YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

Share

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu

Photos from YB Senator Dr. Zulkifli Hasan's post 04/06/2026

Dari Tanah Suci, Demi Khidmat Yang Lebih Berkualiti

Walaupun operasi haji 1447H masih berjalan, pasukan Pejabat Operasi Bimbingan (PPO Bimbingan) sudah mula membuat "check-in" awal menerusi sesi pra post-mortem bagi menilai pencapaian, mengenal pasti cabaran dan merangka penambahbaikan untuk operasi akan datang.

Perbincangan melibatkan semua sektor dan unit operasi di Makkah serta Madinah, termasuk Maktab & Zon, Umrah Pertama & Ziarah, Program Jemaah & Petugas, Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan Talian Ibadat Elektronik (e-TAIB).

Alhamdulillah, kesemua Pakar Rujuk dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) turut hadir berkongsi pandangan, pengalaman dan cadangan bagi memastikan perkhidmatan bimbingan ibadat terus diperkasa dari semasa ke semasa.

Dalam masa yang sama, persiapan akhir juga sedang giat dilakukan bagi menjayakan Ihtifal Dhuyufurahman - pertandingan antara maktab yang dinanti-nantikan dalam kalangan jemaah haji.

Kerja belum selesai, tetapi langkah memperbaiki masa depan sudah bermula. 🀍

πŸ€²πŸ‡²πŸ‡Ύ


04/06/2026

SEDANG BERLANGSUNG!

Ayuh bersama mengimarahkan Majlis Ilmu Madani bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX), Perdana Menteri Malaysia, serta tokoh ilmuwan yang dihormati:

β€’ Sheikh Muhammad Hydara al-Jilani
β€’ Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

πŸ—“οΈ 4 Jun 2026 (Khamis) | 18 Zulhijjah 1447H
πŸ•• 6.00 petang – 9.30 malam
πŸ“ Masjid Al-Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur

Semoga majlis ini menjadi asbab bertambahnya ilmu yang bermanfaat, keberkatan dalam kehidupan serta memperkukuh kesatuan ummah.

Semua dijemput hadir. πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ

04/06/2026

πŸŽ™οΈ Sesi Diskusi Madani: 5 Tokoh Ilmuwan dan Pemikir Peradaban Malaysia

Ayuh bersama-sama menyelami pemikiran dan legasi 5 tokoh ilmuwan yang telah membentuk landskap ilmu, pemikiran dan peradaban negara.

Dalam sesi ini, saya akan mengupas sumbangan serta relevansi pemikiran tokoh-tokoh berkenaan dalam membina Malaysia MADANI yang berteraskan ilmu, nilai dan kemanusiaan.

πŸ“… 6 Jun 2026 (Sabtu)
πŸ•” 5:00 – 6:00 Petang
πŸ“ Pentas Utama, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

πŸ“š Sertai wacana yang menghubungkan warisan intelektual silam dengan cabaran masa depan, serta memahami bagaimana pemikiran para ilmuwan tempatan terus memberi inspirasi kepada pembangunan negara.

Jumpa anda di sana! πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ

04/06/2026

πŸ“š MAJLIS PELANCARAN BUKU: AUTISME BUKAN CIPTAAN ROSAK

Tahukah anda bahawa autisme bukanlah satu kekurangan, tetapi sebuah keunikan yang perlu difahami dengan penuh hikmah dan kasih sayang?

Kami dengan sukacitanya menjemput anda ke Majlis Pelancaran Buku "Autisme Bukan Ciptaan Rosak" hasil karya Nur Arif, sebuah naskhah yang membuka mata masyarakat tentang realiti, cabaran dan keindahan dunia autisme.

πŸ“… Tarikh: 6 Jun 2026 (Sabtu)
πŸ•“ Masa: 4.00 – 5.00 Petang
πŸ“ Lokasi: Pentas Utama, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026, WTCKL

πŸ’™ Sertai kami dalam usaha membina masyarakat yang lebih memahami, menerima dan menghargai individu autisme.

Mari bersama-sama mengubah persepsi dan menyebarkan kesedaran bahawa setiap insan dicipta dengan nilai dan potensi tersendiri.

Jumpa anda di sana! 🀍

πŸ€²πŸ‡²πŸ‡Ύ

04/06/2026

Pelancaran Buku Al-Farabi: Pemikir Sanjungan Timur & Barat

Masa yang dinantikan telah tiba!

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026, IBDE dengan penuh takzim membawakan Majlis Pelancaran Rasmi buku terbaru, Al-Farabi: Pemikir Sanjungan Timur & Barat.

πŸ—“οΈ 6 Jun 2026 (Sabtu)
πŸ•‘ 2:00 Petang – 4:00 Petang
πŸ“ Pavilion MAPIM, Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, WTCKL

Buku ini merupakan sebuah biografi kritis dan komprehensif yang mengupas keteguhan prinsip serta sumbangan intelek "Guru Kedua" (al-Mu'allim al-Thānī), hasil tulisan dan suntingan tokoh sarjana terkemuka, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar.

Majlis Pelancaran ini akan disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Syarahan Khas & Sesi Tanda Tangan Eksklusif:

Para pengunjung berpeluang mengikuti pengisian ilmu luar biasa melalui Syarahan Khas daripada Prof. Osman Bakar sendiri. Inilah peluang keemasan anda untuk memiliki buku ini, bertemu ramah, dan mendapatkan tanda tangan eksklusif secara peribadi daripada pengarang!

RSVP: https://bit.ly/Pelancaran-Al-Farabi

Jumpa anda di sana! 🀍

πŸ€²πŸ‡²πŸ‡Ύ

Photos from YB Senator Dr. Zulkifli Hasan's post 04/06/2026

SELAMAT PULANG DUYUFURRAHMAN! πŸ•‹

Alhamdulillah, sekitar jam 1:30 pagi tadi, kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah air dan disambut penuh syukur di KLIA.

Wajah-wajah yang pulang tampak ceria, berseri-seri dan pastinya tidak sabar untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta. Semoga segala penat lelah sepanjang perjalanan haji diganjari dengan haji yang mabrur.

Kini, fasa kedua operasi haji bermula iaitu penerbangan pulang jemaah haji Malaysia, dengan penerbangan terakhir dijadualkan pada 30 Jun 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Tabung Haji serta semua agensi dan pihak yang berganding bahu menjayakan operasi haji tahun ini.

Di sebalik kelancaran perjalanan para tetamu Allah ο·», ada ribuan tangan yang bekerja penuh amanah dan dedikasi.

Semoga semua jemaah pulang dengan jiwa yang lebih tenang, hati yang lebih dekat kepada Allah ο·» dan semangat baharu untuk terus berbakti kepada ummah.

Selamat kembali ke tanah air. Semoga memperoleh haji mabrur dan umrah yang maqbul. 🀍

πŸ€²πŸ‡²πŸ‡Ύ




πŸ“Έ Aqil (Media YBM HEA) & Tabung Haji

04/06/2026

SIARAN LANGSUNG | MAJLIS ILMU MADANI

Ikuti secara langsung Majlis Ilmu MADANI bersama YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri serta tokoh ilmuwan antarabangsa, Sheikh Muhammad Hydara al-Jilani dan Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid.

Tarikh: 4 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 6.00 petang hingga 10.00 malam
Tempat: Masjid As-Sultan Abdullah, Kuala Lumpur

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menimba ilmu, mengambil hikmah dan menyaksikan perkongsian yang penuh manfaat daripada para ilmuwan serta pemimpin negara.

04/06/2026

Syukur, alhamdulillah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua atas ucapan dan doa yang indah sempena hari kelahiran saya.

Semoga Allah ο·» memberkati kalian semua kerana sudi meluangkan sedikit masa daripada kesibukan harian untuk mengirimkan ucapan yang penuh makna dan ingatan yang begitu berharga.

Saya mendoakan agar kita semua dikurniakan kehidupan yang bahagia, serta dilimpahi kejayaan, kesihatan yang baik dan keberkatan yang berpanjangan oleh Allah ο·».

Ibnu Umar Radiyallahu 'anhu berkata: β€œAku termasuk dalam kalangan sepuluh orang yang berada di hadapan Rasulullah ο·Ί. Lalu seorang lelaki Ansar bangun dan bertanya kepada Nabi ο·Ί: β€˜Siapakah manusia yang paling bijak dan paling berhati-hati?’ Rasulullah ο·Ί menjawab: β€˜Mereka yang paling banyak mengingati kematian dan paling banyak membuat persediaan untuk menghadapinya. Mereka itulah orang yang memperoleh kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat.’”

Semoga Allah ο·» memberkati kita semua.

🀲

---

Syukur, alhamdulillah.

My utmost thanks and heartfelt gratitude to all for the wonderful birthday wishes.

May Allah ο·» bless you all for taking some time out of your busy lives to send me such thoughtful messages.

I wish everyone a happy life ahead. May Allah ο·» bless you with success and good health.

Ibnu Umar Radiyallahu 'anhu says: "I was one among ten people who came into the presence of Rasulullah ο·Ί. One Ansari stood up and asked Nabi ο·Ί: "Who is the most intelligent and careful person?" Prophet ο·Ί replied: "Those people who remember death most and prepare for it most. These are people who have excelled in the nobility of this world and the honor of the hereafter."

May Allah ο·» bless.

🀲

Photos from YB Senator Dr. Zulkifli Hasan's post 04/06/2026

BAITUL HIKMAH MADANI: ILMU DIANGKAT, UMMAH DIPERKASA πŸ“š

Alhamdulillah, berkesempatan merasmikan Pavilion Baitul Hikmah Madani yang tampil meriah sebagai medan memperkasa budaya ilmu dan pembacaan dalam kalangan masyarakat.

Turut dilancarkan buku-buku terbitan agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan 27 judul baharu diperkenalkan pada PBAKL kali ini. Ini membuktikan bahawa karya Islam dan ilmiah tempatan terus berkembang dan relevan merentas generasi.

Dalam ucapan, saya mencadangkan penubuhan Majlis Penerbitan Buku Agama Malaysia sebagai platform strategik untuk memperkukuh ekosistem penerbitan, melahirkan lebih banyak karya berkualiti serta memperkasakan industri buku agama negara.

Kita tidak boleh hanya berpuas hati pada peringkat tempatan. Sudah tiba masanya karya-karya agama Malaysia menembusi pasaran serantau dan dunia, membawa suara, pemikiran dan hikmah Islam yang sederhana serta membina.

Tahniah kepada YADIM dan seluruh agensi JPM (Hal Ehwal Agama) yang berganding bahu menjayakan Pavilion Baitul Hikmah Madani. Bila ilmu menjadi titik temu, kebersamaan menjadi kekuatan, dan ummah melangkah lebih jauh. 🀍

πŸ€²πŸ‡²πŸ‡Ύ




πŸ“Έ Aqil (Media YBM HEA), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia & Yayasan Waqaf Malaysia

Photos from YB Senator Dr. Zulkifli Hasan's post 04/06/2026

KENDURI RAKYAT & AGIHAN DAGING KORBAN: MERAI UKHUWAH, MENYEMAI KASIH

Alhamdulillah, berpeluang menghadiri Program Kenduri Rakyat dan Sumbangan Daging Korban anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - Yadim yang berlangsung dalam suasana penuh meriah dan semangat kebersamaan.

Seramai 600 golongan asnaf sekitar Hulu Langat, disantuni dalam program ini.

Tahun ini, sebanyak 19 ekor haiwan korban berjaya dilaksanakan, membawa manfaat kepada masyarakat setempat serta menghidupkan nilai pengorbanan dan keprihatinan yang menjadi teras Aidiladha.

Lebih istimewa, YADIM turut menganjurkan gotong-royong memasak bersama penduduk, menjadikan program ini bukan sekadar agihan korban, malah medan mengeratkan silaturahim dan menyuburkan ukhuwah dalam komuniti.

Turut hadir memeriahkan program ialah YB Senator Marhamah Rosli, YB Mohd Sany Hamzan, Ustaz Datuk Dr. Hasan Bahrom serta para tetamu jemputan yang lain.

Semoga usaha murni seperti ini terus menjadi jambatan kasih antara masyarakat, selari dengan semangat korban yang mengajar kita erti memberi, berkongsi dan menyantuni.

Tahniah YADIM atas penganjuran yang cemerlang. Semoga terus menjadi pencetus kebaikan buat ummah.🀍

πŸ€²πŸ‡²πŸ‡Ύ




πŸ“Έ Aqil (Media YBM HEA) & YADIM

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Aras 10, Blok A, Kompleks Islam
Putrajaya
62100