Bahagian Hab Halal, JAKIM

Bahagian Hab Halal, JAKIM

Share

Mengkaji, mengesah dan mengawal selia semua produk makanan dan barangan gunaan Islam supaya terjamin suci dan halal dengan cekap dan berkesan.

Pensijilan Halal Malaysia

Photos from Bahagian Hab Halal, JAKIM's post 14/05/2026

Program Pensijilan Halal Suria KLCC Tingkat Kesedaran Pengusaha Medan Selera KLCC

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Bahagian Pengurusan Halal (BPH) telah menyertai Program Pensijilan Halal anjuran Pengurusan Suria KLCC yang diadakan pada 12 Mei 2026 bertempat di Menara Darussalam, Kuala Lumpur.

Program ini telah melibatkan penyertaan seramai 50 orang pengusaha medan selera Suria KLCC. BPH juga telah membuka kaunter khidmat nasihat pensijilan halal bagi membantu peserta mendapatkan maklumat dan panduan berkaitan Pensijilan Halal Malaysia.

Sesi penerangan telah disampaikan oleh Puan Siti Noor Hidayah binti Mamat, Penolong Pengarah Kanan, BPH, JAKIM yang menerangkan tentang kepentingan Pensijilan Halal Malaysia serta tatacara dan proses permohonan pensijilan halal kepada para peserta.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen yang berterusan daripada pelbagai pihak dalam memperkukuh pematuhan standard halal serta memperkasa pembangunan ekosistem halal negara, khususnya dalam sektor perkhidmatan makanan.




Photos from Bahagian Hab Halal, JAKIM's post 11/05/2026

JAKIM Perkukuh Agenda Ekonomi Islam dan Ekosistem Halal di Festival Halal dan Pelancongan Islam MADANI USIM 2026

NILAI, NEGERI SEMBILAN - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Bahagian Pengurusan Halal (BPH) terus memperkukuh komitmen dalam memacu pembangunan ekosistem halal negara menerusi penyertaan strategik dalam Festival Halal dan Pelancongan Islam MADANI 2026 anjuran Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berlangsung pada 7 hingga 9 Mei 2026 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM.

Festival berprestij ini dianjurkan sebagai platform pengukuhan agenda ekonomi Islam, pembangunan industri halal serta pemerkasaan pelancongan Islam negara melalui pendekatan ilmiah, strategik dan inklusif melibatkan pelbagai pemegang taruh industri. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Sepanjang festival berlangsung, BPH telah membuka kaunter khidmat nasihat Pensijilan Halal Malaysia yang menjadi tumpuan pengunjung dalam mendapatkan penerangan, khidmat nasihat dan perkongsian berkaitan pensijilan halal. Festival ini turut menghimpunkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, usahawan industri halal, pemain industri serta ahli akademik daripada institusi pengajian tinggi dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama dan sinergi pembangunan halal negara.

Pelbagai pengisian berimpak tinggi telah diadakan sepanjang festival termasuk seminar dan muzakarah halal, forum ilmiah, program santai bersama komuniti serta larian halal sebagai acara kemuncak penutup festival. Pegawai BPH iaitu Dr. Kamarulzaman bin Mustappa dan Ustaz Muhammad Hannan Syafiq bin Jamaludin turut tampil menyampaikan ceramah dan perkongsian ilmu dalam sesi muzakarah dan forum, sekali gus memperlihatkan peranan aktif JAKIM dalam memperkasa kefahaman masyarakat terhadap agenda halal global.

Majlis penutup festival telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Muhyidin bin Aziz @ Saari, Pengarah BPH mewakili Ketua Pengarah JAKIM. Beliau turut menyampaikan ucaptama bertajuk “Transformasi Tenaga Pengajar dan Fasilitator ke Arah Pemerkasaan Ekosistem Latihan Halal Global” yang menekankan kepentingan pembangunan modal insan, inovasi latihan dan pengukuhan kompetensi tenaga pengajar dalam memperkasakan ekosistem latihan halal bertaraf antarabangsa.

Penyertaan JAKIM dalam festival ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju global industri halal serta memperluas agenda Malaysia MADANI melalui pembangunan ekosistem halal yang holistik, mampan dan berdaya saing.




IPT bantu lahir lebih ramai tenaga mahir industri halal 10/05/2026

IPT BANTU LAHIR LEBIH RAMAI TENAGA MAHIR INDUSTRI HALAL

Wartawan: Lela Zain
Jurukamera: Zul Azri


IPT bantu lahir lebih ramai tenaga mahir industri halal NILAI, 9 Mei – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperkukuh kerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri halal negara.RINGKASAN BERITA AI − Sebahagian universiti dilantik sebagai penyedia latihan halal untuk melatih pemain indus...

Photos from Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM's post 06/05/2026

JAKIM & MARA Perkukuh Sinergi, Pacu Ekosistem Halal Negara

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) telah menyertai Sambutan 60 Tahun Majlis Amanah Rakyat yang berlangsung dari 1 hingga 5 Mei 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur.

Sepanjang program berlangsung, BPH JAKIM tampil memperkasa peranan melalui pembukaan kaunter pameran serta penyediaan khidmat nasihat Pensijilan Halal Malaysia, sekali gus memberi ruang kepada para usahawan dan pengunjung mendapatkan penerangan serta bimbingan secara terus berkaitan pensijilan halal negara.

Program ini turut menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta menampilkan karnival pendidikan dan produk usahawan tempatan, menjadikannya platform strategik dalam memperluas jaringan dan memperkukuh ekosistem halal.

Kemuncak penganjuran menyaksikan pelancaran Ekosistem MyHalal MARA yang disempurnakan oleh Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di samping sesi penyerahan Letter of Intent (LOI) antara MARA dan JAKIM sebagai simbol komitmen bersama dalam memperkasa pembangunan industri halal negara.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan JAKIM dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi dan industri, selaras dengan usaha memperkasa agenda halal Malaysia agar terus berdaya saing di peringkat nasional dan global.




Photos from Bahagian Hab Halal, JAKIM's post 06/05/2026

Kolaborasi JAKIM–Nestlé Perkukuh Ekosistem Halal Negara

SELANGOR, 5 Mei 2026 – Dalam usaha memperkukuh pembangunan ekosistem halal yang bersepadu dan mampan, Nestlé Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerajui penganjuran program berimpak tinggi, “SINERGY: Inisiatif Ekosistem Halal Nestlé Malaysia”, yang berlangsung di 1 Powerhouse. Inisiatif ini menjadi platform strategik yang menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan serta institusi akademik bagi memperkukuh kolaborasi, meningkatkan pematuhan terhadap standard halal, dan memperkasa daya saing Malaysia sebagai hab halal global.

Antara pengisian utama program ialah pembukaan kaunter khidmat nasihat pensijilan halal oleh Bahagian Pengurusan Halal (BPH), JAKIM yang berperanan sebagai medium penyampaian maklumat serta bimbingan kepada para peserta berkaitan pensijilan halal. Program ini turut melibatkan penyertaan pelbagai agensi dan institusi antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selain agensi berkaitan yang lain.

Program ini turut diserikan dengan sesi forum perkongsian ilmu yang menampilkan panel jemputan, iaitu Ustaz Iszam bin Padil, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Halal dan Encik Nasrul Hadi bin Mohamed Nor, Ketua Hal Ehwal Halal. Forum tersebut mengupas secara mendalam aspek pematuhan standard, cabaran industri serta keperluan inovasi dalam memperkukuh ekosistem halal negara. Perbincangan ini bukan sahaja mencerminkan sinergi erat antara pihak berkuasa dan industri, malah memperteguh komitmen bersama dalam memastikan Malaysia terus unggul sebagai peneraju global dalam ekosistem halal.

Seterusnya untuk sesi majlis perasmian, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, yang menekankan kepentingan kerjasama strategik dalam memperkukuh agenda pembangunan ekosistem halal negara. Seterusnya, majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Muhyidin bin Aziz @ Saari, sebagai simbol komitmen berterusan dalam memperkasa industri halal Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan JAKIM dan Nestlé Malaysia dalam memperkukuh kerjasama strategik demi memastikan ekosistem halal negara terus berkembang secara progresif, berdaya saing dan kekal menjadi penanda aras di peringkat antarabangsa.




30/04/2026

Alhamdulillah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima pengiktirafan berprestij di bawah kategori ‘Strategic Business Partner’ bersempena The BrandLaureate World Halal BestBrands Awards 2026.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan JAKIM dalam menerajui kecemerlangan ekosistem halal, memperkukuh kepercayaan serta mengangkat Malaysia sebagai rujukan utama di peringkat global.

Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin dalam memperkasa syiar Islam dan memberi manfaat berpanjangan kepada ummah serta negara.




Photos from Bahagian Hab Halal, JAKIM's post 30/04/2026

Bengkel Semakan Prosedur Kerja Pemantauan & Penguatkuasaan Siri 1/2026

BESUT, TERENGGANU - Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan (CPP) telah menganjurkan Bengkel Semakan Prosedur Kerja Pemantauan dan Penguatkuasaan Siri 1/2026 pada 20-23 April 2026 yang lalu di ILIM Kampus Besut, Terengganu.

Bengkel ini bertujuan untuk menyemak serta menambah baik prosedur kerja berkaitan pemantauan dan penguatkuasaan halal supaya sentiasa relevan, tersusun dan berkesan, selaras dengan peraturan serta peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta turut terlibat dalam sesi perbincangan kumpulan, pembentangan serta perkongsian pengalaman bagi mengenal pasti isu-isu semasa dan cadangan penambahbaikan dalam pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan halal di lapangan.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memperkukuh dan memperkemaskan ekosistem pensijilan halal Malaysia, sekali gus meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap integriti serta kredibiliti Pensijilan Halal Malaysia.




Photos from Bahagian Hab Halal, JAKIM's post 24/04/2026

JAKIM Sertai Program Latihan Pembangunan Perniagaan Seminar Pematuhan Standard Industri.

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) telah menghadiri Program Latihan Pembangunan Perniagaan Seminar Pematuhan Standard Industri yang berlangsung di KPDN, Putrajaya pada 23 April yang lalu.

Seminar yang bertemakan “Pematuhan Standard Industri dan Program Padanan Perniagaan” ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Dalam program berkenaan, Encik Md Shukri bin Abdullah telah dijemput sebagai penceramah dalam seminar pematuhan standard industri bagi slot yang pertama bertemakan “Halal Ready” – Persediaan Produk PMKS ke Pasaran JAKIM. Pembentangan tersebut menekankan kaedah dan prosedur permohonan halal kepada pihak PMKS dan turut menegaskan bahawa pemilikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, namun ia merupakan elemen strategik dalam membina kredibiliti jenama, meningkatkan kepercayaan pengguna serta memperkukuh daya saing produk.

JAKIM turut diberikan kesempatan membuka reruai pameran di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Sepanjang pameran Ini, JAKIM menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan pensijilan Halal, antaranya kaunter khidmat nasihat, proses permohonan dan Fi pensijilan , semakan status Halal, maklumat Halal dalam dan Luar Negara serta informasi bagi badan pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf JAKIM.

Penyertaan pihak JAKIM dalam program latihan ini memberi manfaat besar kepada pihak PMKS dalam usaha membuka ruang dan peluang bagi mengkomersialkan produk ke arah yang lebih baik, seterusnya menyumbang kepada pengukuhan ekosistem halal negara selaras dengan keperluan pasaran global masa kini.




21/04/2026

Penjelasan Mengenai Status Produk Chicken Frankfurter Jenama Farm's Gold

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil maklum keresahan orang ramai berhubung status produk Chicken Frankfurter jenama Farm’s Gold yang tular di platform Whatsapp dan Threads baru-baru ini.

2. Jabatan ini turut mengambil maklum kenyataan media oleh Syarikat Saudee Sdn. Bhd. berhubung status halal produk berkenaan serta pengesahan bahawa syarikat merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

3. Jabatan ini ingin menegaskan bahawa produk Chicken Frankfurter jenama Farm’s Gold keluaran Syarikat Saudee Sdn. Bhd. telah dipersijilkan halal dan sah sehingga 30 November 2027.

4. Orang ramai boleh menyemak status halal sesuatu produk melalui Portal Halal Malaysia dan dinasihatkan untuk menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Bil. 2/2026
21 April 2026

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui pautan berikut:
https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama




Photos from Bahagian Hab Halal, JAKIM's post 20/04/2026

JAKIM Terima Kunjungan Hormat Halal Development Corporation

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Halal Development Corporation (HDC) pada 14 April 2026 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai prosedur pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara serta proses pensijilan halal yang dilaksanakan oleh JAKIM, khususnya melibatkan industri kotej. Perbincangan ini dilihat penting dalam memastikan pemahaman yang jelas dan selaras antara agensi berkaitan, seterusnya menyokong pertumbuhan industri halal secara menyeluruh.

Dalam sesi tersebut, pihak JAKIM telah berkongsi garis panduan serta keperluan utama dalam pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara, termasuk aspek pematuhan standard, audit, pemantauan dan penilaian berterusan. Selain itu, penerangan turut diberikan berhubung prosedur pensijilan halal bagi industri kotej, yang merangkumi keperluan asas, dokumentasi serta proses permohonan yang perlu dipatuhi oleh pengusaha kecil.

Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai cabaran dan peluang dalam memperkasa industri halal, termasuk usaha memperluaskan capaian pensijilan kepada usahawan mikro dan kecil agar lebih berdaya saing di peringkat domestik dan antarabangsa.

Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama strategik antara JAKIM dan HDC dalam memperkasakan tadbir urus halal negara, di samping memastikan standard halal Malaysia terus diiktiraf di peringkat global.




Photos from Ketua Pengarah JAKIM's post 17/04/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 6 & 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP), No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Friday 08:30 - 12:00
14:45 - 16:30