Dewan Perdagangan Islam Malaysia

Dewan Perdagangan Islam Malaysia

Share

DPIM

15/05/2026

🌟 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH🌟

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah Binti Ya'akub atas pelantikan sebagai Senator Ahli Dewan Negara.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap kepimpinan, kewibawaan serta sumbangan beliau yang amat bermakna kepada pembangunan negara dan masyarakat.

Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, hikmah dan dedikasi demi memperkukuh agenda pembangunan negara yang progresif dan sejahtera selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah untuk agama, bangsa dan negara.

12/05/2026

✨ Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026 ✨

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mengucapkan terima kasih kepada seluruh jururawat yang berkhidmat dengan penuh ikhlas, amanah dan kasih sayang dalam menjaga nyawa serta kesejahteraan ummah.

“Dan sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh manusia.”
— Surah Al-Ma’idah: 32

Semoga setiap pengorbanan anda menjadi amal jariah yang diberkati Allah SWT.

Jazakumullahu Khairan, para wira kesihatan negara. 💚🩺

10/05/2026

🌷 SELAMAT HARI RABU 🌷

Ibu adalah insan istimewa yang menjadi sumber kasih sayang, kekuatan dan doa yang tidak pernah putus.

Setiap pengorbanan, perhatian dan kasih sayang seorang ibu telah membentuk kehidupan kita dengan penuh keindahan dan makna.

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu yang telah mencurahkan seluruh jiwa dan raga demi kebahagiaan keluarga.

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan serta ganjaran syurga buat seluruh insan bergelar ibu.

09/05/2026
08/05/2026

Petikan pengisian yang penuh manfaat daripada Dato’ Dr. Haji Badli Shah Bin Alauddin, Timbalan M***i Negeri Pahang menerusi Forum Hal Ehwal Perdana Islam.

Rezeki setiap manusia telah ditentukan oleh Allah SWT dengan hikmah-Nya yang tersendiri. Ada yang dilimpahkan kelebihan harta, ilmu, pangkat mahupun kemahiran, namun semuanya adalah amanah dan ujian daripada Allah.

Justeru, janganlah kita terlalu gundah gelana atau risau akan rezeki yang belum tiba. Apa yang menjadi milik kita tidak akan pernah tertukar, dan apa yang Allah tetapkan pasti akan sampai pada waktunya. Tugas kita adalah terus berusaha, berdoa, bersangka baik kepada Allah SWT serta tidak berhenti memberi manfaat kepada orang lain.

Semoga segala perkongsian yang disampaikan menjadi panduan serta peringatan buat kita semua dalam membina ummah yang lebih berilmu, berakhlak dan sentiasa yakin dengan aturan Allah SWT.

Photos from Dewan Perdagangan Islam Malaysia's post 05/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) KE MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (MUIP)

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi dalam memperkasa agenda pembangunan ekonomi ummah, khususnya melibatkan asnaf dan komuniti setempat.

DPIM telah diketuai oleh Dato' Mohammad Sahar Mat Din, Presiden DPIM, bersama Tuan Haji Rosli Amir, Setiausaha Agung dan Puan Nadzirah Shamsuddin Setiausaha Eksekutif.

Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang p**a diwakili oleh Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi), bersama barisan pegawai kanan termasuk pegawai-pegawai Unit Pembangunan Ekonomi Asnaf.

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang konstruktif dalam meneroka peluang kerjasama strategik yang lebih berimpak tinggi, serta pembangunan inisiatif keusahawanan berteraskan nilai-nilai Islam.

DPIM komited untuk terus memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi Islam yang inklusif dan mampan, selari dengan aspirasi memperkasa kesejahteraan ummah di Malaysia.

Photos from Dewan Perdagangan Islam Malaysia's post 01/05/2026

TAHNIAH & SYABAS

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Ahmad Ramzi bin Abd Rahman, Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Terengganu (DPIMT), atas kejayaan menerima Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (Tahap 5) dalam bidang Kepimpinan Korporat.

Pengiktirafan ini telah disampaikan dalam Majlis Konvokesyen The TVET Champions 2026 oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, bertempat di Hotel Everly Putrajaya.

Pencapaian ini menjadi bukti dedikasi dan iltizam beliau dalam memperkukuh kualiti kepimpinan, di samping menyumbang kepada pembangunan modal insan serta pemerkasaan agenda kemahiran negara.

Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam memacu pembangunan industri TVET ke tahap yang lebih gemilang.

Photos from Dewan Perdagangan Islam Malaysia's post 01/05/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Mohammad Sahar bin Mat Din, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), atas Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (Tahap 5) dalam Kepimpinan Korporat.

Pentauliahan ini telah disempurnakan dalam Majlis Konvokesyen The TVET Champions 2026, yang disampaikan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Hotel Every Putrajaya.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan beliau dalam memperkukuh kecemerlangan kepimpinan serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan modal insan dan agenda kemahiran Agama dan negara.

Semoga kejayaan ini terus memperkukuh peranan kepimpinan beliau dalam memacu industri berteraskan TVET ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


M-02-05, Floor 2, Conezion Commercial, Persiaran IRC 3, IOI Resort City
Putrajaya
62502

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00