15/09/2026
S**a teman ingatkan, pegawai yang baru bersara wajib kerana capai umur bersara wajib, kena jelas berkaitan dua (2) perkara ini :
1. Jika dah terima satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada tahun akhir persaraan kalian. Itulah gaji akhir yang akan digunakan untuk pengiraaan faedah persaraan.
2. Jika belum terima KGT lagi kerana telah capai tarikh kuat kuasa bersara wajib, sebelum capai tarikh KGT pada tahun persaraan (April, Julai, Oktober), kalian boleh diberi 1 KGT diawalkan
Justeru, boleh lah maklumkan kepada pihak pegawai sumber manusia Jabatan masing-masing untuk kemukakan permohonan penyelarasan faedah persaraan kepada KWAP.
Permohonan tersebut akan ke JPA untuk pertimbangan selanjutnya.
Sebelum permohonan penyelarasan faedah persaraan dikemukakan kepada pihak KWAP, teman s**a ingatkan lagi, pemberian KGT yang diawalkan berkenaan, perlu lah setelah diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Jabatan.
Sekian, dimaklumkan dan terima kasih.
Semoga bermanfaat. 🌹😊
Yang OHSEM,
Admin