Pusat Geospatial Negara

Pusat Geospatial Negara

Share

Facebook Rasmi Pusat Geospatial Negara, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Selamat datang ke Malaysia Geoportal (MyGeoportal).

MyGeoportal ialah satu perhentian capaian bagi maklumat dan aktiviti geospatial di Malaysia. Portal ini menjadi platform bagi menyampaikan maklumat dan perkhidmtan mengenai geospatial ke seluruh negara.

Photos from Pusat Geospatial Negara's post 12/05/2026

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗖𝗛𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗬 𝗨𝗣𝗗𝗔𝗧𝗘 : 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗤𝗚𝗜𝗦

11 Mei 2026 | 10.30 pagi | Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Menara PETRA

Pengerusi: Sr Juzaila binti Abd. Satar, Timbalan Pengarah, Cawangan Pembangunan Geodata dan Penyelidikan (CPGP), Pusat Geospatial Negara (PGN), NRES.

Pusat Geospatial Negara (PGN) telah mengadakan sesi Technology Update Perisian KQGIS yang disampaikan oleh Sky-Shine Corporation Sdn. Bhd., diketuai oleh En. M. Muhedi bin Musawari. Sesi taklimat merangkumi aspek lesen penggunaan, penyelenggaraan, sokongan teknikal, integrasi pangkalan data dan pembangunan sistem aplikasi GIS. Peserta turut menyaksikan demonstrasi paparan peta 2D/3D, pemprosesan data spatial dan aplikasi Web GIS. Melalui sesi ini, kakitangan PGN yang hadir dapat memahami keupayaan teknikal dan teknologi KQGIS serta berpeluang menilai potensi penggunaannya dalam menyokong operasi dan pembangunan geospatial organisasi.

06/05/2026

𝐵𝓊𝓁𝑒𝓉𝒾𝓃 𝒢𝑒𝑜𝓈𝓅𝒶𝓉𝒾𝒶𝓁 𝒮𝑒𝓀𝓉𝑜𝓇 𝒜𝓌𝒶𝓂 (𝐵𝒢𝒮𝒜) 𝐸𝒹𝒾𝓈𝒾 𝟤𝟢𝟤𝟧 𝓀𝒾𝓃𝒾 𝓈𝓊𝒹𝒶𝒽 𝓉𝑒𝓇𝓈𝑒𝒹𝒾𝒶 𝓊𝓃𝓉𝓊𝓀 𝒹𝒾𝒷𝒶𝒸𝒶!

Nak tahu perkembangan terkini dunia geospatial negara?
Jom selami pelbagai perkongsian menarik dalam BGSA edisi kali ini yang menghimpunkan berita, inisiatif dan inspirasi daripada komuniti geospatial negara. 🌏🛰️

Antara kandungan menarik yang dimuatkan:
🏆 Artikel eksklusif daripada para pemenang Anugerah Geospatial Kebangsaan (NGA) 2025
📰 Berita dan pencapaian terkini berkaitan geospatial di Malaysia
📍 Perkongsian promosi serta aktiviti MyGDI
💡 Pelbagai input bermanfaat untuk menambah pengetahuan dan inspirasi

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info terkini, idea baharu dan kisah kejayaan dalam pembangunan geospatial negara.

📖 Baca sekarang melalui pautan berikut:
https://www.mygeoportal.gov.my/index.php/ms/resources/publications/buletin-geospatial-sektor-awam-edisi-2025





Photos from Pusat Geospatial Negara's post 04/05/2026

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗗𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗢𝗗 𝗗𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔 𝗦𝗜𝗠𝗕𝗢𝗟 (𝐊𝐊𝗞𝗪𝗦) 𝗕𝗜𝗟. 𝟏/𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗔𝗧𝗘𝗚𝗢𝗥𝗜 𝗦𝗣𝗘𝗖𝗜𝗔𝗟 𝗨𝗦𝗘, 𝗛𝗬𝗣𝗦𝗢𝗚𝗥𝗔𝗣𝗛𝗬 𝐃𝐀𝐍 𝗚𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗟

4 MEI 2026 | 9.30pagi | Bilik Perbincangan 3, Aras 8, Menara PETRA

Mesyuarat Kumpulan Kerja Standardisasi Kod Dan Warna Simbol (KKKWS) Bil. 1/2026 bagi Kategori Hypsography, General Dan Special Use telah dipengerusikan oleh Sr Nik Zamri Sham bin Nik Bahari Shah, Timbalan Pengarah, Cawangan Pembangunan Polisi, Standard dan Outreach (CPPSO).

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk mendapatkan cadangan serta persetujuan daripada agensi berkaitan kod dan warna simbol bagi fitur Special Use, Hypsography dan General yang lazim digunakan dalam paparan peta-peta tematik/ topografi dan aplikasi di agensi-agensi. Simbol yang telah dipersetujui ini kemudian boleh dijadikan rujukan dan digunapakai oleh agensi lain. Antara agensi yang telah hadir adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) selaku rakan strategik bagi kumpulan kerja ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia)






Photos from Pusat Geospatial Negara's post 09/04/2026

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗠𝗨𝗟𝗧𝗜-𝗟𝗜𝗡𝗚𝗨𝗔𝗟 𝗚𝗟𝗢𝗦𝗦𝗔𝗥𝗬 𝗢𝗙 𝗧𝗘𝗥𝗠𝗦 (𝗞𝗞𝗠𝗟𝗚𝗧) 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗚𝗘𝗢𝗚𝗥𝗔𝗙𝗜/𝗚𝗘𝗢𝗠𝗔𝗧𝗜𝗞 𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟭 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

9 April 2026 | Bilik Perbincangan 3, Pusat Geospatial Negara

Kumpulan Kerja Multi-Lingual Glossary of Terms (KKMLGT) Maklumat Geografi/Geomatik diwujudkan untuk menterjemah dan menentukan bidang serta sub bidang istilah-istilah Multi-Lingual Glossary of Terms (MLGT) berdasarkan dokumen ISO/TC 211 MLGT - Release 5 Terminological Records dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Hasil terjemahan akan diterbitkan dalam laman sesawang Geolexica, laman sesawang MyGeoportal dan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk rujukan umum.

Mesyuarat KKMLGT Bilangan 1 Tahun 2026 yang diadakan pada 9 April 2026 dipengerusikan oleh YBrs. Sr Gs. Dr. Mohammad Zakri bin Tarmidi, Pensyarah Kanan Jabatan Geoinformasi Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan dihadiri oleh wakil agensi seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA)




Photos from Pusat Geospatial Negara's post 03/04/2026

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗨𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗢𝗦𝗣𝗔𝗧𝗜𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗔𝗪𝗔𝗠 (𝗣𝗚𝗦𝗔) 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗭𝗢𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛

2 April 2026 | Hotel Everly, Putrajaya

Satu sesi libat urus yang melibatkan kementerian, jabatan dan agensi dari zon tengah telah diadakan bagi mengenal pasti dan memperincikan keperluan bagi pelaksanaan Projek Pemusatan Perkhidmatan Geospatial Sektor Awam (PGSA).

Projek pemusatan bertujuan mengoptimumkan penggunaan infrastruktur dan infostruktur geospatial disokong oleh polisi, dasar, pelan pembangunan kompetensi serta tadbir urus yang menyeluruh dan sistematik.

Pusat Geospatial Negara, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama serta maklum balas semua pihak yang hadir dalam sesi libat urus ini.




20/03/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

Semoga semua amalan kita di bulan Ramadan diberkati Allah. Selamat menyambut Aidilfitri dengan penuh rasa kesyukuran bersama insan tersayang!!

19/03/2026

𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠 𝗗𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗚𝗘𝗢𝗦𝗣𝗔𝗧𝗜𝗔𝗟 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔, 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗔𝗠



09/03/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Warga Pusat Geospatial Negara (PGN) mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada YBhg. Datuk Wira Anis Rizana binti Mohd Zainudin atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkuatkuasa 9 Mac 2026.

Semoga dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dan komitmen dalam memperkukuh pengurusan sumber asli serta pemeliharaan alam sekitar melalui Program MyGDI secara mamopan demi kesejhateraan bersama.




Photos from Pusat Geospatial Negara's post 06/03/2026

MESYUARAT PEMBANGUNAN GEOSPATIAL BAGI SISTEM PENGURUSAN BANTUAN KEBAJIKAN, JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

6 Mac | Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Menara PETRA

Pusat Geospatial Negara (PGN), NRES berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diketuai oleh YBrs. Ts. Hazliana binti Talha, Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat.

Sesi ini memberikan ruang kepada perbincangan berkaitan pembangunan dan penggunaan teknologi geospatial dalam pengurusan bantuan kebajikan kepada masyarakat. Inisiatif ini diharap dapat membantu meningkatkan kecekapan agihan bantuan melalui pendekatan berasaskan data dan lokasi.

PGN amat mengalu-alukan kolaborasi strategik ini dan berharap kerjasama antara PGN dan JKM dapat memperkukuh penggunaan data geospatial dalam menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan berkesan kepada rakyat.



05/03/2026

Platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) yang dibangunkan oleh Pusat Geospatial Negara (PGN) merupakan hab geospatial berpusat yang menyokong integrasi data, sistem dan kepakaran merentas sektor kerajaan.

Melalui platform ini, perkongsian data geospatial dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan, selaras dengan agenda transformasi digital negara.

💡 Jom manfaatkan MyGOS!
Gunakan platform ini sebagai medium utama dalam pengurusan dan perkongsian data geospatial bagi menyokong perancangan, pembangunan serta pembuatan keputusan yang lebih tepat dan berimpak tinggi.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Putrajaya
62574

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00