Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional - NCTF

Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional - NCTF

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional - NCTF, Government Organization, Blok F11, Kompleks F Lebuh Perdana Timur, Presint 1, Putrajaya.

Halaman Rasmi Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (National Conservation Trust Fund for Natural Resources - NCTF), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

01/04/2026

NCTF MERCHANDISE 2026

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
2026 1447H

Salam lebaran penuh kemaafan dan keberkatan. Semoga Aidilfitri ini membawa seribu kegembiraan dan semua urusan dipermudahkan

Ikhlas daripada
Sekretariat Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF)

Photos from Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)'s post 04/03/2026
Photos from Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional - NCTF's post 05/02/2026

Sekretariat Kumpulan Wang Amanah Tabung Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal NCTF Bil. 1/2026 pada 26 hingga 28 Januari 2026 bertempat di Felda Tanjung Leman Residence, Mersing, Johor.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Mohd Rosli bin Haron, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), turut dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Teknikal NCTF yang terdiri daripada wakil-wakil dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC), Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) dan Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Mesyuarat kemudian disusuli dengan sesi pemantauan bagi projek-projek yang dibiayai dibawah dana NCTF pada 29 hingga 30 Januari 2026. Sesi ini turut dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Amanah NCTF iaitu YBrs. Tuan Haji Azman bin Haji Mohd Ariffin (Setiausaha Bahagian Kanan NRES), YBrs. Puan Hatimah binti Hamid (Ketua Akauntan NRES), Encik Ahmad Azwan bin Meor Hashim selaku wakil Kementerian Ekonomi (KE) dan Tuan Amlir Ayat (Presiden EcoKnights). Turut hadir bersama sepanjang sesi pemantauan tersebut ialah YBhg. Dato' Fakhrul Hatta bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) PERHILITAN.

Sesi pemantauan projek kali ini melibatkan enam (6) projek NCTF yang dilaksanakan di lokasi-lokasi berikut:

1. DNA Barcoding and Hybrid Screening of Parosphromenus sp. (Licorice Gourami): Towards the Conservation Breeding of a Critically Endangered Freshwater Fish Species
Organisasi : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Lokasi : Kota Tinggi, Johor

2. Conservation of Giant Clams (Tridacna sp.) using Remotely Operated Vehicle (ROV) and Artificial Intelligence (AI)
Organisasi : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Lokasi : Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor

3. Assessment of the Distribution, Abundance, and Ecological Changes of Small Cetaceans through eDNA Analysis in the Straits of Malacca
Organisasi : Universiti Malaya (UM)
Lokasi : Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor

4. From Data to Action: Harnessing Habitat Suitability Index (HSI) For The Management Of Threatened Shorebirds In Important Bird Areas
Organisasi : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Lokasi : Taman Negara Tanjung Piai, Pontian, Johor

4. Systematic Study And Conservation of Nepenthes Population in Muar, Johor, Malaysia
Organisasi : Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ)
Lokasi : Muar, Johor

6. Measuring Water Level for Sustainability of Water Balance and Conservation of Critically Endangered Betta Persephone
Organisasi : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Lokasi : Muar, Johor

Sekretariat NCTF ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli Jawatankuasa Teknikal dan ahli Jawatankuasa Amanah NCTF atas kehadiran, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang penganjuran mesyuarat dan sesi pemantauan projek. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada ketua-ketua projek NCTF yang terlibat, atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menyelaras sesi pemantauan projek kali ini.

Terima kasih!


Photos from Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional - NCTF's post 20/12/2025

๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐† ๐Š๐Ž๐๐“๐‘๐€๐Š - ๐๐„๐๐Ž๐‹๐Ž๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara kontrak di bawah Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (National Trust Fund for Natural Resources-NCTF). Maklumat jawatan dan syarat kelayakan seperti di poster.

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง: ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Maklumat lanjut jawatan dan syarat kelayakan seperti di pautan: https://drive.google.com/drive/folders/1kj7c4KejFBH3NsBRZ67uHL81-szXzNAG?usp=sharing

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen lengkap seperti senarai di iklan perlulah dikemukakan melalui ๐Š๐จ๐ ๐๐‘ yang disertakan di bawah.

Photos from Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional - NCTF's post 04/12/2025

๐๐ž๐ง๐ž๐ฆ๐ฎ๐š๐ง ๐’๐ฉ๐ž๐ฌ๐ข๐ž๐ฌ ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐˜•๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ด ๐๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก

Penyelidik dari Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah menemui satu spesies baharu periuk kera genus Nepenthes yang dinamakan ๐˜•๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ด , bersempena mamalia ikonik Borneo iaitu Orang Utan (๐˜—๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฐ ๐˜ฑ๐˜บ๐˜จ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฆ๐˜ถ๐˜ด) berikutan ciri morfologinya yang berbulu kemerahan seakan-akan mamalia tersebut.

Melalui kerjasama dengan pakar Nepenthes antarabangsa dari Australia, Dr. Alastair Robinson, spesies ini pada awalnya berkemungkinan merupakan spesies yang belum diketahui. Ekspedisi khusus untuk menjejaki dan mengkaji spesies ini telah dijalankan di dua lokasi terpencil di Banjaran Meliau pada tahun 2023 dan 2024.

Kajian terperinci terhadap morfologi tumbuhan ini kemudiannya mengesahkan bahawa ia sememangnya merupakan spesies baharu, dan tinjauan ke atas kawasan taburannya menunjukkan bahawa spesies ini hanya wujud di sepanjang permatang puncak, dengan saiz populasi yang sangat kecil. Hanya 39 individu direkodkan daripada kedua-dua subpopulasi di kawasan tersebut.

๐€๐ง๐œ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐’๐ญ๐š๐ญ๐ฎ๐ฌ ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ž๐ซ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข

Jumlah populasinya yang sangat rendah dan risiko kutipan haram bagi memenuhi permintaan hortikultur yang tinggi telah dikenalpasti sebagai ancaman utama untuk ๐˜•๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ด. Berikutan itu, para penyelidik telah membuat penilaian dan menyarankan spesies tersebut dikategorikan sebagai tumbuhan Sangat Terancam atau ๐˜Š๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ๐˜ญ๐˜บ ๐˜Œ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฅ (๐˜Š๐˜™) dan menegaskan kepentingan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan spesies ini di habitat asalnya.

Hasil kajian spesies baharu ini telah diterbitkan di jurnal saintifik ๐˜ˆ๐˜ถ๐˜ด๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‘๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜‰๐˜ฐ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ dalam penulisan artikel bertajuk ๐˜š๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉโ€™๐˜ด ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜จ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต: ๐˜•๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ด (๐˜•๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฆ), ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ค๐˜ณ๐˜ฐ-๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ค ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ต๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ง๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฎ ๐˜•๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ฐ oleh Damit et. al. (2024).

Ekspedisi susulan ke lokasi subpopulasi kedua pada tahun 2024 merupakan salah satu aktiviti projek konservasi tumbuhan Langka, Terancam dan Endemik (๐˜™๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜›๐˜ฉ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜Œ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ค - ๐˜™๐˜›๐˜Œ) di bawah Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Projek ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan dan melaksanakan pelan pemuliharaan dan pemulihan komprehensif bagi beberapa spesies tumbuhan Langka, Terancam dan Endemik terpilih (RTE) (๐˜Œ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ด ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ช, ๐˜—๐˜ฉ๐˜บ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ด ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ง๐˜ถ๐˜ด๐˜ค๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜บ๐˜ช dan ๐˜๐˜ญ๐˜ฆ๐˜น ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ด) yang merangkumi pendekatan secara in-situ dan ex-situ di Sabah.

Kredit Info & Gambar : Alviana Damit

25/10/2025

๐๐„๐๐€๐๐†๐†๐”๐‡๐€๐ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐’๐”๐Œ๐๐„๐‘ ๐€๐’๐‹๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐„๐’๐“๐€๐‘๐ˆ๐€๐ ๐€๐‹๐€๐Œ (๐๐‘๐„๐’) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Dimaklumkan bahawa ๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐€๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐€๐ฅ๐š๐ฆ (๐๐‘๐„๐’) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ yang dijadualkan berlangsung pada 27โ€“28 Oktober 2025 di MAEPS, Serdang telah ๐ƒ๐ˆ๐“๐€๐๐†๐†๐”๐‡๐Š๐€๐ ke tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Segala kesulitan amat dikesali dan pihak kami mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap inisiatif kelestarian alam sekitar. Nantikan makluman terkini daripada pihak kami!









Photos from Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional - NCTF's post 15/10/2025

๐ŸŒฟKARNIVAL SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES) 2025

Ayuh sertai kami di Karnival Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) 2025 yang bakal berlangsung pada 27 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor!

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang karnival:

๐ŸŒฑ Pameran produk berasaskan sumber hutan seperti produk herba tempatan

๐ŸŒ Pameran ekopelancongan dan aktiviti konservasi oleh pelbagai jabatan serta agensi

๐ŸŽจ Bengkel Interaktif seperti:
1) Bengkel Terrarium๐Ÿ€
2) Bengkel Fotografi๐Ÿ“ท
3) Bengkel Birdwatching ๐Ÿฆ‰
4) Bengkel Hutan ke Herbarium๐ŸŒณ

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai bengkel-bengkel menarik ini!
๐Ÿ“ฑ Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas QR Code pada poster hebahan bengkel

Tempat adalah terhad!
Daftar segera dan jadilah sebahagian daripada usaha melestarikan khazanah sumber asli negara! ๐ŸŒณ




13/10/2025

๐ŸŒฟ JOM SERTAI KARNIVAL SUMBER ASLI & KELESTARIAN ALAM 2025! ๐ŸŒฟ
๐Ÿ“… 27โ€“28 Oktober 2025 (Isninโ€“Selasa)
๐Ÿ“ MAEPS, Serdang
๐ŸŽฏ Tema: โ€œInovasi Madani Lestariโ€

Peluang keemasan untuk syarikat & institusi mempromosikan produk, perkhidmatan dan inovasi hijau di acara berprestij ini! ๐Ÿ’š

๐ŸŽช Kadar Sewaan Reruai:
๐Ÿข Syarikat Berhad โ€“ RM20,000 (20โ€™x10โ€™)
๐Ÿฌ Sdn. Bhd./Perbadanan/Lembaga/Yayasan โ€“ RM5,000 (10โ€™x10โ€™)
๐Ÿซ Enterprise/Universiti/Kementerian/Jabatan bukan NRES โ€“ RM2,000 (10โ€™x10โ€™)

๐Ÿ“Œ Tarikh Tutup Permohonan Dilanjutkan:
โžก๏ธ 21 Oktober 2025 (Selasa)

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor tertera pada poster.

โœจ Jangan lepaskan peluang sertai karnival lestari terbesar tahun ini! โœจ

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Blok F11, Kompleks F Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Putrajaya
62000