08/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐. ๐๐, ๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
YAB Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) KKDW Bilangan 17, 18 dan 19 bagi Tahun 2026, hari ini.
Mesyuarat membincangkan pelaksanaan program dan inisiatif KKDW serta agensi di bawahnya bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terus cekap dan berkesan, di samping memperkukuh penyelarasan serta keberkesanan pelaksanaan agenda pembangunan luar bandar agar lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.
Dalam mesyuarat tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri turut merakamkan tahniah atas kejayaan penganjuran Hari TVET Negara 2026 yang mencatat kehadiran lebih 510,000 pengunjung, sekali gus mencerminkan sambutan dan keyakinan tinggi rakyat terhadap agenda TVET negara.
KKDW kekal komited untuk memperkasa pembangunan luar bandar secara mampan dan inklusif demi kesejahteraan rakyat.
08/06/2026
๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ก๐๐๐๐๐๐ก (๐ฅ๐ฃ) ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฅ๐๐ญ๐ค ๐๐๐ฆ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Usaha memperkukuh kesiapsiagaan usahawan desa dalam Program Rizq Desa 2026 diteruskan menerusi pelaksanaan Bengkel Pengukuhan Rancangan Perniagaan (RP) bagi Penilaian 2: Pandu Citra (Coaching) dan Pementoran yang telah berlangsung di Zon Utara dan Zon Timur dengan sambutan menggalakkan daripada para peserta.
Bengkel ini memberi tumpuan kepada pemantapan penyediaan rancangan perniagaan yang lebih tersusun, strategik dan berdaya saing sebagai persediaan menghadapi peringkat penilaian seterusnya. Inisiatif ini turut menjadi medan kepada peserta untuk memperhalusi hala tuju perniagaan serta meningkatkan kefahaman terhadap aspek pengurusan dan pembangunan perniagaan yang mampan.
Program seterusnya akan diteruskan di Zon Tengah, Sabah dan Sarawak sebelum semua peserta mengikuti sesi pementoran secara dalam talian selama dua bulan bersama perunding latihan yang dilantik, Anne Idris Holdings Sdn. Bhd.
๐ญ๐ข๐ก ๐ง๐๐ก๐๐๐
๐๏ธ 10โ11 Jun 2026
๐ UCAM, Melaka
๐ญ๐ข๐ก ๐ฆ๐๐๐๐
๐๏ธ 14โ15 Jun 2026
๐ Pejabat RISDA Negeri Sabah
๐ญ๐ข๐ก ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ช๐๐
๐๏ธ 18โ19 Jun 2026
๐ Pejabat RISDA Negeri Sarawak
08/06/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini mengikuti siaran langsung Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi yang berlangsung di Dewan Seri Lestari, KKDW.
Penyertaan warga KKDW dalam sesi tersebut mencerminkan komitmen berterusan kementerian untuk menghayati aspirasi Malaysia MADANI serta memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti dan berorientasikan rakyat.
Turut mengikuti sesi berkenaan ialah Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Datoโ Sri Suriani binti Datoโ Ahmad bersama barisan pengurusan tertinggi kementerian.
07/06/2026
๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ก๐๐ก ๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก
Warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diundang untuk mengikuti Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri Bersama dengan Warga Kementerian secara penstriman langsung (live streaming) seperti ketetapan berikut:
๐
8 Jun 2026 (Isnin)
โฐ 8.00 pagi
๐ Pakaian Pejabat
๐ Dewan Seri Lestari, Aras B1, KKDW (live streaming)
Bersama-sama kita menghayati amanat serta perkongsian YAB Perdana Menteri berkaitan dengan agenda reformasi dan pemerkasaan aspirasi MADANI dalam perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
07/06/2026
๐ธ ๐๐๐๐ ๐๐-๐ | ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Suasana Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya terus meriah dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan, latihan kemahiran dan prospek kerjaya yang ditawarkan oleh institusi TVET dari seluruh negara.
Di reruai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), pengunjung berpeluang meneroka pelbagai laluan pendidikan dan latihan kemahiran yang ditawarkan oleh institusi TVET di bawah KKDW, selain berinteraksi secara langsung dengan wakil institusi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program pengajian dan peluang kerjaya.
Penganjuran Hari TVET Negara 2026 terus membuktikan peranan TVET sebagai pemacu pembangunan modal insan negara serta platform penting dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri masa kini dan masa hadapan.
๐ฆพ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
06/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐)
YAB Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara telah menyempurnakan Majlis Perasmian GITC TVET Placement Centre (GTPC) di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Perbadanan Putrajaya, hari ini.
GTPC diwujudkan sebagai platform bersepadu bagi memperkukuh hubungan antara institusi latihan dan industri, sekali gus membuka lebih banyak peluang latihan, perantisan, ๐๐ฐ๐ณ๐ฌ-๐๐ข๐ด๐ฆ๐ฅ ๐๐ฆ๐ข๐ณ๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ (WBL) dan kerjaya kepada graduan TVET secara lebih sistematik dan berkesan. Inisiatif ini turut menyokong agenda TVET 2.0 untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri masa kini dan masa hadapan, di samping membantu majikan mendapatkan bakat mahir serta menyokong penyedia latihan menyelaras pembangunan kemahiran mengikut permintaan pasaran.
Pelancaran GTPC mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam pengukuhan sinergi sektor awam dan swasta bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan. Majlis ini turut menyaksikan sesi pertukaran MoU serta libat urus strategik bersama dengan rakan industri dan pemegang taruh utama TVET negara, bagi memperkukuh jaringan kerjasama pembangunan modal insan.