Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Share

LAMAN FACEBOOK RASMI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

14/05/2026

[๐’๐Ž๐‘๐Ž๐“๐€๐ ๐•๐ˆ๐ƒ๐„๐Ž]

๐’๐„๐’๐ˆ ๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š-๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐ˆ๐‚๐“ ๐”๐“๐€๐Œ๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐‰๐Š๐ƒ๐Œ) ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐˜๐ ๐“๐”๐€๐ ๐‹๐ˆ๐„๐– ๐‚๐‡๐ˆ๐ ๐“๐Ž๐๐†, ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐

Sorotan sesi taklimat khas Projek-Projek ICT Utama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bersama Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan yang berlangsung di Ibu Pejabat JKDM, Putrajaya.

Sesi taklimat ini memberi penerangan berkaitan pelaksanaan projek-projek ICT utama JKDM sebagai usaha memperkukuh transformasi digital jabatan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, tangkas dan berintegriti.

Saksikan video penuh sesi taklimat khas ini.

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ฃ โ€ข ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ โ€ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ




ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ | ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Photos from Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'s post 14/05/2026

[๐‡๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐]

PENGARAH JSJ SEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUPAN "NATIONAL WEAPONS TRAINING: COUNTERING WEAPONS SMUGGLING IN SOUTH EAST ASIA"

Kuala Lumpur, 14 Mei 2026 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' M. Kumar S. Muthuvelu telah hadir menyempurnakan Majlis Penutupan "National Weapons Training: Countering Weapons Smuggling in South East Asia" di Hotel Double Tree, Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Program anjuran INTERPOL dengan kerjasama Jabatan Tenaga Amerika Syarikat itu bertujuan memperkukuh usaha membanteras penyeludupan senjata api di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik, di samping mempertingkat keupayaan penguatkuasaan dalam menangani jenayah rentas sempadan.

Program tersebut turut melibatkan penyertaan beberapa agensi berkaitan antaranya Jabatan Peguam Negara Malaysia, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Dato' M. Kumar dalam ucapannya menekankan kepentingan kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran antara agensi penguat kuasa dalam memperkukuhkan keselamatan negara, sekali gus melumpuhkan aktiviti penyeludupan senjata api serta jenayah rentas sempadan.

Turut hadir, Penasihat Kanan Pejabat Pengesanan dan Pencegahan Penyeludupan Nuklear Amerika Syarikat, Mr. Aaron Mosby, Pegawai Pakar Senjata Api INTERPOL, Ms. Line Haidar, barisan Timbalan Pengarah JSJ Bukit Aman dan para pegawai kanan JSJ Bukit Aman.

Sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Photos from Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis's post 14/05/2026

[๐‡๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐]

LIPUTAN JKDM PERLIS : MESYUARAT PEMANTAUAN HASIL JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) PERLIS

KANGAR, 12 Mei 2026 โ€“ Mesyuarat Pemantauan Hasil T86B Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Ismail bin Hashim, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Cukai Dalam Negeri) yang hadir ke negeri Perlis bagi mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat ini telah dikelolakan oleh Bahagian Perkhidmatan Teknik, JKDM Perlis dan turut dihadiri oleh Pn. Nor Izah binti Abd Latif, Pengarah Kastam Bahagian Kastam Ibu Pejabat, Tn. Sutam a/l Eh Di, Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Cukai Dalam Negeri Ibu Pejabat serta Pn. Esa Norhayati binti Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pemantauan hasil T86B serta memperkukuhkan penyelarasan dan tindakan strategik bagi memastikan pencapaian hasil jabatan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan sistematik.

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ฃ โ€ข ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ โ€ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ

Sumber : Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis

Photos from Jabatan Kastam Diraja Malaysia's post 14/05/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š-๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐ˆ๐‚๐“ ๐”๐“๐€๐Œ๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐‰๐Š๐ƒ๐Œ) ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐˜๐ ๐“๐”๐€๐ ๐‹๐ˆ๐„๐– ๐‚๐‡๐ˆ๐ ๐“๐Ž๐๐†, ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐

PUTRAJAYA, 14 Mei โ€“ Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengadakan Sesi Taklimat Khas Projek-Projek ICT Utama JKDM bersama Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan di Ibu Pejabat JKDM, Putrajaya.

Ketibaan YB Timbalan Menteri Kewangan telah disambut oleh YBhg. Datoโ€™ Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam bersama barisan Pengurusan Tertinggi JKDM.

Sesi taklimat khas ini bertujuan memberi penerangan berhubung pelaksanaan projek-projek ICT utama JKDM yang menjadi pemacu kepada usaha transformasi digital jabatan dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan, pematuhan, penguatkuasaan serta tadbir urus kastam yang lebih cekap dan berintegriti.

JKDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Timbalan Menteri Kewangan atas kesudian meluangkan masa menghadiri sesi taklimat khas ini, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam menyokong agenda transformasi digital serta pengukuhan keupayaan perkhidmatan JKDM demi kepentingan negara.

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ฃ โ€ข ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ โ€ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ




ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ | ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐—”๐—  ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

14/05/2026

[๐€๐–๐€๐’ ๐’๐‚๐€๐Œ]

Jangan kongsi TAC/OTP, nombor kad, PIN, ID pengguna atau kata laluan anda ๐Ÿšซ

Maklumat keselamatan bank adalah sulitโ€”jangan dedahkan kepada sesiapa, terutama pihak tidak dikenali ๐Ÿ”’

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

Jangan kongsi TAC/OTP, nombor kad, PIN, ID pengguna atau kata laluan anda ๐Ÿšซ

Maklumat keselamatan bank adalah sulitโ€”jangan dedahkan kepada sesiapa, terutama pihak tidak dikenali ๐Ÿ”’




Photos from Jabatan Kastam Diraja Malaysia's post 14/05/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐‰๐Š๐ƒ๐Œ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

PUTRAJAYA, 13 Mei โ€” YBrs. Puan Almirulita binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Bhg. Datoโ€™ Badrul Hisham bin Alias, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di samping membincangkan potensi kerjasama serta perkongsian maklumat berkaitan bidang kepakaran kedua-dua jabatan.

Turut hadir, Tn. Abdul Jalil bin Mat Zain, Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Cawangan Pendakwaan, Penguatkuasaan ABT dan Rayuan (CPABTR), Ibu Pejabat; Dr. Perabavathi A/P Sinnasamy, Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Cawangan Pendakwaan, Penguatkuasaan ABT dan Rayuan (CPABTR), Ibu Pejabat serta barisan pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua jabatan dalam memperkukuh kerjasama strategik ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berintegriti dan berkesan demi kepentingan negara.

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ฃ โ€ข ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ โ€ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ




ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ | ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Photos from Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor's post 13/05/2026

[๐‡๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐]

๐—๐—ž๐——๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ž๐—ข๐— ๐—œ๐—ง๐—˜๐—— ๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ

๐—ž๐—”๐—๐—”๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor telah mengadakan Program Lawatan ke Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kajang Utama sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik antara agensi kerajaan dan institusi pendidikan selaras dengan aspirasi Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) 2025/2026.

JKDM Selangor telah dilantik sebagai penyelaras Program Sekolah Angkat MADANI dengan SMK Kajang Utama dipilih sebagai sekolah angkat di bawah inisiatif tersebut. Lawatan ini merupakan sesi libat urus pertama melibatkan pihak SMK Kajang Utama, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi membincangkan skop cadangan projek dan keperluan yang bakal dilaksanakan di sekolah berkenaan.

Ketibaan delegasi JKDM Selangor telah disambut mesra oleh MTT Pengetua SMK Kajang Utama, Puan Afidah binti Daud. JKDM Selangor diwakili oleh Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (KPSM), Tuan Maizatul Akmal bin Jemangin yang hadir mewakili Pengarah Kastam Negeri Selangor.

Melalui pelaksanaan program ini, JKDM Selangor komited menyahut seruan Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan pendidikan yang lebih inklusif dan berkualiti melalui pendekatan kolaboratif antara kerajaan, komuniti dan pihak berkepentingan. Inisiatif ini diharap dapat memberi manfaat kepada warga sekolah menerusi penambahbaikan fasiliti, pembangunan sahsiah murid serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan mampan.

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ฃ โ€ข ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ โ€ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ

Sumber : Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor

Photos from Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kedah's post 13/05/2026

[๐‡๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐]

MESYUARAT PEMANTAUAN HASIL T:86B JKDM KEDAH

ALOR SETAR, 13 Mei 2026 โ€“ YBrs. Tuan Haji Ismail bin Hashim, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman & Cukai Dalam Negeri) telah mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Hasil T:86B JKDM Kedah yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Alor Setar. Delegasi daripada Ibu Pejabat turut disertai oleh YBrs. Puan Nor Izah binti Abd Latiff, Pengarah Bahagian Perkastaman dan YBrs. Puan Esa Noryati binti Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknik (PERTEK).

Mesyuarat yang dikelolakan oleh Bahagian Perkhidmatan Teknik, JKDM Kedah ini menyaksikan pembentangan prestasi pungutan hasil oleh bahagian-bahagian terlibat, termasuk cabaran yang dihadapi serta strategi yang telah dan sedang dilaksanakan bagi meningkatkan kutipan hasil negeri.

Selain itu, mesyuarat ini turut menjadi platform terbaik untuk menilai pencapaian semasa, mengenal pasti isu-isu yang memerlukan perhatian serta mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak Ibu Pejabat dalam usaha memperkukuhkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan prestasi kutipan hasil JKDM Kedah.
YBrs. Puan Wan Marini binti Wan Hamzah, Pengarah Kastam Negeri, menzahirkan keyakinan bahawa dengan komitmen berterusan semua pihak serta sokongan padu daripada Ibu Pejabat, JKDM Kedah akan terus memperkukuhkan prestasi dan seterusnya mencapai sasaran hasil yang telah ditetapkan bagi tahun 2026.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Ibu Pejabat serta seluruh warga JKDM Kedah atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang diberikan dalam memastikan agenda pemantauan serta pengukuhan hasil negeri dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sumber : Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kedah

13/05/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—๐—จ๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—”๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก, ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—œ๐—Ÿ

๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ถ๐—น, 12 Mei โ€“ Sejurus selesai lawatan kerja di JKDM Selangor Pelabuhan Barat, YBhg. Datoโ€™ Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam, telah meneruskan lawatan mengejut ke Bahagian Penguatkuasaan, Dengkil bagi meninjau operasi dan fasiliti penguatkuasaan jabatan.

Lawatan tersebut bertujuan melihat sendiri tahap kesiapsiagaan anggota serta memastikan kelancaran pelaksanaan tugasan penguatkuasaan di lapangan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Dalam sesi bersama warga kerja, beliau turut menekankan kepentingan disiplin, integriti dan komitmen tinggi dalam memperkukuh imej serta kredibiliti jabatan.

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ฃ โ€ข ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ โ€ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ




ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ | ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

13/05/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—๐—จ๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—”๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—๐—ž๐——๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง

๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ต, 12 Mei โ€“ YBhg. Datoโ€™ Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam, telah mengadakan lawatan mengejut ke JKDM Selangor Pelabuhan Barat bagi meninjau pelaksanaan operasi serta kesiapsiagaan warga jabatan di lapangan.

Lawatan tersebut turut memberi peluang kepada beliau untuk melihat secara dekat pengendalian operasi pelabuhan, pemantauan kontena serta aspek pematuhan dan keselamatan di kawasan pelabuhan.

Dalam amanat ringkas kepada warga JKDM, beliau menekankan kepentingan profesionalisme, disiplin dan integriti dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kastam yang cekap dan berkesan.

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ฃ โ€ข ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ โ€ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ




ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ | ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

12/05/2026

[๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡]

Ketua Pengarah Kastam dan seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Puan Juraidah binti Jamaludin, Pegawai Kastam Kanan(WK2), Cawangan Perkastaman, Stesen Pengkalan Hulu, JKDM Perak atas pemergian beliau ke rahmatullah.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini. Jasa dan bakti Allahyarhamah sepanjang berkhidmat di JKDM akan sentiasa dikenang.

๐€๐‹-๐…๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐‡. ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡.

๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ฃ โ€ข ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ โ€ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ




ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ | ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

http://linktr.ee/KastamMalaysia

Address


No. 3, Persiaran Perdana, Presint 2
Putrajaya
62596

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30