Biro Pengaduan Awam (Public Complaints Bureau)

Biro Pengaduan Awam (Public Complaints Bureau)

Share

To be a key organisation which contributes towards achieving public service excellence through resolving public complaints.

Photos from Biro Pengaduan Awam (Public Complaints Bureau)'s post 14/05/2026

๐—ฆ๐—Ÿ๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก, ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐—”๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—ž๐—ง๐—ฃ๐—” ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Sesi Libat Urus (SLU) bagi Persediaan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) bersama kementerian, jabatan dan agensi telah diadakan pada 14 Mei 2026 di Ibu Pejabat BPA, Putrajaya bagi menyelaras tindakan susulan serta memperkukuh usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Perbincangan ini memberi fokus kepada tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan berkaitan kertas pertimbangan aduan yang telah dibangkitkan serta dibentangkan dalam Mesyuarat JKTPA Bilangan 1 Tahun 2025 pada 28 Julai 2025.

Semoga usaha berterusan ini dapat mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat serta tadbir urus awam yang lebih cekap, responsif dan berkesan.



14/05/2026

โœจ[๐๐๐€ ๐Š๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข]โœจ

๐Ÿ“ฐ Tak pasti? Jangan kongsi! ๐Ÿšจ

Semak kesahihan berita sebelum percaya atau sebarkan. ๐Ÿ“Œ

Rujuk Sebenarnya.my atau lawati ๐Ÿ‘‰ https://t.me/s/sebenarnyamy




14/05/2026

โœจ[๐๐๐€ ๐Š๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข]โœจ

Jangan kongsi TAC/OTP, nombor kad, PIN, ID pengguna atau kata laluan anda ๐Ÿšซ

Maklumat keselamatan bank adalah sulitโ€”jangan dedahkan kepada sesiapa, terutama pihak tidak dikenali ๐Ÿ”’




Photos from Biro Pengaduan Awam (Public Complaints Bureau)'s post 12/05/2026

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—–๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ฃ๐—Ÿ๐—œ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐—ฆ ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง (๐—ฅ๐—ฅ) & ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐— ๐—•๐—”๐—›๐—•๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐— 

Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah mengadakan Program Peluncuran Penyebaran Luas Aplikasi Respons Rakyat (RR) dan Bengkel Semakan Semula Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2022: Penambahbaikan Pengurusan Aduan Awam - Siri 2 Bersama Kerajaan Negeri (SUK) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 12 Mei 2026 bertempat di Dewan Damar Sari, Kompleks F, Putrajaya.

Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah BPA yang menekankan komitmen BPA dalam memperkukuh sistem pengurusan aduan awam menerusi pendekatan Whole-of-Government serta penyeragaman saluran aduan melalui aplikasi Respons Rakyat (RR) dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Program sebaran luas yang dihadiri oleh wakil Kementerian, SUK Negeri dan PBT ini bertujuan meningkatkan kefahaman pengurus aduan terhadap pengoperasian aplikasi RR dan SISPAA, sekali gus memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih pantas, telus dan mesra rakyat. Bermula 1 Mei 2026, semua aduan awam melalui aplikasi RR akan terus disalurkan kepada kementerian, jabatan dan agensi berkaitan bagi tindakan segera.

Turut berlangsung ialah Bengkel Semakan Semula Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2022: Penambahbaikan Pengurusan Aduan Awam โ€“ Siri 2 yang melibatkan wakil SUK negeri dan PBT bagi mendapatkan pandangan serta cadangan penambahbaikan ke arah pengurusan aduan awam yang lebih efisien, inklusif dan berpaksikan rakyat.



Photos from Kementerian Ekonomi's post 11/05/2026

โœจ[๐๐๐€ ๐Š๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข]โœจ

11/05/2026

โœจ[๐๐๐€ ๐Š๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข]โœจ

๐Ÿ›ก๐Ÿ’ฌ Cegah penularan berita palsu dengan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih.

๐Ÿ” Semak dan laporkan keraguan di https://sebenarnya.my/




10/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—•๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Bertemakan ๐‘บ๐’†๐’•๐’†๐’ˆ๐’–๐’‰ ๐‘ฒ๐’‚๐’”๐’Š๐’‰ ๐‘ฐ๐’ƒ๐’–, kasih ibu membawa ke syurga.

Terima kasih kepada semua insan bergelar ibu atas segala kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri




Photos from Biro Pengaduan Awam (Public Complaints Bureau)'s post 09/05/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—ฃ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐——๐—ฆ๐—” ๐—ช๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก

Lawatan kerja Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah bersama delegasi Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) ke Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Wawasan di Kulim, Kedah pada 9 Mei 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara BPA dan Jabatan Digital Negara (JDN) dalam memperkasakan agenda pendigitalan sektor awam.

Delegasi BPA turut diberikan sesi penerangan berkaitan operasi dan infrastruktur PDSA oleh Ts. Norazura binti Mohd Nor, Ketua Penolong Pengarah Unit Sokongan Teknikal PDSA, JDN bersama Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Mohd Nizam bin Kamaruddin. Sesi ini merangkumi aspek Pusat Pemulihan Bencana (DRC), keselamatan siber serta amalan terbaik pengurusan operasi digital kerajaan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kekal cekap, selamat dan berdaya tahan.

Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dan memperkukuh komitmen bersama dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan digital kerajaan.




Photos from Biro Pengaduan Awam (Public Complaints Bureau)'s post 09/05/2026

๐™๐™„๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ฝ๐˜ผ๐˜ฟ๐™ˆ๐™„๐™‰๐™๐™Š๐™‰ ๐˜ฝ๐™‹๐˜ผ ๐™€๐™๐˜ผ๐™๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™„๐™‡๐˜ผ๐™๐™๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™„๐™ˆ ๐™’๐˜ผ๐™๐™‚๐˜ผ ๐™†๐™€๐™๐™…๐˜ผ

Kelab Kebajikan dan Sukan Biro Pengaduan Awam (KESUMBA) dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil Biro Pengaduan Awam (PCK BPA) telah menganjurkan Program Riadah Badminton pada 7 Mei 2026 bertempat di Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Program julung kali diadakan pada tahun ini telah disertai seramai 25 orang pegawai BPA dan turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Akbar bin Haji Samon, Penaung KESUMBA serta Datin Siti Fatimah Nor Rizan binti Abdul Rahim, Pengerusi PCK BPA.

Program ini dianjurkan bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga BPA melalui aktiviti sukan yang santai dan menyeronokkan. Selain itu, program ini turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga BPA.





08/05/2026

โœจ[๐๐๐€ ๐Š๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข]โœจ

Setiap ringgit untuk barangan Malaysia ialah pelaburan masa depan negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ฐ

Sokong produk tempatan dan bangga dengan jenama kita. ๐Ÿคโœจ




08/05/2026

โœจ[๐๐๐€ ๐Š๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข]โœจ

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menambah baik tatacara pertukaran lesen memandu negara asing kepada Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi memudahkan urusan warganegara Malaysia yang bekerja, menetap atau mempunyai urusan di luar negara.

Pelaksanaan inisiatif ini akan bermula di semua pejabat JPJ negeri mulai 1 Jun 2026, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien, responsif dan mesra rakyat.

Untuk maklumat lanjut: https://shorturl.at/h2VzP

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 2 & 3, Blok F10 Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, W. P.
Putrajaya
62000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30