01/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Dihormati Datoโ Seri Panglima Haji Mohd Khalid bin Ismail atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Ibrahim bagi Tahun 2026 pada 1 Jun 2026M bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Pengurniaan darjah kebesaran ini merupakan satu pengiktirafan yang tinggi terhadap jasa, kepimpinan dan sumbangan beliau dalam memelihara keamanan, ketenteraman awam serta kedaulatan negara melalui perkhidmatan cemerlang dalam pasukan keselamatan negara.
Semoga Yang Dihormati Tan Sri Datoโ Seri Panglima terus dikurniakan keafiatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan amanah demi keselamatan rakyat serta kesejahteraan Malaysia yang tercinta.
Ikhlas daripada
YAA DATOโ HJ MOHD AMRAN BIN MAT ZAIN
Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
dan seluruh warga
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
01/06/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Adza Danial Haiqal bin Martias, 1 Jun 2026, 12.00 tengah hari
KUALA LUMPUR โ Yang Amat Arif Datoโ Hj Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menghadiri Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Beliau diiringi oleh Yang Arif Datin Asmah binti Musa, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (PCK JKSM). Istiadat penuh istiadat dan kebesaran negara tersebut turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah serta kehadiran barisan kepimpinan tertinggi negara, anggota Jemaah Menteri, ketua-ketua jabatan dan para penerima darjah kebesaran Persekutuan.
Dalam titah diraja sempena istiadat tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan penegasan mengenai kepentingan memelihara perpaduan negara, menghormati prinsip Rukun Negara, menjaga adab dan tutur kata dalam ruang awam serta mengelakkan sebarang provokasi melibatkan isu raja, agama dan bangsa yang boleh menggugat keharmonian masyarakat. Seri Paduka Baginda turut menyeru seluruh rakyat agar terus menjunjung Perlembagaan Persekutuan, memperkukuh muafakat serta memelihara kestabilan negara demi kesejahteraan generasi akan datang.
JKSM menjunjung kasih atas titah dan nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku yang sentiasa menekankan nilai perpaduan, kedaulatan undang-undang, tatakelola yang baik, penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan serta pemeliharaan agama Islam sebagai teras keharmonian negara. Titah tersebut menjadi pedoman penting buat seluruh warga JKSM dalam melaksanakan amanah kehakiman syariah dengan penuh integriti, keadilan dan tanggungjawab.
Sempena sambutan yang penuh bersejarah ini, seluruh warga JKSM turut merafak sembah menjunjung kasih atas pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan kekal bersemayam dengan penuh daulat, hikmah dan kebesaran.
๐๐ง๐ข๐ญ ๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐๐ฌ๐ข ๐๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐๐ญ
๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ค๐ข๐ฆ๐๐ง ๐๐ฒ๐๐ซ๐ข๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
01/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAA Tun Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh atas pengurniaan Darjah Kebesaran Seri Setia Mahkota (S.S.M.) yang membawa gelaran Tun sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Ibrahim bagi Tahun 2026 yang berlangsung pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Pengurniaan darjah kebesaran tertinggi negara ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna terhadap jasa, sumbangan dan kepimpinan beliau dalam memperkukuh institusi kehakiman serta menegakkan kedaulatan undang-undang negara.
Semoga YAA Tun Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh terus dikurniakan keafiatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam memikul amanah demi kemajuan sistem kehakiman serta kesejahteraan negara.
Ikhlas daripada
YAA DATOโ HJ MOHD AMRAN BIN MAT ZAIN
Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
dan seluruh warga
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
01/06/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Antara pengunjung dan pembeli reruai JKSM yang sempat di ambil sepanjang hari ketiga berlangsungnya PBAKL 2026 Pavilion Baitul Hikmah MADANI (Agensi-Agensi Di Bawah YB Menteri Agama)
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (PBAKL 2026), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menawarkan tawaran eksklusif untuk para pengamal undang-undang, ahli akademik dan orang ramai!
Dapatkan Jurnal Hukum dan nikmati kombo BUKU PERCUMA yang sangat berbaloi mengikut pakej pilihan anda.
๐
Tarikh: 29 Mei 2026 โ 7 Jun 2026
๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ญ ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ข๐ญ๐๐ง
๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ค๐ข๐ฆ๐๐ง ๐๐ฒ๐๐ซ๐ข๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
31/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Patik-patik sekalian menzahirkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taโala agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan terus berada di bawah lindungan serta rahmat-Nya dalam memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan serta kedaulatan.
Sembah takzim daripada
YAA Dato' Hj Mohd Amran bin Mat Zain
Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
dan seluruh warga
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
31/05/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Antara pengunjung dan pembeli reruai JKSM yang sempat di ambil sepanjang hari kedua berlangsungnya PBAKL 2026 Pavilion Baitul Hikmah MADANI (Agensi-Agensi Di Bawah YB Menteri Agama)
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (PBAKL 2026), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menawarkan tawaran eksklusif untuk para pengamal undang-undang, ahli akademik dan orang ramai!
Dapatkan Jurnal Hukum dan nikmati kombo BUKU PERCUMA yang sangat berbaloi mengikut pakej pilihan anda.
๐
Tarikh: 29 Mei 2026 โ 7 Jun 2026
๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ญ ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ข๐ญ๐๐ง
๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ค๐ข๐ฆ๐๐ง ๐๐ฒ๐๐ซ๐ข๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
31/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas kejayaan merangkul Anugerah Labaytum Diamond Award 2026 daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Penganugerahan berprestij ini menandakan penerimaan Diamond Award bagi dua tahun berturut-turut serta merupakan kemenangan kelima TH dalam sejarah Anugerah Labaytum sejak tahun 2023. Kejayaan tersebut sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai antara negara contoh dalam pengurusan haji di peringkat antarabangsa.
Pengiktirafan ini mencerminkan kecemerlangan berterusan TH dalam mengurus dan menyampaikan perkhidmatan haji bertaraf dunia kepada para Dhuyufurrahman, di samping membuktikan komitmen tinggi seluruh warga TH dalam memelihara amanah dan kebajikan jemaah haji Malaysia.
Semoga pencapaian yang membanggakan ini terus menjadi pemangkin kepada usaha mempertingkat mutu perkhidmatan, mengekalkan standard kecemerlangan pengurusan haji negara dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini.
Ikhlas daripada
YAA DATOโ HJ MOHD AMRAN BIN MAT ZAIN
Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
dan seluruh warga
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
30/05/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Antara pengunjung dan pembeli reruai JKSM yang sempat di ambil sepanjang hari pertama berlangsungnya PBAKL 2026 Pavilion Baitul Hikmah MADANI (Agensi-Agensi Di Bawah YB Menteri Agama)
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (PBAKL 2026), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menawarkan tawaran eksklusif untuk para pengamal undang-undang, ahli akademik dan orang ramai!
Dapatkan Jurnal Hukum dan nikmati kombo BUKU PERCUMA yang sangat berbaloi mengikut pakej pilihan anda.
๐
Tarikh: 29 Mei 2026 โ 7 Jun 2026
๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ญ ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ข๐ญ๐๐ง
๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ค๐ข๐ฆ๐๐ง ๐๐ฒ๐๐ซ๐ข๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
30/05/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Adza Danial Haiqal bin Martias, 29 Mei 2026, 12.00 tengah hari
KUALA LUMPUR โ Perdana Menteri, YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (PBAKL 2026) yang berlangsung di Pentas Utama, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek. Dalam ucapan perasmian, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa budaya membaca perlu diperkasakan menerusi bahan bacaan bermutu tinggi yang sarat dengan nilai ilmu dalam usaha membentuk masyarakat berpengetahuan, berbudaya dan berteraskan nilai kemanusiaan.
Sempena penganjuran PBAKL 2026 edisi ke-43 yang berlangsung mulai 29 Mei hingga 7 Jun 2026, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) turut mengambil bahagian menerusi reruai jualan buku terbitan JKSM di Pavilion Baitul Hikmah MADANI โ Agensi-Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Pentas Utama WTCKL.
Pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai penerbitan perundangan Syariah dan ilmiah terbitan JKSM, termasuk Jurnal Hukum serta buku-buku rujukan terpilih yang ditawarkan menerusi pakej promosi eksklusif sepanjang PBAKL 2026 berlangsung.
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan reruai JKSM dan merebut peluang mendapatkan koleksi penerbitan berkualiti yang mampu memperkukuh pemahaman terhadap Perundangan dan Kehakiman Syariah di Malaysia.
๐๐ง๐ข๐ญ ๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐๐ฌ๐ข ๐๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐๐ญ
๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ค๐ข๐ฆ๐๐ง ๐๐ฒ๐๐ซ๐ข๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐