Cawangan Pengiktirafan Taraf Bumiputera, BPKU

Cawangan Pengiktirafan Taraf Bumiputera, BPKU

Share

Contractor Service Centre

Cawangan yang menguruskan permohonan Pengiktirafan Taraf Bumiputera dengan mengeluarkan Sijil Taraf Bumiputera kepada syarikat kontraktor yang layak.

02/01/2018

Untuk makluman, bermula 2 Januari 2018, semua permohonan Taraf Bumiputera BPKU hendaklah dibuat melalui sistem CIMS. (cims.cidb.gov.my).

Photos from Cawangan Pengiktirafan Taraf Bumiputera, BPKU's post 02/01/2018

Untuk makluman, berikut adalah senarai terkini dokumen yang perlu dimuat naik untuk memproses permohonan Taraf Bumiputera BPKU. Sekiranya dokumen tidak lengkap, BPKU berhak menolak permohonan syarikat. Syarikat perlu memohonan semula dengan melengkapkan semula semua dokumen yang diperlukan.

Photos 07/07/2017

Untuk makluman semua kontraktor.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memperkenalkan Sistem Pengurusan Maklumat Setempat (CIMS) sebagai usaha untuk mentransformasikan perkhidmatan dalam taliannya. Ketua Eksekutif CIDB berkata, sistem tersebut diperkenalkan bagi memudahkan urusan perkhdimatan dan transaksi CIDB dengan pelanggan melalui satu saluran online.

Melalui CIMS, proses permohonan dan kelulusan dilaksanakan sepenuhnya secara online selain pelanggan tidak perlu lagi pergi ke kaunter CIDB untuk menghantar dokumen sokongan atau mengambil sijil dan kad pendaftaran.

Melalui CIMS semua urusan perkhidmatan kepada pelanggan daripada permohonan, pertanyaan, pembayaran serta akses kepada maklumat adalah secara dalam talian - Kosmo 6/7/2017

Photos 22/06/2017

Warga Cawangan Pengiktirafan Taraf Bumiputera ingin mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Berhati-hati ketika memandu. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

19/06/2017

NOTIS PEMBERITAHUAN

PENANGGUHAN PERMOHONAN SIJIL TARAF BUMIPUTERA KONTRAKTOR KERJA DI ATAS PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM ONLINE CIDB DARI 23 JUN HINGGA 3 JULAI


CIDB Malaysia akan memperkenalkan sistem permohonan atas talian yang baru bagi memudahkan pelanggan untuk memperolehi perkhidmatannya dan juga untuk meningkatkan kecekapannya. Sistem Pengurusan Maklumat Setempat (Centralised Information Management System - CIMS) itu akan diperkenalkan pada 4 Julai 2017.

Oleh yang demikian, semua proses permohonan dan transaksi atas talian akan ditutup bermula 23 Jun 2017, jam 6 petang untuk proses migrasi data dan akan dibuka semula pada 4 Julai 2017.

Sehubungan itu, permohohan Pendaftaran Baru / Pembaharuan / Perubahan Maklumat Sijil Taraf Bumiputera juga hendaklah dibuat bermula 4 Julai 2017.

Sila hubungi CIDB Careline pada talian 1-300-88-2432 untuk sebarang pertanyaan.

Sekian. Harap Maklum

Sesi "Townhall" Projek Prasaran LRT3 19/01/2017
18/01/2017

Pelawaan menghadiri sesi taklimat tender bagi Projek LRT3 Prasarana khas untuk kontraktor Bumiputera Gred G2 hingga G4 SELURUH MALAYSIA yang mempunyai Sijil Taraf Bumiputera yang masih aktif.

19 Januari 2017
8.00 pagi - 1.00 tgh hari
Menara Usahawan, Presint 2

Berminat? Sila hubungi
03-8880 5248
03-8880 5312
03-8880 5329

Sekian, terima kasih.

Photos 13/01/2017

Salam takziah di atas pemergian Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem
1944 - 2017 Al-Fatihah

10/01/2017

Panduan Permohonan Pengiktirafan Taraf Bumiputera secara atas talian.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Tingkat 5, Menara Usahawan, Presint 2
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30