Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

Share

Mengawal selia pemprosesan data peribadi seseorang individu oleh pengguna data

Photos from Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia's post 15/05/2026

YBrs. Puan Shariffah Rashidah binti Syed Othman, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi merangkap Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), telah menghadiri sesi temu bual secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang berlangsung di Wisma Berita, Angkasapuri.

Sesi tersebut membincangkan topik “Lindungi Data Peribadi” dengan memberi penekanan kepada kepentingan perlindungan data peribadi dalam era digital yang semakin berkembang pesat. Perbincangan turut memfokuskan kepada usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak dan tanggungjawab dalam mengurus serta melindungi maklumat peribadi daripada risiko penyalahgunaan, ketirisan data dan ancaman siber.

Selain itu, Puan Shariffah Rashidah turut menghuraikan kepentingan pematuhan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709], termasuk prinsip-prinsip asas perlindungan data peribadi yang perlu dipatuhi oleh organisasi dan individu. Penekanan juga diberikan terhadap amalan terbaik keselamatan data peribadi, langkah pencegahan dalam penggunaan platform digital serta usaha memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap ekosistem digital negara.

Sesi temu bual ini diharapkan dapat menjadi salah satu platform pendidikan dan advokasi dalam membudayakan amalan pengurusan data peribadi yang lebih selamat, berintegriti dan bertanggungjawab di samping meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan melindungi data peribadi daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.






Photos from Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi)'s post 14/05/2026
Photos from Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia's post 13/05/2026

YBrs. Puan Shariffah Rashidah binti Syed Othman, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi merangkap Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), telah hadir menyampaikan ucaptama di Datacentre & Cloud Infrastructure Expo 2026 (DCCI Malaysia) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

DCCI Malaysia merupakan sebuah platform persidangan dan pameran industri yang menghimpunkan pemain utama dalam sektor pusat data, pengkomputeran awan (cloud), keselamatan siber, teknologi digital dan infrastruktur ICT di Malaysia serta rantau Asia. Program ini menjadi medium penting untuk membincangkan perkembangan terkini industri digital, transformasi teknologi, keselamatan data, kecerdasan buatan (AI), kelestarian pusat data dan pembangunan ekosistem digital negara.

Aspek perlindungan data peribadi dan pematuhan undang-undang digital turut menjadi fokus utama, khususnya berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA), tadbir urus data, keselamatan siber dan pengurusan risiko digital.

Puan Rashidah menyatakan bahawa dunia menjana jumlah data yang amat besar pada setiap minit dimana sebahagian besar daripada data tersebut mengandungi maklumat peribadi. Oleh itu, persoalan utama yang perlu diberi perhatian pada hari ini bukan sekadar bagaimana data diurus dan dimanfaatkan, tetapi juga bagaimana kita memastikan perlindungan terhadap individu di sebalik data tersebut sentiasa diperkukuh.

Puan Rashidah juga menekankan dalam era digital yang semakin berkembang pesat, perlindungan data peribadi bukan lagi sekadar keperluan pematuhan, tetapi merupakan asas penting dalam membina kepercayaan, memperkukuh keselamatan digital dan memperkasa masyarakat secara menyeluruh dimana transformasi digital yang mampan memerlukan infrastruktur teknologi yang kukuh, keselamatan data yang mantap dan kepercayaan digital yang berterusan.






Photos from Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia's post 12/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT EXIN ASIA KE JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (JPDP)

YBrs. Puan Shariffah Rashidah binti Syed Othman, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), telah menerima kunjungan daripada delegasi Exin Asia pada 12 Mei 2026 di Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Putrajaya.

Kunjungan ini bertujuan untuk meneroka potensi kerjasama strategik, khususnya Inisiatif berkaitan pembangunan pensijilan profesional dan program peningkatan kompetensi selaras dengan keperluan semasa transformasi digital negara.

Turut hadir dalam sesi kunjungan tersebut ialah delegasi Exin Asia yang diketuai oleh Tuan ZhenPeng Sun, Pengarah Exin Asia, Puan Julian Ratna, Encik Zulkkhairi Hasim dan Encik RA. Thiagaraja bersama pegawai-pegawai kanan JPDP.






Photos from Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia's post 08/05/2026

PERBINCANGAN MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION (MDEC) BERSAMA JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (JPDP)

YBrs. Puan Shariffah Rashidah binti Syed Othman, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), telah menerima kunjungan daripada delegasi Malaysia Digital Economy (MDEC) pada 8 Mei 2026 di Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Putrajaya.

Kunjungan ini bertujuan untuk meneroka potensi kerjasama strategik, khususnya Inisiatif Inovasi Kerajaan (Government Innovation Initiative), iaitu satu inisiatif strategik nasional dalam sektor awam serta memperkukuh komitmen Malaysia untuk menjadi Negara AI menjelang tahun 2030.

Turut hadir dalam sesi kunjungan tersebut ialah delegasi MDEC yang diketuai oleh Encik Anuar Fariz Fadzil,Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC, Puan Purima Wijendra, Encik Mohammed Ariffin Zainal Abidin dan Encik Gopi Ganesalingam bersama pegawai-pegawai kanan JPDP.






Photos from Kementerian Digital's post 06/05/2026
05/05/2026

PDPA CONNECT 2026: MEMAHAMI 3 PERISAI BAHARU DATA ANDA 🛡️

Tiga (3) garis panduan baharu di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] telah dilancarkan secara rasmi minggu lepas bagi memperkukuh tadbir urus data peribadi serta membina kepercayaan digital (digital trust) yang lebih teguh di Malaysia.

Langkah nyata oleh Kementerian Digital melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) ini bertujuan memastikan ekosistem digital negara sentiasa selamat dan berdaya saing. Berikut adalah tiga "perisai" utama tersebut:

1️⃣ DPIA (Penilaian Impak Perlindungan Data) – Membantu organisasi mengenal pasti dan mengurus risiko pemprosesan data secara proaktif di peringkat awal.

2️⃣ DPbD (Mereka Bentuk Berdasarkan Perlindungan Data) – Memastikan perlindungan data peribadi diintegrasikan secara menyeluruh dalam keseluruhan kitaran hayat aktiviti pemprosesan data.

3️⃣ ADMP (Pembuatan Keputusan Individu Secara Automatik dan Pemprofilan) – Memperkukuh tadbir urus dalam pelaksanaan keputusan automatik dan aktiviti pemprofilan secara telus, adil, dan bertanggungjawab.

Penyediaan garis panduan ini adalah fundamental penting dalam menyokong aspirasi Malaysia menjadi Negara AI menjelang tahun 2030, di mana kepercayaan rakyat menjadi asas kepada kemampanan ekonomi digital negara.

30/04/2026

Montaj Pelancaran 3 Garis Panduan:

1. Garis Panduan Penilaian Impak Perlindungan Data (DPIA)
2. Garis Panduan Mereka Bentuk Berdasarkan Perlindungan Data (DPbD)
3. Garis Panduan Pembuatan Keputusan Secara Automatik dan Pemprofilan (ADMP)






30/04/2026

Selamat Hari Pekerja buat seluruh warga kerja di Malaysia. Teruskan melangkah dengan penuh tekad dan perkukuhkan semangat perpaduan demi kesejahteraan bersama.

“Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”






Photos from Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia's post 30/04/2026

SESI TOWN HALL BERSAMA PESURUHJAYA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Program PDPA Connect: Strengthening Digital Trust diteruskan dengan sesi Townhall Pesuruhjaya pada sebelah petang. Sesi Townhall merupakan satu inisiatif dan komitmen berterusan oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) bagi berinteraksi, berkomunikasi dan mengumpul pandangan serta merupakan komunikasi 2 hala secara berterusan antara JPDP bersama Pengawal Data.

Townhall ini menghimpunkan pengawal data yang terdiri daripada pelbagai sektor serta wakil industri bagi membincangkan hala tuju, keutamaan strategik serta usaha penambahbaikan dalam pelaksanaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Puan Rashidah telah mengupas maklum balas daripada sesi townhall pertama pada 17 November 2025 yang lepas dengan beberapa fokus utama telah dikenal pasti, termasuk memperkukuh keupayaan Pegawai Perlindungan Data (DPO) melalui aspek pendaftaran, perkhidmatan latihan, keperluan teknikal serta pematuhan di samping usaha untuk memperluas saluran komunikasi dan meningkatkan kesedaran awam terhadap inisiatif JPDP.

Puan Rashidah telah menyampaikan strategi serta perancangan JPDP dalam 4 kategori, iaitu memperkukuhkan JPDP, meningkatkan Penyampaian perkhidmatan JPDP, memacu kerjasama yang lebih kukuh dan memperkasakan penguatkuasaan Akta 709.

Terdapat sesi soal jawab antara YBrs. Puan Shariffah Rashidah bersama dengan Pengawal Data dan sesi yang berlangsung selama dua jam ini telah berjalan dengan lancar dan pelbagai maklum balas dan cadangan yang baik serta konstruktif turut diterima daripada Pengawal Data.






Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Presint 4
Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 05:30