23/10/2026
PROGRAM PEMERKASAAN RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) KE ARAH SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2026
21-23 OKTOBER 2026 - MELAKA
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui Bahagian Komunikasi Strategik, dengan kerjasama SMK Tun Sri Lanang, telah berjaya menganjurkan Program Pemerkasaan Rakan Alam Sekitar (RAS) ke Arah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2026.
Program yang berlangsung selama tiga hari ini melibatkan seramai 52 orang peserta, terdiri daripada 31 orang pelajar SMK Tun Sri Lanang, lapan orang guru pengiring dan 13 orang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS). Penganjuran program ini bertepatan dengan sambutan HASN pada 21 Oktober, sekali gus memperkukuh kesedaran dan komitmen bersama terhadap pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar.
Majlis perasmian pembukaan program telah disempurnakan pada 21 Oktober 2026 oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar, Puan Nor Aziah binti Jaafar. Majlis penutupan rasmi p**a telah disempurnakan pada 23 Oktober 2026 oleh Pengetua SMK Tun Sri Lanang, Cikgu Sariman bin Husin.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti lapan modul kursus dan latihan komprehensif yang dikendalikan oleh pegawai JAS dengan kerjasama guru-guru. Antara pengisian utama termasuklah peranan JAS dan isu pencemaran alam sekitar, pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle), perubahan iklim, pemuliharaan biodiversiti serta pelaksanaan projek mini inovasi hijau.
Program ini meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar, menyokong usaha sekolah ke arah SLAAS serta membentuk pelajar sebagai duta kelestarian dan βmata dan telingaβ JAS di peringkat sekolah dan komuniti. Inisiatif ini selaras dengan komitmen Kelab Lestari RAS SMK Tun Sri Lanang bersama JAS dalam memperkasa Kluster RAS Sekolah, bertepatan dengan tema HASN 2026, βAlam Sekitar Tanggungjawab Bersamaβ.
JAS dan SMK Tun Sri Lanang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat diteruskan bagi menyemai budaya hidup lestari serta melahirkan generasi yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.
Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Negara 2026! π±