Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia - SPR

Call Directions Website

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia - SPR Media Sosial Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakya...
15/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian serta menghayati nilai demokrasi yang menjadi asas kehidupan dalam memperkukuh rasa cinta kepada tanah air demi Malaysia yang harmoni dan sejahtera.

Ikhlas daripada,

Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Sempena sambutan Hari Malaysia ...
15/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sempena sambutan Hari Malaysia Tahun 2026, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia menjadi lambang penyatuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan latar belakang dalam sebuah negara yang kita cintai.

Marilah kita terus memelihara semangat perpaduan, saling menghormati dan bersama-sama memperkukuh nilai demokrasi demi memastikan Malaysia terus aman, stabil dan sejahtera.

Bersama kita hayati makna sebuah Malaysia yang bersatu, demokratik dan berdaulat.

Ikhlas,

YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

HARI INI DALAM GALERI | 15 – 22 SEPTEMBERPilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-3, 1979.Tahukah anda? Piliha...
15/09/2026

HARI INI DALAM GALERI | 15 – 22 SEPTEMBER

Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-3, 1979.

Tahukah anda? Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-3 pada tahun 1979 merupakan pilihan raya yang pertama kali diadakan secara berasingan.

Antara fakta penting pilihan raya ini:

◽️11 Ogos 1979 – Pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak.
◽️29 Ogos 1979 – Hari Penamaan Calon.
◽️48 kerusi dipertandingkan.
◻️135 calon bertanding.
◽️1,456 pusat mengundi dibuka.
◽️448,235 pemilih berdaftar.

Hasil pilihan raya menyaksikan Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Rahman Yaakub mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak bagi kali yang ketiga.

Menelusuri sejarah pilihan raya, memahami perjalanan demokrasi negara.

SUMBER : Akademi Pilihan Raya

15/09/2026
PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH SEMPENA PROGRAM RUN RIA MERDEKA 2026Bahagian Pendaftaran Pemilih (PD), Ibu Pejabat...
14/09/2026

PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH SEMPENA PROGRAM RUN RIA MERDEKA 2026

Bahagian Pendaftaran Pemilih (PD), Ibu Pejabat SPR telah menerima jemputan membuka kaunter pendaftaran pemilih sempena Program Run Ria Merdeka 2026 bertempat di kawasan Rukun Tetangga Kita Mekar , Cybersouth, Selangor.

Kaunter Pendaftaran Pemilih telah dibuka dari
jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang dengan seramai 4 orang petugas. Pembukaan kaunter tersebut telah berjaya memberi perkhidmatan dan menyampaikan maklumat berkenaan dengan SPR terutamanya berkaitan dengan Pendaftaran Pemilih.

Program ini disertai bagi meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan tanggungjawab sebagai pemilih serta memberi pendedahan berkenaan SPR.

KENYATAAN MEDIA BIL. 41/2026CADANGAN PENAMBAHAN KERUSI PARLIMEN MELALUI PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
13/09/2026

KENYATAAN MEDIA BIL. 41/2026

CADANGAN PENAMBAHAN KERUSI PARLIMEN MELALUI PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

12/09/2026

RIADAH HARI MALAYSIA SPR TAHUN 2026

Jom saksikan sorotan sekitar Riadah Hari Malaysia SPR Tahun 2026 yang menghimpunkan warga Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam suasana santai sempena Hari Malaysia dan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera.

Aktiviti riadah bukan sahaja menyokong gaya hidup sihat, malah menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh semangat patriotisma dalam kalangan warga SPR.

PROGRAM RIADAH HARI MALAYSIA SPR TAHUN 2026Sihat Bersama, Eratkan Silaturahim, Semarakkan Semangat Malaysia! Sempena sam...
11/09/2026

PROGRAM RIADAH HARI MALAYSIA SPR TAHUN 2026

Sihat Bersama, Eratkan Silaturahim, Semarakkan Semangat Malaysia!

Sempena sambutan Hari Malaysia Tahun 2026, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) meneruskan usaha memupuk budaya hidup sihat dan semangat kekitaan dalam kalangan warga SPR menerusi Program Riadah (Brisk Walk) Hari Malaysia SPR Tahun 2026.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (KESKER) dan PUSPANITA Cawangan Kecil SPR ini bukan sahaja memberi ruang kepada warga SPR untuk menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal, malah menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan sesama warga SPR.

Menariknya, sesi jalan santai ini turut dimanfaatkan sebagai platform untuk mempromosikan aplikasi MySPR Semak, yang memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan pilihan raya.

Semangat Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan merupakan asas penting dalam membina sebuah negara yang teguh. Kesihatan yang baik p**a menjadi aset penting agar setiap warga dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan lebih berkesan.

Selamat menyambut Hari Malaysia 2026 dan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera kepada seluruh warga SPR!

MESYUARAT PENYELARASAN PENGUATKUASAAN KEMPEN PILIHAN RAYASatu mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Khairul Sh...
11/09/2026

MESYUARAT PENYELARASAN PENGUATKUASAAN KEMPEN PILIHAN RAYA

Satu mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Setiausaha SPR serta turut dihadiri oleh wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada hari ini bagi membincangkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya.

Mesyuarat ini merupakan inisiatif strategik dan proaktif SPR dalam memperkukuh penyelarasan dan kerjasama yang erat antara jabatan serta agensi penguatkuasaan dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan aktiviti kempen pilihan raya bertujuan bagi mendapatkan pandangan dan input mengenai tadbir urus serta kaedah penyelarasan yang praktikal dan efisyen bagi jawatankuasa berkenaan. Cadangan ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif menambahbaik proses penjalanan pilihan raya bagi memperkukuhkan lagi keyakinan orang awam terhadap pengurusan kempen agar adil dan telus serta berintegriti.

RIADAH HARI MALAYSIA SPR TAHUN 2026PERHATIAN WARGA SPRKelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi Suruhanjaya Pilihan Raya Malay...
09/09/2026

RIADAH HARI MALAYSIA SPR TAHUN 2026

PERHATIAN WARGA SPR

Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (KESKER) dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil SPR dan Unit Komunikasi Korporat SPR akan mengadakan Riadah Hari Malaysia SPR Tahun 2026 sempena Hari Malaysia dan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera.

Tarikh : 11 September 2026 (Jumaat)
Masa : 5.00 Petang - 7.00 Petang
Lokasi : Lobi Menara SPR dan Sekitar Putrajaya

Mari kita bersama-sama menyemarakkan Hari Malaysia dan mengamalkan gaya hidup sihat serta menjayakan program ini.

Address

Menara SPR, No. 2, Jalan P2T, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388927200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia - SPR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share