SPRM

Directions Website Contact the organization

SPRM SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)

MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION (MACC) Sila salurkan maklumat menggunakan saluran yang disediakan.

Nombor Siri: 2019/FB/BKS/01

PENAFIAN : SPRM tidak akan bertanggungjawab terhadap segala perkongsian atau komen/pendapat oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran. Segala risiko perbuatan tersebut menjadi tanggungjawab pemilik akaun atau mana-mana pihak itu sendiri. Laman Facebook rasmi SPRM ini dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM sebagai medium komunikasi dua hala bagi menyampaikan mesej pendidikan dan pencegahan, dan bukan medium bagi memberi makluman berhubung operasi (siasatan). Anda juga tidak dialu-alukan memberi maklumat di dinding FB ini atas faktor kerahsiaan maklumat dan identiti pemberi maklumat. BKS SPRM tidak akan melayan sebarang pertanyaan berhubung siasatan kerana ia membawa implikasi pelanggaran Seksyen 29(4) ASPRM 2009. Sebarang pertanyaan anda boleh berhubung dengan Pegawai Komunikasi Strategik, di talian 03-8870 0000

LPPR SARAN SPRM PERKASA TEKNOLOGI DIGITALCyberjaya, 3 Oktober – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disarankan...
03/10/2026

LPPR SARAN SPRM PERKASA TEKNOLOGI DIGITAL

Cyberjaya, 3 Oktober – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disarankan untuk memperluas penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dan analitik data bagi membantu mengenal pasti corak transaksi atau aktiviti yang mencurigakan, di samping memperkukuh penggunaan forensik digital dalam pengesanan dan siasatan jenayah rasuah moden.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata, penggunaan teknologi berkenaan penting bagi memastikan SPRM sentiasa bersedia menghadapi bentuk jenayah rasuah yang semakin kompleks dan bersifat rentas sempadan.

“SPRM mesti sentiasa berada di hadapan dengan memanfaatkan teknologi terkini, termasuk pemodenan proses siasatan dan analisis berasaskan data bagi memperkukuh keupayaan dalam mengesan serta menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat LPPR Bilangan 3 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di sini, semalam.

Menurutnya, penggunaan AI juga boleh diperluas dalam aspek pencegahan dan pengurusan operasi, termasuk menganalisis maklumat aduan, mengesan transaksi yang mencurigakan, mengenal pasti risiko rasuah lebih awal serta meningkatkan penyampaian pendidikan kepada orang awam.

Dalam pada itu, Tan Sri Mohamad Salim berkata, kerjasama antara SPRM dan SKMM turut membuka peluang penting untuk memperkukuh infrastruktur teknologi yang menyokong pengurusan data dan sistem digital SPRM.

Menurutnya, perkara ini amat penting bagi memastikan maklumat sensitif SPRM dilindungi sewajarnya daripada akses tanpa kebenaran, ancaman siber, penggodaman, kebocoran data serta bentuk pencerobohan lain.

“Sehubungan itu, pembangunan dan integrasi sistem perlu dilengkapi dengan kawalan keselamatan siber, kawalan akses, mekanisme pengesahan, langkah perlindungan data, jejak audit serta kaedah pemantauan yang bersesuaian,” katanya.

“LPPR mengalu-alukan usaha memperkukuh daya tahan digital SPRM dalam hal ini. Perlindungan maklumat sensitif mesti menjadi keutamaan ketika SPRM bergerak ke arah persekitaran penguatkuasaan yang lebih bersepadu, berpacukan data dan teknologi,” katanya.

Dalam pada itu, Tan Sri Mohamad Salim turut merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Duncan bin Sikodol atas pelantikan beliau sebagai Ahli LPPR yang baharu bagi tempoh tiga tahun, bermula 3 Ogos 2026 hingga 3 Ogos 2029.

“Saya yakin pengalaman dan kredibiliti Datuk Duncan bin Sikodol akan memantapkan lagi peranan LPPR sebagai badan penasihat bebas di bawah Akta SPRM 2009, khususnya dalam memberikan pandangan serta syor penambahbaikan terhadap usaha pencegahan rasuah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, SPRM menyambut baik syor dan pandangan yang dikemukakan LPPR bagi memperkukuh keupayaan serta kecekapan Suruhanjaya dalam menangani cabaran rasuah semasa.

“SPRM akan terus komited memperkukuh keupayaan organisasi menerusi penerapan teknologi, pemerkasaan kepakaran serta penambahbaikan berterusan dalam aspek pengesanan, siasatan dan pencegahan rasuah,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato’ Indera Junipah Wandi; ahli-ahli LPPR serta Pengarah Kanan dan Pengarah-pengarah Bahagian SPRM.



𝙎𝙋𝙍𝙈 𝙎𝘼𝙉𝙏𝙐𝙉𝙄 𝙆𝙊𝙈𝙐𝙉𝙄𝙏𝙄 𝙋𝙀𝙇𝘽𝘼𝙂𝘼𝙄 𝘼𝙂𝘼𝙈𝘼, 𝙎𝙀𝙈𝘼𝙄 𝙉𝙄𝙇𝘼𝙄 𝘼𝙉𝙏𝙄𝙍𝘼𝙎𝙐𝘼𝙃 𝙎𝙀𝙈𝙋𝙀𝙉𝘼 𝙐𝙇𝘼𝙉𝙂 𝙏𝘼𝙃𝙐𝙉 𝙆𝙀-59PUTRAJAYA, 2 Oktober 2026 – Sambut...
03/10/2026

𝙎𝙋𝙍𝙈 𝙎𝘼𝙉𝙏𝙐𝙉𝙄 𝙆𝙊𝙈𝙐𝙉𝙄𝙏𝙄 𝙋𝙀𝙇𝘽𝘼𝙂𝘼𝙄 𝘼𝙂𝘼𝙈𝘼, 𝙎𝙀𝙈𝘼𝙄 𝙉𝙄𝙇𝘼𝙄 𝘼𝙉𝙏𝙄𝙍𝘼𝙎𝙐𝘼𝙃 𝙎𝙀𝙈𝙋𝙀𝙉𝘼 𝙐𝙇𝘼𝙉𝙂 𝙏𝘼𝙃𝙐𝙉 𝙆𝙀-59

PUTRAJAYA, 2 Oktober 2026 – Sambutan Ulang Tahun Ke-59 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diteruskan menerusi tiga siri majlis keagamaan dan bacaan doa selamat bersama komuniti Kristian, Buddhis dan Hindu sebagai tanda kesyukuran serta wadah mendekati masyarakat.

Majlis bersama komuniti Kristian diadakan di CWC Crossway Community Lutheran Church, Dutamas pada 26 September 2026, manakala komuniti Buddhis dan Hindu masing-masing diraikan di Pusat Buddhis Dhammaduta Malaysia, Presint 20 Putrajaya dan Kuil Arulmigi Sri Subramaniar, Nilai pada 2 Oktober 2026.

Setiap majlis turut diserikan dengan bacaan doa oleh pimpinan rohani agama masing-masing, selain sesi perkongsian mesej antirasuah dan integriti secara interaktif.

Pendekatan berteraskan nilai murni dan kerohanian ini membuka ruang kepada SPRM untuk menyampaikan mesej pencegahan rasuah secara lebih dekat kepada masyarakat, di samping memupuk kesedaran bahawa integriti dan penolakan terhadap rasuah merupakan tanggungjawab bersama.

Dalam masa sama, Yayasan Prihatin SPRM menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada setiap tiga pertubuhan terpilih iaitu Lutheran Church in Malaysia, Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Da Ci serta Pertubuhan Gemilang Ilmu.

Sumbangan berkenaan diharap dapat membantu keperluan operasi, kebajikan serta pendidikan komuniti, sekali gus mencerminkan keprihatinan SPRM terhadap kesejahteraan masyarakat dan hubungan baik bersama pertubuhan keagamaan serta komuniti setempat.





SPRM – SKMM METERAI MoU BINA KERJASAMA DALAM BIDANG PENGUATKUASAAN, PENCEGAHAN RASUAH DAN TEKNOLOGI Cyberjaya, 2 Oktober...
02/10/2026

SPRM – SKMM METERAI MoU BINA KERJASAMA DALAM BIDANG PENGUATKUASAAN, PENCEGAHAN RASUAH DAN TEKNOLOGI

Cyberjaya, 2 Oktober – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang penguatkuasaan, pencegahan rasuah dan pemerkasaan integriti menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU).

Kerjasama berkenaan turut memberi tumpuan kepada usaha mendepani cabaran yang semakin kompleks dalam persekitaran digital, termasuk aspek penyiasatan, teknologi digital, pengurusan maklumat dan pengurusan risiko.

Majlis pertukaran MoU tersebut telah disempurnakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman dan Pengerusi SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya, di sini, hari ini.

MoU berkenaan menggariskan pendekatan rentas agensi yang lebih selaras menerusi perkongsian kepakaran dalam bidang penguatkuasaan, penyiasatan, teknologi digital, pengurusan maklumat serta pencegahan rasuah.

Selain itu, kedua-dua pihak akan berkongsi amalan terbaik berkaitan tatakelola, integriti dan pengurusan risiko bagi memperkukuh keupayaan dalam mengenal pasti serta menangani risiko salah laku dan penyelewengan.

Kerjasama itu turut merangkumi pembangunan pengetahuan dan kemahiran melalui program advokasi, latihan, perkongsian ilmu serta pembangunan kapasiti, termasuk pemanfaatan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI).

Penggunaan teknologi berkenaan akan diteroka bagi membantu usaha mengesan, mencegah dan mengurus risiko jenayah rasuah secara lebih sistematik dan berkesan, terutama membabitkan kes-kes jenayah siber yang turut dikaitkan dengan elemen kesalahan rasuah seperti penipuan atau perjudian dalam talian.

Inisiatif berkenaan juga berpotensi diperluaskan kepada pihak industri dan pemegang taruh berkaitan bagi memperluas impak usaha pencegahan rasuah serta pengukuhan integriti dalam ekosistem digital negara.

Kerjasama strategik itu dijangka meningkatkan kesiapsiagaan kedua-dua pihak dalam menangani kegiatan jenayah, terutama membabitkan risiko rasuah dan salah laku yang semakin kompleks, selain menyokong usaha memperkukuh akauntabiliti serta penyampaian perkhidmatan awam dan pendidikan pencegahan rasuah yang berkesan.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesional) SPRM, Dato’ Indera Junipah Wandi; Pengarah Urusan SKMM, Abdul Karim Fakir Ali; Pengarah Kanan dan Pengarah Bahagian SPRM.



02/10/2026

MACCNews - Berita Menarik SPRM Hari Ini





ULANG TAHUN SPRM KE-59 DIRAIKAN DENGAN DOA KESYUKURANPutrajaya, 2 Oktober – Sambutan Ulang Tahun ke-59 turut diraikan da...
02/10/2026

ULANG TAHUN SPRM KE-59 DIRAIKAN DENGAN DOA KESYUKURAN

Putrajaya, 2 Oktober – Sambutan Ulang Tahun ke-59 turut diraikan dalam Majlis bacaan Yasin, Doa Selamat dan Program Tautan Kasih Prihatin yang diadakan di Surau Nur Perdana, Presint 10, Putrajaya di sini, malam tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman bersama kira-kira 400 warga SPRM dan masyarakat setempat hadir memeriahkan majlis berteraskan kerohanian itu yang dianjurkan sebagai tanda kesyukuran atas kekuatan serta kelangsungan Suruhanjaya dalam membanteras jenayah rasuah sejak penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1967.

Program ini turut menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan bersama masyarakat serta menyampaikan mesej antirasuah secara berterusan.

Dalam pada itu, Datuk Seri Abd Halim turut menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada Pengerusi Surau Nur Perdana, Tan Sri Ahmad Phesal Talib dan RM3,000 kepada Mudir Maahad Tahfiz Ihya’ Al-Ahmadi, Banting, Ustaz Haji Hazren Ahmad.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya; Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM) merangkap Pengerusi Yayasan Prihatin SPRM, KPKPj Zuhairie Abu Bakar serta Pengarah-pengarah Kanan, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Negeri SPRM.



KERAJAAN PERGIAT REFORMASI TATAKELOLA, AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGANPutrajaya, 2 Oktober – Kerajaan mempergiat usaha...
02/10/2026

KERAJAAN PERGIAT REFORMASI TATAKELOLA, AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN

Putrajaya, 2 Oktober – Kerajaan mempergiat usaha memperkukuh reformasi tatakelola, akauntabiliti pengurusan kewangan dan integriti nasional menerusi penggubalan kerangka perundangan baharu serta pembudayaan nilai dalam perkhidmatan awam.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, penguatkuasaan undang-undang perlu disusuli usaha berterusan untuk membudayakan integriti dan tatakelola baik dalam sektor awam dan swasta serta masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 10 Bilangan 2 Tahun 2026 di Bangunan Perdana Putra, di sini, semalam.

Pada mesyuarat itu, Kerajaan bersetuju supaya Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) melaksanakan kajian undang-undang bagi merangka dasar serta hala tuju tadbir urus bagi RUU Mengawal Selia Entiti Amanah (Khairat) untuk mengawal selia entiti amanah dan pendanaan Awam di Malaysia.

“Langkah ini penting bagi memastikan dana yang diamanahkan diurus secara telus dan bertanggungjawab,” katanya.

Mesyuarat JKKTN hari ini turut memberi tumpuan kepada usaha membanteras ketirisan wang awam dan salah guna kuasa, khususnya membabitkan Badan Berkanun Persekutuan.

“Saya tegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang hendaklah disertai pembudayaan integriti dan tatakelola baik secara berterusan dalam sektor awam, swasta serta masyarakat," katanya.

Menurutnya, dasar bagi Rang Undang-Undang Badan Berkanun dan Entiti Kawalan (Tadbir Urus Kewangan) akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri tahun ini bagi memperkukuh disiplin serta kebertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan.

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut membentangkan Arahan Perdana Menteri berkaitan Pelaksanaan Pembudayaan Nilai Perkhidmatan Awam yang berteraskan aspirasi nasional Malaysia MADANI.

Dato’ Seri Anwar berkata, mesyuarat turut bersetuju dengan cadangan pelaksanaan Pembudayaan Nilai Perkhidmatan Awam tersebut.

Dalam perkembangan sama, mesyuarat juga bersetuju menerima tujuh resolusi yang dibentangkan pada Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Kelima yang berlangsung pada 25 September lalu.

"Setiap ringgit wang awam adalah amanah rakyat yang mesti dijaga.

"Setiap kuasa yang diberikan mesti digunakan untuk menjamin kesejahteraan rakyat," katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Shamsul Azri Abu Bakar; Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato' Indera Junipah Wandi; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Datuk Dr Shahrazat Hj Ahmad; Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Dato Azman Mahmood; dan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) SPRM, Dato’ Idris Zaharudin.





(Sumber Foto: Facebook Anwar Ibrahim)

01/10/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN SPRM KE-59

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-59 buat seluruh warga SPRM.

Semoga SPRM terus komited memperkukuh integriti, membanteras segala bentuk rasuah, di samping memperkasakan tadbir urus yang telus dan beramanah demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik 'Like' untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/






#01102026

01/10/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐒𝐏𝐑𝐌 𝐊𝐄-𝟓𝟗

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sempena Ulang Tahun SPRM Ke-59.

Hampir enam dekad melaksanakan amanah, SPRM terus menjadi antara institusi penting negara dalam memperkukuh agenda pencegahan dan pembanterasan rasuah, memperkasa integriti serta memastikan amalan tadbir urus yang baik terus menjadi asas dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Dalam mendukung aspirasi pembaharuan dan pengukuhan institusi, usaha memperkukuh integriti, akauntabiliti dan tadbir urus bukan sekadar tanggungjawab sesebuah agensi, sebaliknya merupakan amanah bersama seluruh ekosistem Kerajaan dan masyarakat.

Semoga SPRM terus istiqamah melaksanakan mandat dengan tegas, profesional dan berintegriti, memperkukuh kepercayaan serta keyakinan rakyat, di samping menjadi pemangkin kepada pembudayaan integriti dalam perkhidmatan awam dan seluruh lapisan masyarakat.

Integriti diperkukuh, akauntabiliti dipertanggungjawabkan, kepercayaan rakyat dipelihara.

Selamat Menyambut Ulang Tahun SPRM Ke-59.

Ikhlas daripada
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri






Pejabat Perdana Menteri Malaysia 🇲🇾
Shamsul Azri bin Abu Bakar

RUMUSAN TEKS UCAPAN KETUA PESURUHJAYA SEMPENA MAJLIS ULANG TAHUN KE – 59 SPRMSempena Ulang Tahun Ke-59 SPRM, tiga teras ...
01/10/2026

RUMUSAN TEKS UCAPAN KETUA PESURUHJAYA SEMPENA MAJLIS ULANG TAHUN KE – 59 SPRM

Sempena Ulang Tahun Ke-59 SPRM, tiga teras utama perlu terus diperkukuhkan iaitu penguatkuasaan yang tegas dan berkualiti, pencegahan yang bersasar serta berasaskan risiko, dan pengurusan organisasi yang cekap, profesional dan berintegriti.

59 TAHUN MEMPERKASA INTEGRITI, MENEGAKKAN KEADILAN DAN MEMERANGI RASUAH

KENANG • HARGAI • TERUSKAN





Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPRM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SPRM:

Shortcuts

Share