26/07/2025
MAJLIS BACAAN YASIN DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI BAHAGIAN PENGURUSAN ZON PANTAI
Pada 25 Julai 2025, Bahagian Pengurusan Zon Pantai (BPZP) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin sebagai salah satu inisiatif rohani dan pengisian kerohanian dalam kalangan warga kerja BPZP. Majlis bacaan yasin ini telah diketuai oleh Pengarah BPZP, YBrs. Ir. Arman bin Mokhtar, dan turut dihadiri oleh warga BPZP.
Majlis diteruskan dengan acara perpisahan bagi meraikan pegawai-pegawai yang telah bertukar daripada BPZP. Pegawai yang diraikan ialah:
Ir. Mohamad Fahmi Bin Mohamad Ideris
En. Khairulnizam Bin Md. Yasin
En. Khairul Faisal Bin Sa'aidin
Cik Nur Miza Batrsyia Binti Zainudin
Cik Siti Nur Fatimah Binti Md Ghazali
Cik Nur Batrisyia Sabrina Binti Roslan
Cik Nurhani Nadiah Binti Samsudin
Penganjuran majlis ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan bakti yang telah diberikan, tetapi juga sebagai simbol hubungan erat dan semangat kekeluargaan antara warga kerja di BPZP.
Seluruh warga BPZP merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para pegawai yang diraikan atas segala jasa, komitmen, dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di bahagian ini. Sumbangan yang diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.
Semoga terus melakar kecemerlangan dalam apa jua lapangan yang diceburi pada masa akan datang.
25 JULAI 2025
19/02/2025
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Amiruddin bin Alaldin atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, berkuat kuasa pada 19 Februari 2025.
Seluruh warga Bahagian Pengurusan Zon Pantai dengan penuh rasa bangga dan penghormatan mengucapkan setulus tahniah atas amanah besar yang dipikul. Semoga kepimpinan baharu ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan JPS, memperkukuh sistem pengurusan sumber air negara, serta membawa inovasi dan kemajuan berterusan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
10/09/2024
6 September 2024 - Majlis Penghargaan dan Perpisahan telah diadakan di Bilik Mesyuarat BPZP bagi pegawai-pegawai BPZP yang berpindah. Cenderahati buat pegawai-pegawai telah disampaikan oleh Pengarah BPZP Tn. Hj. Zul bin Mohammad diiringi oleh Ir. Fazili. Kami warga BPZP berterima kasih atas kerjasama dan budi baik kalian selama di sini. Nama-nama pegawai yang berpindah adalah seperti berikut:
Pn. Hasreen - berpindah ke Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)
En. Amirul - berpindah ke JPS W.P. Kuala Lumpur
Cik Izwana (Protege) - Tanahasia
Nona manis nama timangan,
Kecil molek senyuman menawan,
Jasa baktimu sentiasa dikenang,
Budi baikmu kekal diingatan.
Bunga dedap di atas para,
Anak di susun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf di pinta.
05/09/2024
5 September 2024 - Kursus Rekabentuk Struktur Revetment bertempat di IPMI Zon Timur, Kota Bahru, Kelantan 3 - 5 Sept 2024 di mana En. Mohd Nor Fais bin Suhaimi Penolong Pengarah UKHP sebagai penceramah bagi slot Taklimat Lawatan Tapak.
05/09/2024
5 September 2024 - Pengarah BPZP Tuan Hj. Zul mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek-Projek Muara Sg. di Negeri Melaka (Taklimat Stakeholder Engagement) Pemuliharaan Muara Sg.Umbai, Melaka. Turut hadir bersama ialah YB. Datuk Zaidi Bin Atan (ADUN Serkam) di Pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Melaka (LKIM).
05/09/2024
4 September 2024 - Mesyuarat 'Kick Off' BPZP dan JPS Negeri Selangor Bersama Jurutera Perunding Zaaba Sdn. Bhd. untuk ISMP Selangor.
03/09/2024
3 September 2024 - Perbincangan bersama Pengarah JKR Terengganu, Ir Dr Hasli bin Ibrahim, wakil BPZP Pn. Norfathiah, konsultant Dr Nik Associate, dan UPPP Terengganu bagi membincangkan mengenai pengorekan di bawah jambatan Besut bagi Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut di Wisma Negeri Terengganu
03/09/2024
2 September 2024 - Timbalan Pengarah (Pembangunan) Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Ir Arman Bin Mokhtar telah mempengerusikan Mesyuarat Teknikal Projek Pengawalan Hakisan Pantai Sekakap, Mersing di Bilik Mesyuarat Bangunan Dato Ibrahim Munsyi, Johor pada 2 September 2024.
Mesyuarat dihadiri oleh Pengarah JPS Johor dan Jurutera Daerah JPS Daerah Mersing serta pihak perunding bagi membincangkan perancangan dan rekabentuk struktur kawalan hakisan bagi mengurangkan implikasi kawasan terlibat.
03/09/2024
2 September 2024 - Mesyuarat Penyelarasan Kerja-Kerja Pemuliharaan Muara Sungai Bako, Bahagian Kuching, Sarawak dipengerusi oleh YBhg Datu PPSN Sarawak di Ibu Pejabat JPS Sarawak, Kuching.
02/09/2024
30 Ogos 2024 - Lawatan Tapak bersama warga BPZP ke Projek Pembinaan & Pembaikan Ban Pantai di Persisiran Pantai Bagan Ajam , SPU,Penang bersama wakil Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama PPSN Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang Dato' Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri.
02/09/2024
30 Ogos 2024 - Mesyuarat Tapak No.3 Projek FAPB Cunang Kuala Langat Selangor yang dihadiri oleh wakil BPZP En. Wira bin Amir.
02/09/2024
30 Ogos 2024 - Mesyuarat Tapak bil. 17 Projek Pengawalan Hakisan Pantai Kg. Tg. Batu Nenasi Pekan Pahang bertempat di BM BPZP dipengerusikan oleh Jurutera Projek UPPP Pahang secara atas talian.