19/10/2026
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐๐๐ง ๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐ก๐ฆ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐ง๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐
๐ 16 Oktober 2026 | Pusat Keselamatan Makanan Negara (NCFS), Salak Tinggi, Selangor
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan Mesyuarat Libat Urus Antara Agensi Bersama IFSTC Malaysia pada 16 Oktober 2026.
Sesi libat urus ini bertujuan memperkenalkan peranan dan fungsi IFSTC Malaysia serta mengenal pasti hala tuju kerjasama strategik yang berpotensi dijalinkan bersama pihak berkepentingan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ts. Zailina binti Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil daripada pelbagai kementerian, agensi dan institusi pengajian tinggi, antaranya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Standard Malaysia (JSM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), serta bahagian berkaitan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi lain yang terlibat.
Inisiatif ini diharap dapat membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat dalam memperkukuh pembangunan kapasiti, perkongsian kepakaran dan usaha meningkatkan keselamatan serta kualiti makanan di Malaysia.