25/06/2026
Kepada warga Shah Alam dan yang berhampiran. Mari kita meriahkan program yang dianjurkan Jabatan Pertanian Malaysia bermula hari ini (25 Jun 2026) hingga 28 Jun 2026 di SACC Mall, Shah Alam, Selangor jam 10 pagi - 10 malam.
Antara tarikan program:
* Pelbagai produk usahawan bimbingan Jabatan Pertanian.
* Produk berasaskan Industri Asas Tani (IAT) berkualiti.
* Makanan dan minuman berasaskan hasil pertanian tempatan.
* Produk hiliran pertanian, herba, madu, roselle dan banyak lagi.
* Peluang menyokong dan membeli terus daripada usahawan tempatan.
Jangan lupa semua ye..
Jabatan Pertanian terus komited memperkasa usahawan bimbingan melalui pelbagai inisiatif pemasaran dan promosi bagi meningkatkan daya saing produk tempatan serta memperluaskan akses pasaran kepada pengusaha sektor pertanian dan industri asas tani.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir ke Program Promosi dan Jualan Produk Usahawan Bimbingan Jabatan Pertanian Tahun 2026 yang akan berlangsung pada 25 hingga 28 Jun 2026, bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam di SACC Mall, Shah Alam, Selangor.
Program ini menghimpunkan pelbagai produk berkualiti keluaran usahawan bimbingan Jabatan Pertanian, termasuk produk berasaskan industri asas tani seperti makanan dan minuman, produk hiliran pertanian, herba, roselle, madu, snek serta pelbagai produk inovatif tempatan yang dihasilkan oleh usahawan dari seluruh negara.
Pengunjung juga berpeluang mendapatkan pokok bunga-bungaan dan tanaman hiasan yang sesuai untuk kediaman serta landskap, selain menikmati buah melon segar terus dari ladang yang diusahakan oleh pengeluar tempatan.
Inisiatif ini bukan sahaja membuka peluang pasaran yang lebih luas kepada usahawan, malah menjadi platform penting dalam meningkatkan pendapatan, memperkukuh jenama tempatan serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi komuniti berasaskan pertanian.
Ayuh hadir beramai-ramai dan tunjukkan sokongan anda kepada usahawan tempatan.
Setiap pembelian anda merupakan sokongan kepada usaha memperkasa usahawan pertanian, merancakkan industri asas tani serta menyumbang kepada pembangunan sektor agromakanan negara.
Belilah produk tempatan, sokong usahawan Malaysia dan bersama-sama kita memacu kemajuan industri pertanian negara.