13/05/2026
๐ข PELUANG MENJADI PELAPOR!
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menjadi Pelapor bagi program:
3rd Malaysia-China International Industry-Education Cooperation Forum
๐
Tarikh Permohonan: 13 โ 26 Mei 2026
๐๏ธ Tarikh Bertugas: 7 Jun 2026
๐ Lokasi: Hotel Tenera, Bangi, Selangor
๐ฐ Elaun: RM100.00 (RM50.00 x 2 sesi)
Calon yang berminat boleh imbas kod QR pada poster atau log masuk ke myprofil.iyres.gov.my dan klik Tawaran Iklan.
๐ Pertanyaan: 03-8871 3152 / 012-362 4086
๐ www.iyres.gov.my
โ๏ธ [email protected]
12/05/2026
๐ฃ๐จ๐ง๐ฅ๐๐๐๐ฌ๐, ๐ญ๐ฎ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBSMalaysia) dengan kerjasama PNB Research Institute (PNBRI) hari ini menganjurkan ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐ท๐ฎ ๐๐๐น๐ฎ๐ (๐ฅ๐ง๐): ๐ ๐ฒ๐ป๐ผ๐ธ๐๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ถ๐๐ธ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป, ๐ ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ถ๐ฝ๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐น๐ถ๐ฎ di Dewan Podium B, Menara KBS, Putrajaya sebagai platform strategik bagi membincangkan isu kemiskinan belia serta usaha memperluas peluang masa depan generasi muda negara.
Program telah dirasmikan oleh ๐ฌ๐ ๐ง๐๐ฎ๐ป Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang turut menyampaikan ucapan aluan berkaitan kepentingan pendekatan menyeluruh dalam menangani cabaran sosioekonomi belia. RTD ini telah menghimpunkan 161 peserta yang terdiri daripada wakil kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, institusi pendidikan, swasta/ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta persatuan/ badan bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan solusi dan intervensi yang lebih berkesan dalam memperkasa kesejahteraan belia.
Antara pengisian utama program ialah pembentangan bertajuk Kemiskinan Multidimensi Belia oleh ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), serta pembentangan Pengangguran, Gaji Rendah dan Kos Sara Hidup oleh ๐๐ฟ. ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ Amirul Rafiq ๐๐ฏ๐ ๐ฅ๐ฎ๐ต๐ถ๐บ, Penyelidik PNBRI. Pembentangan ini memberi fokus terhadap cabaran ekonomi semasa yang dihadapi golongan belia dan keperluan dasar yang lebih responsif serta bersasar.
Program turut diteruskan dengan sesi interaksi bersama YB Tuan Mordi anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang membuka ruang dialog dan pertukaran pandangan bersama peserta berkaitan cabaran semasa serta langkah memperkukuh kesejahteraan dan peluang ekonomi belia di Malaysia.
Selain itu, sesi forum bertajuk โBelia Bangkit Keluar Daripada Kemiskinanโ telah dikendalikan oleh ๐ฃ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ ๐๐ถ๐ป๐๐ถ ๐ฅ๐ผ๐๐น๐ฎ๐ป, Pengarah Penyelidikan PNBRI selaku moderator. Forum ini menampilkan barisan panel terdiri daripada ๐๐ฟ. ๐ก๐๐ฟ ๐๐ฎ๐๐ถ๐ป ๐๐ณ๐ฟ๐ถ๐ป๐ฎ ๐๐ถ๐ป๐๐ถ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ. ๐๐ฎ๐ธ๐ต๐ฟ๐๐ฑ๐ฑ๐ถ๐ป, doktor perubatan dan penulis buku, ๐ฃ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ถ๐น๐ฎ๐๐๐น ๐ฆ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต๐ท๐ฎ๐ป๐ป๐ฎ ๐๐ถ๐ป๐๐ถ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐๐๐บ๐ฎ๐ถ๐น, Pengasas Bersama Ahmadโs Fried Chicken serta ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐๐๐ฎ๐ป ๐๐๐ถ๐๐ถ ๐๐ถ๐ป ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐ง๐ฎ๐ฟ๐บ๐ถ๐๐ถ, Pengasas Izzan Natural Enterprise. Perkongsian panel memberi penekanan terhadap pengalaman, cabaran dan strategi memperkasa belia dalam meningkatkan taraf hidup serta keluar daripada kepompong kemiskinan secara mampan.
RTD berakhir dengan pembentangan rumusan resolusi pada jam 12.45 tengah hari oleh ๐ฃ๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ต๐ต๐ฎ๐ป๐ถ๐บ ๐ฌ๐ฎ๐ต๐๐ฎ, Eksekutif Penyelidik Kanan 1 IYRES yang merumuskan cadangan, pandangan serta input daripada pembentangan dan forum sepanjang program berlangsung sebagai panduan dalam memperkukuh agenda pembangunan dan kesejahteraan belia negara. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif PNBRI, ๐๐ฟ. ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ฎ ๐๐ต๐ฒ ๐ข๐บ๐ฎ๐ฟ.
12/05/2026
๐ฃ๐จ๐ง๐ฅ๐๐๐๐ฌ๐, ๐ญ๐ญ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategiknya apabila mengadakan Sesi Taklimat Kerjasama Strategik bersama Kelantan Future Leaders Institute (KFLI) bagi memperluas pelaksanaan serta hebahan sistem MyProfil dalam kalangan belia, khususnya komuniti belia di Negeri Kelantan.
Sesi yang berlangsung di Ibu Pejabat IYRES ini memberi penekanan kepada pelaksanaan Inisiatif Hub Profil Belia IYRES, iaitu satu usaha bersepadu untuk memperluas capaian MyProfil sebagai platform utama pengumpulan dan pengurusan data belia negara secara lebih sistematik, inklusif dan berimpak tinggi.
Inisiatif ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh ekosistem data belia yang lebih komprehensif dan responsif terhadap keperluan sebenar golongan belia, selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik 2 IYRES, manakala sesi pembentangan dan penerangan berkaitan sistem MyProfil telah disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan 5 IYRES daripada Cawangan Pengurusan Data IYRES.
Antara fokus utama kerjasama yang dibincangkan termasuk mempergiat hebahan sistem MyProfil menerusi program-program anjuran KFLI, menggalakkan pendaftaran sebagai IYRES Community Enumerator (ICE) dan sukarelawan MyProfil, serta memperluas jaringan sistem tersebut melalui rangkaian strategik dan komuniti belia di bawah KFLI.
Melalui kolaborasi ini, IYRES komited untuk terus memperkasakan peranan data sebagai asas kepada perancangan dan penggubalan dasar pembangunan belia yang lebih tepat, responsif dan berimpak tinggi. Kerjasama strategik ini juga dijangka dapat meningkatkan kadar penyertaan belia dalam sistem MyProfil, sekali gus memperkukuh suara serta representasi belia dalam landskap pembangunan negara.
11/05/2026
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ, ๐ณ-๐ต ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Bengkel Klasifikasi Fail (KF) ke arah pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS) 2.0 telah diadakan di Ramada Suites by Wyndham, KLCC bagi membina sistem pengurusan rekod dan pemfailan yang sistematik, teratur, dan seragam, selaras dengan piawaian Arkib Negara Malaysia.
Ia memberi tumpuan kepada pembangunan klasifikasi fail urusan am dan fungsian, memperkasa kecekapan carian dokumen, serta mempersiapkan IYRES ke arah transformasi digital atau sistem DDMS 2.0. Sesi ini dilaksanakan oleh pegawai dari Arkib Negara Malaysia, iaitu Puan Hapiza binti Osman dan Encik Nur Zaki bin Saini serta Encik Jamidi bin Jaluin.
Semua ketua cawangan/unit dan pegawai IYRES terlibat dalam bengkel ini. Majlis dirasmikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES.