Bahagian Dakwah, Jakim

Directions Website

Bahagian Dakwah, Jakim Bahagian Dakwah merupakan salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(500)

MENGHARAP REDA DI SEBALIK HIBAH(Adaptasi Daripada Kisah Benar)Rezeki yang hadir di hadapan mata kadangkala memeluk kita ...
22/10/2026

MENGHARAP REDA DI SEBALIK HIBAH
(Adaptasi Daripada Kisah Benar)

Rezeki yang hadir di hadapan mata kadangkala memeluk kita bersama ujian kelapangan dada yang sangat mendalam.

Mari kita telusuri senario keluarga yang dekat dengan realiti masyarakat kita pada hari ini.

Seorang ayah yang penyayang telah membahagikan tanah kepada lima orang cahaya matanya.

Secara zahirnya bapa sudah menjalankan tanggungjawab dan berlaku adil.

Namun dalam pembahagian ini terselit situasi yang menguji tahap keharmonian jiwa anak.

Empat abang dan kakak kini bebas menuai hasil keuntungan tanah milik mereka tanpa sebarang halangan.

Sebaliknya anak bongsu menerima tanah berserta sebuah rumah sewa dengan satu syarat yang agak berat.

Syaratnya semua kutipan hasil sewa wajib diserahkan bulat kepada ibu selagi hayat dikandung badan.

Situasi ini perlahan menerbitkan keluh kesah di sudut hati anak bongsu.

Jiwanya seolah tergantung dan terkapai melihat saudara lain sudah jauh ke hadapan membina kekayaan.

Hal ini berlaku kerana hak dirinya seakan ditahan daripada sebarang manfaat kewangan.

Di atas kertas dan berdasarkan hukum syarak tanah tersebut sudah sah menjadi hak milik mutlaknya.

Proses pemilikan ini berlaku menerusi ikatan akad hibah yang sempurna daripada seorang ayah.

Namun pesanan lisan itu bukan sekadar syarat duniawi kosong sebaliknya ia merupakan amanah keramat.

Kasih bapa sentiasa memandang jauh ke hadapan demi melindungi isteri kesayangannya.

Beliau mahu memastikan permaisuri hatinya tidak terabai dari sudut kewangan saat ketiadaannya di dunia.

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa."
(Surah Al-Isra’: 23)

Jika dipandang menggunakan mata kasar dan pengiraan logik anak bongsu nampak rugi serta dianiaya keadaan.

Namun apabila direnung menggunakan mata hati yang bening ayah sedang membentangkan ladang pahala subur.

Wang ringgit yang diserahkan dengan penuh keredaan kelak bertukar menjadi doa mustajab ibu.

Doa seorang ibu akan menembusi awan ke langit tanpa sebarang hijab atau halangan.

Itulah sebenarnya magnet rezeki hakiki yang akan melancarkan segala urusan kehidupan secara berterusan.

Pada masa yang sama di sinilah terletaknya peranan penting empat orang beradik yang lebih tua.

Keadilan tidak bermakna kalian berhak melepaskan tangan seratus peratus ke atas bahu adik paling kecil.

Tanggungjawab menyara ibu serta mengukir senyuman di wajahnya adalah kewajipan bersama seluruh ahli keluarga.

Ia bukan bebanan yang diletakkan secara individu kepada seorang anak sahaja.

Berbincanglah secara harmoni saling melengkapi dan kongsilah sedikit keuntungan tanah kalian untuk keperluan perbelanjaan ibu.

Akhir kalam ujian keluarga ini menuntut pengorbanan jiwa yang sungguh besar. Buat anak bongsu bersabarlah memeluk amanah suci ini selagi terdaya.

Kelak apabila ibu meninggal dunia nilai hartanah itu akan melambung tinggi sebagai milik mutlak.

Selain itu darjat kamu di sisi Tuhan juga telah diangkat ke tahap paling mulia.





MUALAF DISANTUNI, KEBAJIKAN DIPERKASA, PENGURUSAN DISELARASMemeluk Islam adalah permulaan sebuah perjalanan, manakala me...
22/10/2026

MUALAF DISANTUNI, KEBAJIKAN DIPERKASA, PENGURUSAN DISELARAS

Memeluk Islam adalah permulaan sebuah perjalanan, manakala membimbing dan menyantuni saudara baharu merupakan tanggungjawab bersama. Atas komitmen ini, JAKIM melalui Bahagian Dakwah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pendaftar Mualaf Seluruh Malaysia Bil. 2/2026 di Kompleks Islam Putrajaya pada 20 Oktober lalu bagi memperkukuh penyelarasan pengurusan mualaf di seluruh negara.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Dr. Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, dengan kehadiran YBrs. Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM serta wakil Pendaftar Mualaf JAIN dan MAIN seluruh Malaysia. Sebanyak dua kertas cadangan dan satu kertas makluman telah dibentangkan bagi memperkemas penyelarasan hal ehwal mualaf.

Mualaf bukan sekadar didaftarkan, tetapi perlu dibimbing, disantuni dan diperkasakan. Justeru, mesyuarat ini turut menjadi platform perkongsian amalan terbaik antara negeri dalam memperkukuh sokongan sosial, kebajikan dan bimbingan berterusan kepada saudara baharu agar mereka terus terbela serta merasai keindahan Islam dalam kehidupan.




MULHAQ : Mulakan Hari Dengan Al-QuranSurah Ali Imran : Ayat 174 hingga 180Jangan biarkan ancaman manusia memadamkan keya...
22/10/2026

MULHAQ : Mulakan Hari Dengan Al-Quran
Surah Ali Imran : Ayat 174 hingga 180

Jangan biarkan ancaman manusia memadamkan keyakinan kepada Allah.

Orang beriman tidak menjadikan ketakutan sebagai tuan kepada hati mereka; sebaliknya, mereka lebih takut akan murka-Nya.

Jangan terpedaya dengan kelapangan yang dinikmati orang ingkar, kerana penangguhan boleh menambah dosa mereka.

Allah membezakan yang baik daripada yang buruk melalui ujian.

Harta yang ditahan kerana kedekut akan menjadi beban pada hari kiamat.

Maka gunakanlah nikmat untuk ketaatan sebelum segala yang dimiliki menjadi saksi yang memberatkan.






"Aturlah langkah dengan perancangan, kuatkan diri dengan usaha, dan jangan abaikan solat kerana di situlah keberkatan be...
21/10/2026

"Aturlah langkah dengan perancangan, kuatkan diri dengan usaha, dan jangan abaikan solat kerana di situlah keberkatan bermula."

Renungkan.

Untuk mengetahui waktu solat mengikut zon kawasan di seluruh Malaysia, sila layari : https://www.e-solat.gov.my/





USRAH MADANI BERSAMA SYEIKH NURUDDEEN LEMUDA’WAH INTELLIGENCE & LEADERSHIPPUTRAJAYA, 21 Oktober 2026 – Bahagian Dakwah, ...
21/10/2026

USRAH MADANI BERSAMA SYEIKH NURUDDEEN LEMU
DA’WAH INTELLIGENCE & LEADERSHIP

PUTRAJAYA, 21 Oktober 2026 – Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Usrah MADANI Bersama Sheikh Nuruddeen Lemu yang berlangsung di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya.

Program yang mengetengahkan tajuk “Da’wah Intelligence & Leadership: Critical Thinking Tools for Leaders” ini memberi penekanan kepada kepentingan kebijaksanaan berdakwah, pemikiran kritis dan kepimpinan berteraskan ilmu, hikmah serta amanah.

Program ini turut dihadiri oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang turut menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Syeikh Muhammad Nuruddeen Lemu sebagai tanda penghormatan dan kenang-kenangan atas kesudian beliau berkongsi ilmu serta pengalaman dakwah. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, JAKIM.

Antara intipati utama perkongsian beliau ialah keperluan memahami masyarakat dan konteks sebelum membuat pertimbangan, menyemak kesahihan maklumat, menilai sesuatu isu berdasarkan prinsip syariah serta menyampaikan kebenaran dengan penuh hikmah dan belas ihsan.

Beliau turut menekankan bahawa dalam era ledakan maklumat dan media sosial, kebijaksanaan bukan diukur melalui banyaknya maklumat yang dimiliki, tetapi melalui keupayaan berfikir secara matang, menilai dengan adil dan bertindak secara bertanggungjawab.

Selain itu, kepimpinan dalam Islam merupakan suatu amanah yang menuntut sifat tawaduk, kesediaan menimba ilmu, keterbukaan terhadap pandangan serta kebijaksanaan membuat keputusan. Pemimpin yang berkesan bukan sekadar melahirkan pengikut, tetapi berupaya membina masyarakat yang berilmu, berfikiran kritis dan bijaksana.

Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh kefahaman dan kompetensi para pendakwah serta pemimpin dalam mendepani cabaran dakwah kontemporari, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk membangunkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berdaya fikir.

“Knowledge Must Mature into Wisdom”
Ilmu perlu berkembang menjadi kebijaksanaan.





NOTA ILMU : KECERDASAN DAKWAH & KEPIMPINANAlatan Pemikiran Kritis untuk Pemimpin(Berdasarkan syarahan dalam Usrah Madani...
21/10/2026

NOTA ILMU : KECERDASAN DAKWAH & KEPIMPINAN

Alatan Pemikiran Kritis untuk Pemimpin

(Berdasarkan syarahan dalam Usrah Madani | 21 Oktober 2026 | Masjid Putra, Putrajaya)

Oleh: Sheikh Muhammad Nuruddeen Lemu

Falsafah Utama : “Ilmu mesti matang menjadi hikmah.”

1. Amanah yang Tidak Boleh Diabaikan

Isu Utama : Menjaga anugerah akal dalam zaman yang penuh dengan lambakan maklumat.

3 Risiko Utama :

i. Maklumat tanpa pengesahan.

ii. Ilmu tanpa konteks.

iii. Kuasa tanpa hikmah.

Kesimpulan : Lebih banyak maklumat tidak menjadikan kita lebih bijak, tetapi pemikiran berdisiplin yang menentukannya.

2. Apakah Kecerdasan Dakwah? (Dakwah Intelligence)

Definisi : Keupayaan berdisiplin untuk memahami manusia & konteks, mengesahkan maklumat, mentafsir panduan Islam dengan bertanggungjawab, serta menimbang dan menyampaikan kebenaran dengan hikmah & kasih sayang.

Dalil Utama :

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik."

(Surah Al-Nahl, ayat 125)

3. Kitaran Kecerdasan Dakwah (5 Langkah)

Daripada pemahaman kepada impak :

i. Faham (Perceive) : Memahami manusia, masalah, dan konteks.

ii. Sah (Verify) : Semak kesahihan dan kebolehpercayaan.

iii. Timbang (Deliberate) : Timbang tujuan, keutamaan, dan kesan.

iv. Sampai (Communicate) : Bercakap dengan hikmah dan kasih sayang.

v. Nilai (Evaluate): Memimpin dengan akauntabiliti.

4. Kepimpinan Adalah Amanah (Amanah)

Kepimpinan ialah tanggungjawab (bebanan), bukannya takhta untuk dibanggakan.

Merupakan tanggungjawab bersama (Fardhu Kifayah).

Pertimbangan yang betul akan menukar ilmu menjadi panduan.

3 Sikap Teguh Pemimpin :

i. Rendah Diri: "Mangkuk ini bukan saya punya."

ii. Ingin Tahu: "Baca keadaan & konteks."

iii. Pragmatisme: "Kebaikan yang praktikal lebih baik daripada kesempurnaan yang sia-sia."

5. Berfikir Adalah Ibadah

Akal adalah anugerah Allah.

Al-Qur'an sering bertanya : "Adakah kamu tidak berfikir?"

Syariat Islam berperan melindungi akal manusia.

Taklid buta (ikut melulu) digesa untuk dijauhi dan dicela.

Prinsip : Memahami ilmu lebih penting daripada sekadar membaca.

6. Empat Bahaya Zaman Kini

i. Pantas Mengatasi Benar : Kecepatan menyebar berita mengalahkan kebenaran.

ii. Gema Sehala (Echo Chamber) : Suasana media/sosial menjadi condong dan sehala.

iii. Kesolehan Palsu : Kealiman mudah dipalsukan di media sosial.

iv. Ilmu Tidak Sama : Pengikut tidak semestinya mempunyai tahap ilmu yang sama.

Peringatan : Setiap perkongsian adalah saksi. Selidik sebelum sebar.

7. Penapis S.H.A.R.I.A.H

Gunakan 7 penapis ini sebelum menyebarkan atau menerima maklumat :

S - Sahih? (Source)
H - Benar? (Honesty / Truthful)
A - Jelas? (Accuracy)
R - Sesuai? (Relevance)
I - Ikhlas? (Intent / Niat)
A - Ada pilihan? (Alternative)
H - Bawa mudarat? (Harm)

8. Alatan untuk Pertimbangan Lebih Baik

A. Fikir Macam Hakim,
Bukan Penindas

i. Cari soalan sebenar.

ii. Mula dari asas.

iii. Kumpul fakta.

iv. Timbang prinsip & bukti.

v. Beri keputusan yang adil.

B. 5 Kaedah Fiqh Asas

i. Setiap amalan mengikut niat.

ii. Keyakinan tidak hilang dengan keraguan.

iii. Kesukaran membawa kemudahan.

iv. Kemudaratan mesti dihilangkan.

v. Adat dijadikan hukum.

C. Maqasid Shariah (5 Perlindungan Utiliti)

Agama (Faith)

Nyawa (Life)

Akal (Intellect)

Keturunan (Lineage)

Harta (Wealth)

D. Syura dengan Enam Topi Berfikir (Six Thinking Hats)

⚪ Topi Putih : Fakta

🔴 Topi Merah : Perasaan

⚫ Topi Hitam : Risiko

🟡 Topi Kuning : Manfaat

🟢 Topi Hijau : Alternatif

🔵 Topi Biru : Sederhana / Pengurusan

9. Didik Pemikir, Bukan Sekadar Pengikut

Kepimpinan dakwah yang hebat membantu manusia untuk berfikir, menyoal, mengesahkan, dan bertindak dengan bijak.





MULHAQ : Mulakan Hari Dengan Al-QuranSurah Ali Imran : Ayat 166 hingga 173Ujian di medan perjuangan menyingkap siapa yan...
21/10/2026

MULHAQ : Mulakan Hari Dengan Al-Quran
Surah Ali Imran : Ayat 166 hingga 173

Ujian di medan perjuangan menyingkap siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang berpaling.

Jangan biarkan kekalahan melahirkan putus asa atau sangkaan buruk terhadap takdir Allah.

Mereka yang gugur di jalan-Nya tidak mati, bahkan hidup di sisi-Nya dengan rezeki dan kegembiraan.

Saat ancaman menakutkan manusia, iman menguatkan hati untuk berkata: cukuplah Allah sebagai Pelindung.

Teruslah menyahut seruan-Nya dengan taat dan takwa, kerana bagi mereka tersedia ganjaran yang agung.






"Mulakan hari dengan solat, susun cita-cita dengan usaha dan akhiri langkah dengan syukur kepadaTuhan Yang Maha Esa."Ren...
20/10/2026

"Mulakan hari dengan solat, susun cita-cita dengan usaha dan akhiri langkah dengan syukur kepada
Tuhan Yang Maha Esa."

Renungkan.

Untuk mengetahui waktu solat mengikut zon kawasan di seluruh Malaysia, sila layari : https://www.e-solat.gov.my/





20/10/2026

In Progress

20/10/2026

Belajar tajwid bukan sekadar membetulkan bacaan, tetapi usaha memuliakan kalam Allah





Address

Bahagian Dakwah, Aras 8, Blok B, Kompleks Islam
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Dakwah, Jakim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share