28/04/2026
𝐀𝐝𝐚 𝐚𝐩𝐚 𝐝𝐢 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚 ? 🤔💭 #6
Apakah yang harus dilakukan sekiranya menjumpai seakan - akan Objek Angkasa?
Jangan takut dan panik ! Ikuti langkah - langkah ini :
✅ Jangan sentuh atau alihkan objek
✅ Ambil gambar & Koordinat GPS
✅ Hubungi pihak berkuasa
28/04/2026
𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀 & 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀🚀
Sertai sesi wawancara eksklusif bersama Dr. Mhd Fairos bin Asillam, Penguasa Angkasa dari Bahagian Penguasa Angkasa, MOSTI dalam program Apa Khabar Malaysia di Bernama TV.
Ketahui lebih mendalam tentang bagaimana Malaysia menguruskan risiko di ruang angkasa serta usaha berterusan dalam membina kepakaran tempatan demi kedaulatan teknologi negara.
📅 Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)
🕘 Masa: 9:00 - 10:00 Pagi
📺 Platform: Bernama TV / Apa Khabar Malaysia - https://www.bernama.com/tv/
Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu tentang masa depan industri angkasa kita!
21/04/2026
𝐀𝐝𝐚 𝐚𝐩𝐚 𝐝𝐢 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚 ? 🤔💭 #5
Bagaimana Malaysia mengawal selia objek angkasa? 🌌⚖️
Malaysia mempunyai kerangka perundangan yang jelas bagi menguruskan penemuan dan pengendalian objek angkasa di bawah Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] yang telah berkuat kuasa sejak 1 Januari 2025.
✅ Mengawal selia penemuan dan penyiasatan objek angkasa.
✅ Melindungi, menyimpan, dan mendokumentasikan objek yang ditemui (Seksyen 45).
Malaysia juga aktif di peringkat antarabangsa melalui Triti PBB seperti Outer Space Treaty (1967) dan sedang menuju ke arah ratifikasi Liability Convention menjelang 2027.
14/04/2026
𝐀𝐝𝐚 𝐚𝐩𝐚 𝐝𝐢 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚 ? 🤔💭 #3
Dari Sarawak sampai ke Pahang, ini adalah kronologi penemuan sampah angkasa di tanah air kita:
1️⃣ 2022 - Sarawak (Serpihan roket)
2️⃣ 2024 - Johor (Objek silinder misteri)
3️⃣ 2025 - Pahang (Objek terdampar di pantai)
Objek-objek ini adalah komponen teknikal daripada aktiviti pelancaran angkasa luar negara yang memasuki semula ruang udara kita dan boleh mengancam bahaya. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sentiasa peka dengan persekitaran anda! 🧐