca daripada isu runtuhan cerun yang memerlukan pindaan pelan dan kelulusan semula oleh pihak berkuasa tempatan.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar unit bagi fasa tertentu telah berjaya memperoleh CCC, manakala baki unit sedang dalam proses akhir bagi mendapatkan kelulusan tersebut.

Dalam lawatan ini, YB Timbalan Menteri menegaskan komitmen KPKT untuk terus memperkukuh pemantauan terhadap projek perumahan bermasalah serta memastikan tindakan segera diambil oleh pemaju bagi menyelesaikan isu kelewatan. KPKT juga akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi teknikal bagi mempercepatkan proses kelulusan yang berkaitan.

KPKT akan terus mengambil pendekatan proaktif melalui pemantauan berterusan dan intervensi strategik bagi memastikan projek-projek perumahan dapat disiapkan dengan sempurna serta memberi manfaat kepada rakyat.





Photos from Jabatan Perumahan Negara (JPN)'s post 23/04/2026

JABATAN PERUMAHAN NEGARA (JPN) TELITI LANGKAH PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI LOT 1456 DI HULU KUSIAL, TANAH MERAH

TANAH MERAH, KELANTAN, 22 April 2026 – YBrs. Dr. Tan Awang Besar, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN), ingin memberikan penjelasan berhubung status terkini dan pelan pemulihan bagi Projek Perumahan Lot 1456 (PT2009 – PT2035) yang terletak di Hulu Kusial, Jajahan Tanah Merah, Kelantan.

Projek perumahan mampu milik jenis RT1T ini melibatkan pembinaan 28-unit rumah dengan status kemajuan fizikal semasa di tahap 98 peratus. Walau bagaimanapun, projek ini telah disahkan terbengkalai pada 15 Disember 2021 berikutan pembubaran syarikat pemaju asal, Keris Seri Development Sdn. Bhd.

Hasil pemantauan dan siasatan JPN mendapati beberapa isu kritikal perlu diselesaikan segera bagi membolehkan para pembeli menduduki kediaman mereka secara sah:

1. Isu Bekalan Air dan Utiliti: Pihak pemaju didapati gagal melunaskan wang sumbangan kepada Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), menyebabkan sebahagian penduduk terpaksa menggunakan bekalan air bawah tanah. Ketiadaan bekalan air tetap ini juga mengakibatkan syarat keselamatan kebakaran (fire hydrant) oleh pihak BOMBA tidak dapat dipatuhi.

2. Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC): Meskipun unit-unit rumah telah siap secara fizikal, ketiadaan dokumen CCC menghalang pemilikan sah. JPN berpandangan bahawa projek ini berupaya untuk memperoleh CCC dengan mematuhi syarat - syarat daripada MDTM dan semua agensi teknikal yang terlibat.

3. Kebajikan Pembeli: JPN mengambil maklum bahawa daripada 21-unit yang telah terjual, terdapat pembeli yang telah mula menduduki rumah tersebut atas faktor keperluan. Pihak Jabatan sedang berusaha memastikan aspek keselamatan dan kesahihan dokumentasi diutamakan bagi melindungi kepentingan pembeli.

YBrs. Dr. Tan Awang Besar, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, menegaskan bahawa pihak Jabatan komited dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi projek ini. β€œFokus utama kami adalah untuk memudahcara dengan semua agensi terlibat bagi perumahan ini mendapat CCC bagi memastikan infrastruktur asas dapat disiapkan mengikut piawaian yg ditetap dan juga keselamatan pembeli.” ujar beliau.

Jabatan Perumahan Negara akan terus memantau rapi perkembangan projek ini dan akan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa kepada semua pemegang taruh, khususnya para pembeli yang terkesan.





Photos from Jabatan Perumahan Negara (JPN)'s post 23/04/2026

STATUS TERKINI PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI TAMAN JAZA PERDANA, TANAH MERAH, KELANTAN

TANAH MERAH, KELANTAN, 22 April 2026 – YBrs. Dr. Tan Awang Besar, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN), hari ini meninjau perkembangan terkini berhubung projek perumahan Taman Jaza Perdana, Tanah Merah, Kelantan telah dikenal pasti sebagai terbengkalai sejak 1 Disember 2016.

Projek yang melibatkan pembangunan rumah teres satu tingkat, rumah teres dua tingkat serta rumah berkembar satu tingkat ini pada asalnya dimajukan oleh Nusajaza Development Sdn. Bhd. sebelum syarikat tersebut digulung pada 30 April 2017.

Secara keseluruhan, projek ini melibatkan sebanyak 462-unit rumah dengan pelbagai fasa pembangunan, termasuk RT1T, RT2T, RBK1T dan RSSB. Setakat ini, tahap kemajuan projek adalah berbeza mengikut kategori, dengan sebahagian unit telah mencapai kemajuan sehingga 100%.

Menurut beliau, pihak pelikuidasi telah memainkan peranan aktif dalam usaha memulihkan projek ini dengan membentangkan dua cadangan hala tuju pemulihan kepada pihak Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) pada 23 Jun 2025. Susulan itu, cadangan pemulihan penuh serta pemulihan separa bagi kerja-kerja infrastruktur telah dikemukakan kepada JPN pada 13 Ogos 2025.

Walau bagaimanapun, pihak MDTM turut menzahirkan kebimbangan terhadap beberapa isu teknikal yang berpotensi menjejaskan pelaksanaan pemulihan sepenuhnya, khususnya berkaitan sistem saliran air yang boleh mengundang risiko banjir di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, JPN akan terus memantau perkembangan projek ini secara berkala serta bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi mencari penyelesaian terbaik dan mampan, termasuk menilai kesesuaian cadangan pemulihan yang dikemukakan.





Photos from Jabatan Perumahan Negara (JPN)'s post 23/04/2026

PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN SWASTA TERBENGKALAI TAMAN MJ KEMUNING 2, MACHANG, KELANTAN

MACHANG, KELANTAN, 21 April 2026 – YBrs. Dr. Tan Awang Besar, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN), hari ini memaklumkan perkembangan terkini berhubung projek perumahan terbengkalai Taman MJ Kemuning 2 yang terletak di Machang, Kelantan.

Dimaklumkan bahawa JPN kini sedang melaksanakan pemulihan projek melibatkan pembangunan sebanyak 46-unit rumah teres satu tingkat yang telah mencapai kemajuan sebanyak 95% sebelum terbengkalai pada 30 Julai 2015. Projek asal ini dibangunkan oleh MJ Land Properties Sdn. Bhd., namun menghadapi masalah sehingga menyebabkan kelewatan penyiapan rumah kepada pembeli.

Bagi memastikan projek ini dapat disiapkan, Kerajaan MADANI melalui JPN telah mengambil langkah proaktif dengan melantik Mominnovation Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama bagi melaksanakan kerja-kerja pemulihan.

Nilai keseluruhan projek pemulihan ini adalah sebanyak RM1.54 juta, yang merangkumi kerja-kerja seperti:

β€’ Kerja awal (preliminaries)
β€’ Kerja pembaikan kecacatan (defect works)
β€’ Kerja bangunan melibatkan rumah pam dan tangki air
β€’ Kerja luaran seperti jalan, saliran, bekalan air, pembersihan tapak serta pagar
β€’ Kerja mekanikal dan elektrikal
β€’ Kerja tambahan lain termasuk papan tanda dan landskap.

Tempoh kontrak projek ini adalah selama 56 minggu, bermula pada 5 Januari 2026 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 31 Januari 2027. Sehingga kini, projek menunjukkan perkembangan positif dengan kemajuan fizikal dan kewangan yang sedang dipantau secara rapi oleh pihak JPN bagi memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.





Photos from Jabatan Perumahan Negara (JPN)'s post 22/04/2026

SESI LIBAT URUS KETUA PENGARAH JABATAN PERUMAHAN NEGARA (JPN) BERSAMA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN BAGI MEMBINCANGKAN ISU PROJEK PERUMAHAN SWASTA BERMASALAH (SAKIT) DI NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, 20 April 2026 – YBrs. Dr. Tan Awang Besar, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN), telah mengadakan sesi libat urus bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan bagi membincangkan isu projek perumahan swasta berstatus sakit di negeri ini.

Sesi tersebut turut dihadiri oleh YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan; YBhg. Dato’ Hj. Ab. Pattah bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan); serta Puan Ir. Norlinah binti Nawir, Pengarah Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta, JPN.

Perbincangan memberi fokus kepada status semasa projek perumahan bermasalah di Kelantan, cabaran pemulihan projek serta langkah intervensi yang boleh dilaksanakan melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

YBrs. Dr. Tan Awang Besar turut menegaskan komitmen JPN untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan projek perumahan dapat dipulihkan dan kepentingan pembeli rumah sentiasa terpelihara.





Photos from Jabatan Perumahan Negara (JPN)'s post 22/04/2026

LAWATAN KERJA DAN PROGRAM TURUN PADANG KETUA PENGARAH JABATAN PERUMAHAN NEGARA KE PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DI NEGERI KELANTAN BAGI MENINJAU KEADAAN SEMASA, MENDENGAR ISU PENDUDUK SERTA MEMPERKUKUH KESEJAHTERAAN KOMUNITI

YBrs. Dr. Tan Awang Besar, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah mengadakan lawatan kerja dan program turun padang ke beberapa lokasi Program Perumahan Rakyat (PPR) di Negeri Kelantan sebagai usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan serta kualiti hidup penghuni sentiasa diberi perhatian.

Lawatan ini merangkumi sesi peninjauan di lapangan serta sesi taklimat bersama penduduk setempat bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai keadaan semasa perumahan, di samping mendengar secara langsung isu, aduan serta keperluan komuniti yang mendiami kawasan PPR. Pendekatan ini turut membolehkan JPN menilai keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta mengenal pasti langkah penambahbaikan yang bersesuaian.

Antara lokasi yang telah dilawati ialah:

1. PPR Pasir Mas
2. PPR Kota Bharu
3. PPR Gual Ipoh
4. PPR Batang Merbau

Dalam ucapannya, YBrs. Dr. Ketua Pengarah JPN telah menegaskan kepentingan peranan serta tanggungjawab setiap penghuni dalam memastikan persekitaran kediaman kekal kondusif, selamat dan terpelihara. Beliau turut mengingatkan agar penduduk sentiasa komited dalam menunaikan kewajipan pembayaran sewa secara konsisten, di samping memelihara kebersihan kawasan perumahan serta menjaga kemudahan awam yang telah disediakan demi kesejahteraan bersama.

Program lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan JPN dalam memperkukuh tadbir urus perumahan awam serta memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.





Photos from Jabatan Perumahan Negara (JPN)'s post 20/04/2026

LAWATAN KERJA DAN SESI LIBAT URUS YBRS. KETUA PENGARAH JABATAN PERUMAHAN NEGARA KE PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) GUA MUSANG

GUA MUSANG, KELANTAN, 19 April 2026 – YBrs. Dr. Tan Awang Besar, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah mengadakan lawatan kerja dan sesi libat urus ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang bagi meninjau status pelaksanaan serta memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan perumahan kepada rakyat.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Encik Badrul Ridzuan bin Abdul Rahim, Pengarah Bahagian Pengurusan Perumahan dan Puan Hasnah binti Yakub, Pengarah Bahagian Kewangan. Lawatan ini turut disertai oleh Encik Zainal Abidin bin Zakaria, Pengarah Urusan Ziyad Property Consultant Melaka Sdn. Bhd.

Sesi libat urus yang diadakan memberi ruang kepada pihak JPN untuk berinteraksi secara langsung dengan penghuni serta pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas berkaitan kemudahan, penyelenggaraan dan kualiti kehidupan di PPR. Pendekatan ini selaras dengan usaha kerajaan dalam memastikan dasar dan inisiatif perumahan sentiasa responsif terhadap keperluan rakyat.

Sepanjang lawatan, YBrs. Dr. Ketua Pengarah turut diberi taklimat mengenai status semasa projek, termasuk aspek kemajuan fizikal, pengurusan penyelenggaraan serta cabaran yang dihadapi di lapangan. Penekanan turut diberikan kepada aspek pematuhan spesifikasi, keselamatan dan keselesaan penghuni.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa JPN komited untuk memastikan setiap projek PPR dilaksanakan dengan standard yang tinggi serta memberi manfaat optimum kepada golongan sasar, khususnya kumpulan berpendapatan rendah (B40).

Selain itu, beliau turut mengingatkan para penghuni agar sentiasa menunaikan tanggungjawab masing-masing termasuk membayar sewa tepat pada masanya, menjaga kebersihan kawasan kediaman serta memelihara kemudahan yang telah disediakan. Kerjasama daripada semua pihak adalah penting bagi memastikan persekitaran PPR kekal kondusif, selamat dan selesa untuk didiami.





Photos from Jabatan Perumahan Negara (JPN)'s post 20/04/2026

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KPKT KE PROJEK PERUMAHAN SWASTA SAKIT, SELANGOR

Selangor, 17 April 2026 – YB Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu bersama Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa projek perumahan di sekitar Sepang dan Kuala Langat bagi memantau status kemajuan semasa.

πŸ“ Taman Warisan Cemerlang
Projek 62 unit rumah teres 2 tingkat telah mencapai 97.5% kemajuan fizikal, namun masih belum memperoleh CCC susulan isu pencerobohan tanah. CCC dijangka diperoleh dalam masa terdekat sebelum penyerahan kunci kepada pembeli.

πŸ“ Taman Hijauan, Bandar Gamuda Cove
Projek 322 unit rumah teres 2 tingkat kini mencapai 95% kemajuan. Kelewatan berpunca daripada pemasangan utiliti dan proses mendapatkan surat sokongan. CCC dijangka diperoleh setelah semua kelulusan diterima.

πŸ“ Taman Bayu Rimba, Bandar Gamuda Cove
Pemajuan mengalami sedikit kelewatan, namun pihak kontraktor telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual.

YB Timbalan Menteri menegaskan komitmen pemaju amat penting dalam memastikan projek berjalan lancar serta mempercepatkan proses kelulusan CCC demi kesejahteraan pembeli.





Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00