14/05/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐀𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐀𝐌𝐒𝐘𝐀𝐑 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐌𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐎𝐓𝐇𝐌𝐀𝐍 @ 𝐘𝐀𝐇𝐀𝐘𝐀 | 𝟎𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan, Jabatan Biokeselamatan telah menganjurkan Majlis Sanjungan Budi pada 05 Mei 2026 bagi meraikan Encik Akmal Amsyar bin Amran serta Puan Nur Adila binti Othman @ Yahaya yang akan bertukar keluar dari JBK.
Majlis tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Biosfera, Aras 4, Blok F11 dengan kehadiran warga Jabatan Biokeselamatan yang turut sama memeriahkan suasana di samping menzahirkan penghargaan atas komitmen dan dedikasi yang telah diberikan oleh kedua-dua pegawai yang diraikan.
Selain itu, penganjuran majlis ini turut memperkukuh semangat kebersamaan serta mengeratkan hubungan profesional dalam kalangan warga jabatan.
Didoakan agar Encik Akmal dan Puan Adila terus mencatat kecemerlangan serta mencapai kejayaan yang berterusan dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa hadapan.
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram:
TikTok:
X:
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
12/05/2026
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐀𝐌𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐎𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐊𝐏𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐁𝐎𝐑𝐍𝐄𝐎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Bengkel Latihan Pensampelan Bersama AKPS Peringkat Borneo Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 hingga 8 Mei 2026 di Hotel Grandis, Kota Kinabalu, Sabah. Bengkel ini melibatkan penyertaan pegawai daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi negeri Sabah dan Sarawak serta Pegawai Teknologi Makanan daripada Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan (MKKM), Miri.
Penganjuran bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai AKPS berkaitan pelaksanaan pensampelan biokeselamatan di pintu masuk negara selaras dengan peruntukan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678]. Antara pengisian utama bengkel termasuk sesi taklimat oleh Jabatan Biokeselamatan (JBK) berkaitan pengenalan Organisma Hidup Diubah Suai (Living Modified Organisms – LMO), peranan JBK dan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678], serta latihan pensampelan. Bengkel ini turut merangkumi sesi perkongsian daripada pihak makmal berhubung kaedah pengesanan LMO di makmal. Program turut melibatkan lawatan kerja dan latihan secara praktikal di lapangan (hands-on) pensampelan di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik antara JBK dan AKPS terutamanya di Borneo, di samping meningkatkan kefahaman, kompetensi serta keberkesanan pelaksanaan penguatkuasaan biokeselamatan di pintu masuk negara, khususnya di peringkat Borneo.
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram:
TikTok:
X:
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
11/05/2026
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐁𝐔𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐎𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐒𝐈𝐍𝐀𝐑 “𝐒𝐇𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐈𝐒 𝐂𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆” 𝐃𝐈 𝐑𝐀𝐃𝐈𝐎 𝐒𝐈𝐍𝐀𝐑
🎧 JOM DENGARKAN!
SHARING IS CARING DI SINAR
Jangan lepaskan peluang mendengarkan temu bual eksklusif bersama
🎙YBrs. Dr. Lornie Enggong
Ketua Pengarah Biokeselamatan
Jabatan Biokeselamatan
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Beliau akan membincangkan topik penting:
Tajuk: “𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊! 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐌𝐔𝐒𝐔𝐇 𝐇𝐀𝐋𝐈𝐌𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐓𝐀”
Program: AWANI Pagi
Saluran: Radio SINAR
Tarikh: 12 Mei 2026
Jam: 11.00 pagi
Dengarkan di seluruh frekuensi SINARfm dan Aplikasi SYOK
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram:
TikTok:
X:
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
11/05/2026
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐑𝐔𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐈𝐌𝐏𝐋𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐎𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐎𝐃𝐄𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Hotel Sama-Sama, KLIA 30 April 2026 – Seksyen Penilaian dan Penyelidikan (SNP), Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan Bengkel Tanggungan dan Ganti Rugi serta Implikasi Kepada Penyelidikan Bioteknologi Moden 2026 bertempat di Hotel Sama-Sama, KLIA, Sepang pada 30 April 2026. Bengkel ini diadakan untuk meningkatkan kefahaman mengenai isu tanggungan dan ganti rugi berkaitan Organisma Hidup diubah suai secara Genetik (LMO) serta produknya, meningkatkan kesedaran tentang pelaksanaan tanggungan dan ganti rugi di bawah Akta Bioselamatan 2007 serta kesannya terhadap para penyelidik dan mempelajari bagaimana perundangan berkaitan kerosakan alam sekitar dilaksanakan di bawah sistem perundangan Malaysia. YBrs. Dr. Lornie Enggong, Ketua Pengarah Biokeselamatan telah memberikan kata-kata aluan serta merasmikan bengkel pada kali ini.
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram:
TikTok:
X:
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
11/05/2026
𝐒𝐋𝐔 & 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐒𝐊 𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀 𝐖𝐀𝐊, 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐒𝐀𝐌) 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐇 𝐊𝐀𝐍𝐘𝐀𝐍, 𝐍𝐘𝐀𝐋𝐀𝐊 𝐋𝐀𝐃𝐎𝐍𝐆, 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐊𝐀𝐌) 𝐉𝐁𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
8 MEI 2026 | SARAWAK: Jabatan Biokeselamatan (JBK) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Biokeselamatan, Dr. Lornie Enggong terus memperkukuh komitmen dalam menjayakan aspirasi Malaysia MADANI melalui pelaksanaan sesi libat urus dan program turun padang di Sk Nanga Wak, Julau di bawah Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) dengan peruntukan RM100,000 serta di Rh Kanyan, Nyalak Ladong, Pakan di bawah Program Kampung Angkat MADANI (KAM) JBK tahun 2026 dengan peruntukan RM500,000.
Program ini dilaksanakan bagi memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan komuniti setempat serta menyokong pembangunan masyarakat yang inklusif dan berterusan. Program SAM turut melibatkan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Julau bagi memperkasa pendidikan serta kesejahteraan murid dan warga sekolah. Melalui pendekatan turun padang, JBK meneliti keperluan komuniti dan sekolah secara lebih dekat bagi memastikan inisiatif MADANI memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat setempat.
JBK turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada JPN Sarawak, PPD Julau, Guru Besar Sk Nanga Wak, Tuai Rumah serta seluruh penduduk Rh Kanyan, Nyalak Ladong atas kerjasama dan sambutan baik sepanjang pelaksanaan program.
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram:
TikTok:
X:
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
09/05/2026
✨ 𝐒𝐚𝐤𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐦𝐮𝐛𝐮𝐚𝐥 𝐀𝐖𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐚𝐠𝐢! ✨
Jangan lepaskan peluang menyaksikan perkongsian oleh Ketua Pengarah Biokeselamatan, Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam , YBrs. Dr. Lornie Enggong.
Beliau akan membincangkan topik penting:
Tajuk: “PERANAN DASAR DALAM MEMPERKASA BENTENG BIOKESELAMATAN NEGARA”
Program: AWANI Pagi
Saluran: Astro AWANI
Tarikh: 12 Mei 2026
Jam: 8.30 pagi
🔴 Siaran langsung — jangan ketinggalan!
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram:
TikTok:
X:
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
05/05/2026
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐁𝐔𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐎𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐌𝐇𝐈, 𝐓𝐕𝟑
Jabatan Biokeselamatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah tampil dalam sesi temu bual eksklusif melalui slot Malaysia Hari Ini (MHI) yang bersiaran secara langsung di Media Prima, Balai Berita Bangsar pada 28 April 2026. Perkongsian ini memfokuskan kepada topik hangat “LMO/GMO: Selamat atau Ancaman?” bagi memberikan pencerahan kepada masyarakat umum.
Ketua Pengarah Jabatan Biokeselamatan, Dr. Lornie Enggong sebagai panel jemputan utama telah mengupas secara mendalam peranan Jabatan dalam mengawal selia produk bioteknologi moden di pasaran Malaysia.
Inisiatif ini merupakan salah satu usaha strategik di bawah seliaan NRES bagi memperkasakan kefahaman awam mengenai pengurusan risiko biologi. Penekanan diberikan kepada kepentingan Akta Biokeselamatan 2007 dalam memastikan setiap aktiviti berkaitan LMO/GMO mematuhi piawaian keselamatan demi kelestarian alam sekitar. Sepanjang slot ini berlangsung, penonton telah didedahkan dengan pelbagai fakta penting bagi memberi impak terhadap tahap kesedaran rakyat antaranya termasuklah prosedur penilai risiko yang ketat serta cara mengenal pasti produk LMO/GMO.
Jabatan ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan TV3, krew produksi MHI serta para penonton yang telah mengikuti sesi ini secara langsung mahupun melalui strim di Facebook TV3. Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam membudayakan amalan biokeselamatan demi menjamin keselamatan semua.
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram:
TikTok:
X:
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
05/05/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐎𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟏 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
Jabatan Biokeselamatan dengan kerjasama Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan dan Biosekuriti (IBBC) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Program Kesedaran Biokeselamatan peringkat Universiti bertempat di Auditorium Rashdan Baba, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor UPM.
Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Biokeselamatan, Dr Lornie Enggong dan turut dihadiri Pegawai Pendaftar UPM, Encik Muhazam Mansor serta mahasiswa dan mahasiswi UPM dan sekitar Lembah Klang serta warga akademik dan penyelidik.
Inisiatif strategik di bawah selian Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan sokongan 𝐺𝑙𝑜𝑏𝑎𝑙 𝐸𝑛𝑣𝑖𝑟𝑜𝑛𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐹𝑎𝑐𝑖𝑙𝑖𝑡𝑦 (GEF) dan 𝑈𝑛𝑖𝑡𝑒𝑑 𝑁𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛𝑠 𝐸𝑛𝑣𝑖𝑟𝑜𝑛𝑚𝑒𝑛𝑡 𝑃𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑚𝑚𝑒 (UNEP) bagi memperkasakan kefahaman mengenai pengurusan risiko biologi dan amalan biokeselamatan dalam kalangan warga akademik serta penyelidik.
Sepanjang program ini berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bagi memberi impak maksima kepada peserta, antaranya termasuklah sesi perkongsian yang memfokuskan kepada usaha membudayakan amalan biokeselamatan demi menjamin keselamatan biologi negara. Selain itu, sesi kuiz interaktif dilaksanakan sebagai usaha pengukuhan kefahaman para peserta mengenai perundangan serta prosedur biokeselamatan yang sedang berkuatkuasa.
Jabatan juga ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan UPM, para penceramah dan seluruh jawatankuasa pelaksana yang telah memastikan kelancaran program ini.
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram:
TikTok:
X:
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
29/04/2026
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐏𝐀𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐎𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍
Bengkel Pemantapan Kapasiti Pegawai Penguat Kuasa JBK telah diadakan pada 25 hingga 27 April 2026 bertempat di Grand Lexis, Port Dickson.
Bengkel ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran penguatkuasaan pegawai, khususnya dalam mengendalikan situasi di lapangan secara profesional serta menguruskan tekanan melalui teknik kawalan emosi yang berkesan. Pengisian program merangkumi sesi interaktif seperti "Baca Sikap & Mimik Muka" (Body Language Skills), teknik komunikasi tanpa konflik, serta modul pengukuhan imej dan aura keyakinan diri semasa bertugas.
Peserta bengkel juga turut berpeluang mengikuti sesi perkongsian pengalaman sebenar bersama Pegawai Kesihatan Persekitaran KKM mengenai cabaran dan amalan terbaik di lapangan. Melalui penganjuran bengkel ini, JBK komited dalam memastikan setiap pegawai dilengkapi dengan kemahiran praktikal dan ketahanan mental yang tinggi demi menambah baik aspek penguatkuasaan biokeselamatan negara.
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram:
TikTok:
X:
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
29/04/2026
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐏𝐀𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐉𝐊𝐆-𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐋𝐌𝐎
Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Kapasiti JKG-Pemantauan dan Ahli Kumpulan Kerja Pengesanan LMO pada 22 hingga 24 April 2026 di Hotel Sama-Sama KLIA bagi memperkukuh keupayaan pemantauan, pengesanan dan penguatkuasaan berkaitan Organisma Hidup Diubah Suai (LMO) selaras dengan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678].
Bengkel ini telah dihadiri oleh anggota Jawatankuasa Kecil GMAC-Pemantauan (JKG-Pemantauan), Ahli Kumpulan Kerja Pengesanan LMO, pegawai Jabatan Biokeselamatan serta rakan strategik dalam kalangan makmal yang berkaitan. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman, menyeragamkan prosedur pemeriksaan, menambah baik mekanisme pemantauan, memperkukuh kerjasama antara agensi serta menyelaras pelaporan dan perkongsian maklumat agar sistem kawal selia biokeselamatan negara terus relevan dalam menghadapi cabaran teknologi moden.
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram:
TikTok:
X:
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
29/04/2026
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐎𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐁𝐎𝐑𝐍𝐄𝐎
Bengkel Penyelarasan Penguatkuasaan Biokeselamatan Peringkat Borneo telah berlangsung dengan jayanya pada 15 hingga 17 April 2026 di Hotel Pullman Miri Waterfront, Sarawak. Bengkel ini melibatkan pelbagai agensi dalam kalangan rakan strategik JBK, antaranya Pejabat Penasihat Undang-undang (PPUU), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Setiausaha Tetap Negeri Sabah, PEjabat Setiausaha Tetap Negeri Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan (MKKM), Miri, Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sarawak serta Pegawai Penguat Kuasa dari Jabatan Biokeselamatan.
Bengkel ini bertujuan membincangkan penyelarasan pelaksanaan penguatkuasaan biokeselamatan di Sabah dan Sarawak, khususnya dalam aspek pematuhan kepada Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678]. Antara pengisian utama merangkumi sesi taklimat, pembentangan amalan semasa di pintu masuk, perkongsian analisis pengesanan LMO serta perbincangan berfokus mengenai penyelarasan berhubung penguatkuasaan biokeselamatan di Borneo. Program turut melibatkan lawatan kerja ke Makmal Kawalan Keselamatan Makanan (MKKM), Miri bagi memberi pendedahan secara langsung kepada peserta berkaitan proses analisis dan pemantauan LMO.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara JBK dan rakan strategik serta meningkatkan keberkesanan mekanisme penguatkuasaan biokeselamatan di peringkat Borneo pada masa hadapan.
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram:
TikTok:
X:
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia