23/10/2026
RANGKUMAN LAWATAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN DI SUKAN PARA ASIA AICHI–NAGOYA 2026 PADA 23 OKTOBER 2026
YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan telah menyaksikan aksi jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak dalam acara lontar peluru lelaki F20.
Beliau juga turut berkesempatan bertemu dengan Wong Kar Gee yang telah berjaya menyumbang pingat emas keenam negara menerusi acara lompat jauh lelaki T12.
Lawatan diteruskan ke Perkampungan Sukan bagi meninjau kemudahan serta kebajikan yang disediakan untuk kontinjen negara, di samping menyantuni sukarelawan Malaysia yang bertugas dalam penyediaan makanan dan minuman di Perkampungan Sukan serta menghargai sumbangan mereka sepanjang temasya berlangsung.
Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara; Encik Mohd Yazid bin Shoib, Timbalan Chef de Mission; Puan Shanthini Malar Shanmugam, wakil Paralimpik Malaysia; serta wakil Institut Sukan Negara.
Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara terus komited dalam memastikan kebajikan dan keselesaan atlet terpelihara demi kecemerlangan sukan negara.