13/05/2026
π Kajian Lapangan MAPO: Kesedaran Awam Berhubung Isu Pemerdagangan Orang
Pada 12 Mei 2026, MAPO telah melaksanakan kajian lapangan berkaitan tahap kesedaran awam berhubung isu pemerdagangan orang sempena Pameran PDRM Special Dialogue V 2026 yang berlangsung di KLGCC Convention Center.
MAPO turut berbesar hati atas jemputan pihak PDRM untuk bersama-sama menyertai pameran tersebut di Booth PDRM.
Orang ramai dan para peserta yang hadir telah mengambil bahagian dengan menjawab survey yang disediakan bagi menyokong usaha meningkatkan kesedaran berkaitan jenayah pemerdagangan orang. Sebagai tanda penghargaan, para peserta turut menerima hadiah saguhati daripada MAPO.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam memperkukuh usaha pencegahan jenayah pemerdagangan orang.
08/05/2026
THE SECOND ASEAN SENIOR OFFICIALS MEETING ON TRANSNATIONAL CRIME (SOMTC) WORKING GROUP ON PEOPLE SMUGGLING (2nd ASEAN SOMTC WG on PS)
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO MAPO) telah menganjurkan 2nd ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC) Working Group on People Smuggling (WG on PS) secara dalam talian pada 7 Mei 2026 di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.
Mesyuarat tahunan antara negara-negara ASEAN ini merupakan platform utama dalam memperkukuh kerjasama serantau bagi menangani isu penyeludupan migran melalui perkongsian maklumat, penyelarasan tindakan serta pengukuhan kerjasama strategik antara negara anggota. Di dalam mesyuarat kali ini, wakil daripada Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), Ms. Laura Scorretti, Senior Regional Immigration and Border Governance Specialist dari IOM Regional Office for Asia and the Pacific, telah menyampaikan pembentangan di Sesi Terbuka. Topik yang dibentangkan adalah βTrend Migrasi Serantau dan Sokongan IOM dalam Membendung Penyeludupan Migran serta Pemerdagangan Orang.β IOM telah berkongsi kepakaran serantau dan pengalaman operasi, serta berharap dapat menyumbang kepada usaha bersama dalam menangani cabaran migrasi dan jenayah rentas sempadan.
Malaysia terus menjalankan peranan aktif sebagai Voluntary Lead Shepherd (VLS) bagi isu People Smuggling di peringkat ASEAN dalam usaha memperkasa tindakan kolektif ke arah keselamatan dan kesejahteraan serantau.
06/05/2026
1 HARI LAGI! β³
Debaran semakin terasa menjelang penganjuran 2nd ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime Working Group on People Smuggling (2nd SOMTC WG on PS) yang akan berlangsung pada 7 Mei 2026 di Dewan Gemilang, Setia Perkasa 1.
MAPO akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan platform ini menjadi medan terbaik untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam membanteras penyeludupan migran.
Perhimpunan pegawai kanan ASEAN ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam menangani jenayah rentas sempadan secara lebih bersepadu dan efektif.
Bersama, kita perhebat usaha memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.
05/05/2026
2 HARI LAGI!
Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) akan turut memainkan peranan penting dalam penganjuran 2nd ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime Working Group on People Smuggling (2nd SOMTC WG on PS) yang bakal berlangsung pada 7 Mei 2026 di Dewan Gemilang, Setia Perkasa 1.
Platform strategik ini menghimpunkan pegawai kanan negara-negara ASEAN bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam membanteras penyeludupan migran, selaras dengan komitmen berterusan Malaysia dalam menangani jenayah rentas sempadan secara holistik dan bersepadu.
MAPO komited untuk terus memperkasa koordinasi antara agensi serta memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dalam usaha membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.
04/05/2026
Program Jaringan Kerjasama Siswazah Nusantara 12/2026
Telah berlangsung Program Jaringan Kerjasama Siswazah Nusantara 12/2026 anjuran UKM dengan kerjasama pelbagai agensi strategik iaitu JPJ, PDRM, MKN, AKPS, MAPO dan MCPF bertempat di Jitra, Kedah.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara siswazah dan agensi berkaitan, di samping meningkatkan kesedaran serta perkongsian ilmu dalam menangani isu-isu semasa khususnya berkaitan keselamatan dan kesejahteraan komuniti. MAPO diberikan pentas untuk berkongsi informasi mengenai jenayah "Job Scam" pada program tersebut.
Semoga kolaborasi seperti ini terus diperkasa demi melahirkan generasi siswazah yang lebih berdaya saing, berintegriti dan cakna terhadap peranan mereka dalam pembangunan negara.
π²πΎπ²πΎ
30/04/2026
Selamat Hari Pekerja buat semua wira dan wirawati negara π²πΎ
Di sebalik setiap kejayaan, ada usaha, pengorbanan dan dedikasi tanpa henti daripada anda semua dari petani hingga ke barisan profesional, dari petugas keselamatan hingga ke pekerja sektor perkhidmatan.
Setiap pekerja adalah wira dan wirawati, tanpa mengira sektor atau jenis pekerjaan.
Terima kasih kerana terus menyumbang tenaga, masa dan komitmen demi kemajuan negara πͺ
30/04/2026
30 April 2026 - MAPO telah mengadakan Mesyuarat Bahagian yang dipengerusikan oleh Puan Marweena binti Manan, Setiausaha Bahagian MAPO, bagi membincangkan status semasa tugasan utama serta perkembangan terkini berkaitan inisiatif dan tindakan susulan bahagian.
Mesyuarat ini memberi fokus kepada pelaporan tugasan kritikal setiap unit dan perkembangan terkini termasuklah perancangan kunjungan hormat NSO MAPO bersama agensi dan rakan strategik.
Semoga segala perancangan dan tindakan susulan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan lancar demi memperkukuh usaha membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.
21/04/2026
Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada YBrs. Puan Marweena Binti Manan atas pelantikan sebagai Setiausaha Bahagian, Pejabat Strategik Nasional, Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), Kementerian Dalam Negeri.
Semoga kehadiran beliau akan terus memperkukuh kecemerlangan organisasi serta membawa aspirasi baharu dalam memperkasakan usaha memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.
Selamat menjalankan tugas dan semoga terus sukses dalam menerajui NSO MAPO.
Ikhlas daripada seluruh warga kerja NSO MAPO
21/04/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Azalia Binti Mohamed atas segala jasa, komitmen dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui Pejabat Strategik Nasional, Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), Kementerian Dalam Negeri.
Segala usaha dan dedikasi beliau amat dihargai serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja.
Selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu.
Semoga terus cemerlang dalam setiap amanah yang dipikul.
Ikhlas daripada seluruh warga kerja NSO MAPO
20/04/2026
MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PROJECT LIBER8 DAN INFLUENCER REINA LUM
Satu mesyuarat kerjasama strategik bersama Project Liber8 dan influencer Reina Lum telah diadakan bagi membincangkan kerjasama dalam memperkukuh usaha promosi dan pencegahan berkaitan jenayah pemerdagangan orang.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr. Azriey bin Mazlan bersama Unit Task Force NSO MAPO, dengan memberi fokus kepada pendekatan kolaboratif melalui platform media sosial dan penglibatan influencer dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap isu pemerdagangan orang.
Kerjasama strategik ini diharap dapat memperluas penyampaian mesej kesedaran kepada masyarakat secara lebih berkesan, seterusnya menyokong usaha pencegahan dan pembanterasan jenayah pemerdagangan orang secara bersepadu.
20/04/2026
MEETING WITH UNITED NATIONS DEVELOPMENT PROGRAMME (UNDP) ON THE CAPACITY BUILDING AND TECHNICAL COLLABORATION THROUGH FAST INITIATIVE
20 April 2026 (Isnin) | Pejabat Strategik NSO MAPO
Satu sesi mesyuarat bersama United Nations Development Programme (UNDP) telah diadakan pada hari ini bagi membincangkan usaha pengukuhan kapasiti dan kerjasama teknikal menerusi inisiatif FAST.
Mesyuarat ini bertujuan memperkukuh kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak dalam mempertingkat keupayaan institusi, perkongsian kepakaran teknikal serta memperluas pendekatan bersepadu dalam menangani isu berkaitan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.