KPDN Laman Rasmi

Call Directions Website Contact the organization

KPDN Laman Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.

Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran. Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentuan. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara. Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju. Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial. Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais.

𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏: 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐍𝐂𝐋𝐀𝐏𝟑𝟎 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔 𝐈𝐍𝐈!!Nak tahu tak macam mana strateg...
22/10/2026

𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏: 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐍𝐂𝐋𝐀𝐏𝟑𝟎 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔 𝐈𝐍𝐈!!

Nak tahu tak macam mana strategi menyeluruh negara menangani cabaran kos sara hidup hingga tahun 2030?
Jom luangkan masa bersama KPDN, kita saksikan Peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30)!

Macam-macam aktiviti menarik turut menanti anda, termasuk Jualan RAHMAH, Food Truck dan persembahan Dato’ Ameng Spring pon ada weh!

📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 10.00 pagi – 6.00 petang
📍 Kompleks Sukan Hang J***t, Melaka

Jom hadir beramai-ramai!




𝙋𝙍𝙊𝙂𝙍𝘼𝙈 𝙅𝙐𝘼𝙇𝘼𝙉 𝙍𝘼𝙃𝙈𝘼𝙃 𝙈𝘼𝘿𝘼𝙉𝙄 (𝙋𝙅𝙍𝙈) 𝙋𝙍𝙀𝙈𝙄𝙎 @ 𝙋𝙐𝙏𝙍𝘼𝙅𝘼𝙔𝘼 🛒Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) Premis @ Putrajaya akan diad...
22/10/2026

𝙋𝙍𝙊𝙂𝙍𝘼𝙈 𝙅𝙐𝘼𝙇𝘼𝙉 𝙍𝘼𝙃𝙈𝘼𝙃 𝙈𝘼𝘿𝘼𝙉𝙄 (𝙋𝙅𝙍𝙈) 𝙋𝙍𝙀𝙈𝙄𝙎 @ 𝙋𝙐𝙏𝙍𝘼𝙅𝘼𝙔𝘼 🛒

Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) Premis @ Putrajaya akan diadakan di 𝗛𝗲𝗿𝗼𝗠𝗮𝗿𝗸𝗲𝘁 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗻𝘁 𝟯 & 𝗕𝗶𝗴 𝗕𝗮𝘇𝗮𝗮𝗿 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗻𝘁 𝟭𝟭 yang menawarkan pelbagai barangan keperluan terpilih dengan harga diskaun antara 10% hingga 30% lebih murah daripada harga pasaran.

🗓️ 24 & 25 Oktober 2026 (Sabtu & Ahad)

📍HeroMarket, Presint 3
⏰ 9.00 Pagi - 10.00 Malam

📍Big Bazaar, Presint 11
⏰ 6.30 Pagi - 11.00 Malam

Jangan lepaskan peluang untuk berbelanja sambil berjimat di PJRM🛍️





𝑫𝑬𝑬𝑷𝑨𝑽𝑨𝑳𝑰  𝑳𝑬𝑩𝑰𝑯 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑬𝑹𝑰 𝑫𝑬𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑺𝑬𝑹𝑽𝑰𝑺 𝑰𝑯𝑺𝑨𝑵 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰.Cahayakan perjalanan anda sempena perayaan Deepavali ini dengan kend...
22/10/2026

𝑫𝑬𝑬𝑷𝑨𝑽𝑨𝑳𝑰 𝑳𝑬𝑩𝑰𝑯 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑬𝑹𝑰 𝑫𝑬𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑺𝑬𝑹𝑽𝑰𝑺 𝑰𝑯𝑺𝑨𝑵 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰.

Cahayakan perjalanan anda sempena perayaan Deepavali ini dengan kenderaan yang selamat dan diselenggara rapi. Nikmati Subsidi RM70 menerusi promosi Servis Ihsan Madani yang merupakan satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama PETRONAS AutoExpert tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan.

𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐬𝐥𝐨𝐭 𝐥𝐚𝐣𝐮-𝐥𝐚𝐣𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐬𝐥𝐨𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐚𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐭𝐞𝐥 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆!
𝐓𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝟐𝟓 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟕 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚.

Sambut Deepavali dengan penuh keceriaan, mulakan perjalanan dengan lebih keyakinan.


DANI


21/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

KUALA LUMPUR |21 OKTOBER 2026 | RABU




𝐊𝐏𝐃𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟐𝟏 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔- Kementerian Perdagangan Dala...
21/10/2026

𝐊𝐏𝐃𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟐𝟏 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus komited memperkasa peranan mahasiswa sebagai ejen perubahan dalam meningkatkan kesedaran dan advokasi kepenggunaan dalam masyarakat.

Komitmen ini diterjemahkan menerusi penganjuran Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa (MPGPS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung pada 19 hingga 21 Oktober 2026 bertempat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Program ini menghimpunkan 200 peserta GPS daripada 100 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara menerusi pelbagai pengisian menarik, termasuk Cabaran Eksplorasi GPS, lawatan lapangan bersama penguat kuasa KPDN, sesi perkongsian ilmu, GPS Idea Lab serta penyerahan Geran Ihsan Food Bank (i-FB).

Sebelum meninggalkan majlis, YB Menteri turut menyempurnakan sesi menandatangani plak Ihsan Food Bank (i-FB) sebagai simbolik sokongan terhadap inisiatif kebajikan dan kesejahteraan komuniti kampus.

Selaras dengan tema “Kita Pengguna: Suara Kita, Kuasa Kita”, penganjuran ini memperkukuh penglibatan mahasiswa dalam membudayakan amalan kepenggunaan yang bijak, beretika dan bertanggungjawab, sekali gus memperluas jaringan kerjasama melibatkan 196 kelab GPS berdaftar di seluruh negara.




21/10/2026

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐄𝐂𝐃/𝐊𝐏𝐂 & 𝐓𝐑𝐏 𝐊𝐞-𝟏𝟔

KUALA LUMPUR | 21 OKTOBER 2026 | RABU




[𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀]𝐂𝐎𝐍𝐒𝐔𝐌𝐄𝐑 𝐄𝐌𝐏𝐎𝐖𝐄𝐑𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐗 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐘𝐀𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀KUALA LUMPUR  | 21 OKTOBER  2026...
21/10/2026

[𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀]

𝐂𝐎𝐍𝐒𝐔𝐌𝐄𝐑 𝐄𝐌𝐏𝐎𝐖𝐄𝐑𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐗 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐘𝐀𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

KUALA LUMPUR | 21 OKTOBER 2026 | RABU




📢 TINGGAL 3 HARI LAGI!🎉 PROGRAM SENTUHAN KASIH MADANI & PELUNCURAN PELAN TINDAKAN SARA HIDUP NEGARA 2030 (NCLAP30)Jom wa...
21/10/2026

📢 TINGGAL 3 HARI LAGI!
🎉 PROGRAM SENTUHAN KASIH MADANI & PELUNCURAN PELAN TINDAKAN SARA HIDUP NEGARA 2030 (NCLAP30)
Jom warga Melaka! Meriahkan program yang bakal berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga! 🥳
📅 Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 6.00 petang
📍 Lokasi: Pekarangan Kompleks Sukan Hang J***t (Tapak B), Taman Paya Rumput, Melaka
🛍️ Antara aktiviti menarik yang menanti anda:
✅ Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM)
✅ Jualan Rakyat
✅ Jualan Menu RAHMAH
✅ Jualan Food Truck
✅ Program Advokasi Kepenggunaan
✅ Persembahan artis Dato’ Ameng Spring 🎤

📣 Semua dijemput hadir! Jumpa anda di sana!



𝐓𝐑𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝐎𝐄𝐂𝐃 𝐊𝐎𝐑𝐄𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐘 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟐𝟏 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔-Tribunal Rayu...
21/10/2026

𝐓𝐑𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝐎𝐄𝐂𝐃 𝐊𝐎𝐑𝐄𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐘 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟐𝟏 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔-Tribunal Rayuan Persaingan (TRP) dengan kerjasama strategik OECD Korea Policy Centre telah menganjurkan 16th OECD/KPC Competition Law Seminar for Asia-Pacific Judges pada 21 hingga 22 Oktober 2026 bertempat di Hotel Parkroyal Collection, Kuala Lumpur.

Seminar antarabangsa yang bertemakan "Main Challenges in Adjudicating Cartel Cases" ini merupakan satu inisiatif penting di rantau Asia Pasifik dalam menangani kerumitan dan cabaran utama yang dihadapi oleh badan kehakiman dan tribunal dalam mengendalikan serta memutuskan kes-kes berkaitan kartel.

Penganjuran seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara komprehensif kepada para peserta berkenaan landskap dan perkembangan terkini undang-undang persaingan. Di samping itu, ia berfungsi sebagai platform berprestij untuk mewujudkan rangkaian antarabangsa serta memupuk budaya perkongsian ilmu yang berharga dalam kalangan pakar undang-undang persaingan dan pakar ekonomi, baik dari dalam mahupun luar negara.

Seminar ini menghimpunkan lebih kurang 50 orang delegasi dan peserta antarabangsa dengan kehadiran barisan hakim antarabangsa, pakar-pakar ekonomi terkemuka di peringkat global, Anggota Tribunal Rayuan Persaingan (TRP), Sekretariat TRP, serta para wakil delegasi.

Melalui penganjuran program seumpama ini, TRP komited untuk terus memperkasa dan memantapkan lagi kapasiti serta kecekapan dalam pengadilan undang-undang persaingan, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai antara hab penting perbincangan polisi persaingan di rantau ini.




𝙍𝙚𝙯𝙚𝙠𝙞 𝘿𝙞𝙠𝙤𝙣𝙜𝙨𝙞, 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙖𝙯𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣 𝘿𝙞𝙝𝙚𝙣𝙩𝙞, 𝙄𝙣𝙨𝙚𝙣𝙩𝙞𝙛 𝘾𝙪𝙠𝙖𝙞 𝘿𝙞𝙣𝙞𝙠𝙢𝙖𝙩𝙞 🫶Kerajaan melalui Belanjawan 2027 memperkenalkan I...
21/10/2026

𝙍𝙚𝙯𝙚𝙠𝙞 𝘿𝙞𝙠𝙤𝙣𝙜𝙨𝙞, 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙖𝙯𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣 𝘿𝙞𝙝𝙚𝙣𝙩𝙞, 𝙄𝙣𝙨𝙚𝙣𝙩𝙞𝙛 𝘾𝙪𝙠𝙖𝙞 𝘿𝙞𝙣𝙞𝙠𝙢𝙖𝙩𝙞 🫶

Kerajaan melalui Belanjawan 2027 memperkenalkan Insentif Cukai Khas bagi Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) untuk syarikat yang menyumbang kepada ekosistem bank makanan.

Jom bersama KPDN bantu ringankan beban komuniti, kurangkan pembaziran, dan manfaatkan pelepasan cukai yang sah.





Address

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2
Putrajaya
62623

Opening Hours

Monday 08:30 - 06:00
Tuesday 08:30 - 06:00
Wednesday 08:30 - 06:00
Thursday 08:30 - 06:00
Friday 08:30 - 06:00

Telephone

+601800886800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPDN Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KPDN Laman Rasmi:

Shortcuts

Share