Kementerian Sumber Manusia

Directions Website Contact the organization

Kementerian Sumber Manusia Kementerian Sumber Manusia

๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐— ๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—œ ๐—๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฒ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKuala Lumpur |...
22/10/2026

๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐— ๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—œ ๐—๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฒ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Kuala Lumpur | 22 Oktober 2026

YB Datoโ€™ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, telah menyempurnakan Majlis Apresiasi Perkhidmatan Warga Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) Tahun 2026 yang berlangsung di PARKROYAL COLLECTION, Kuala Lumpur.

Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa, pengorbanan dan sumbangan 166 pegawai serta kakitangan KESUMA dan sembilan jabatan di bawahnya yang telah dan bakal bersara sepanjang tahun 2026.

Dalam ucapannya, YB Datoโ€™ Sri Ramanan Ramakrishnan merakamkan penghargaan kepada para pesara yang telah menabur bakti dengan penuh dedikasi, termasuk mereka yang berkhidmat melebihi tiga dekad dalam perkhidmatan awam.

Beliau menegaskan bahawa sumbangan seseorang penjawat awam bukan sekadar diukur melalui jawatan yang disandang, tetapi turut dinilai melalui nilai murni, ilmu, pengalaman dan budaya kerja yang diwariskan kepada generasi seterusnya.

Beliau turut menggalakkan para pesara meneruskan pembelajaran sepanjang hayat, berkongsi kepakaran sebagai mentor serta menyumbang kepada masyarakat melalui pelbagai bidang selepas persaraan.

Menurut beliau, persaraan bukanlah pengakhiran sebuah perjalanan, sebaliknya permulaan fasa kehidupan baharu untuk meluangkan masa bersama keluarga, menjaga kesihatan dan meneroka peluang serta minat yang sebelum ini tertangguh.

Majlis turut dihadiri YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia; YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KESUMA; dan YBrs. Dr. Hj. Mohd. Shaharin bin Umar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) KESUMA.

โœจ ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ๐ข ๐“๐•๐„๐“, ๐“๐ž๐ซ๐จ๐ค๐š๐ข ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง, ๐‚๐ข๐ฉ๐ญ๐š ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง!Nak tahu lebih lanjut tentang peluang latihan kemahiran dan l...
22/10/2026

โœจ ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ๐ข ๐“๐•๐„๐“, ๐“๐ž๐ซ๐จ๐ค๐š๐ข ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง, ๐‚๐ข๐ฉ๐ญ๐š ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง!

Nak tahu lebih lanjut tentang peluang latihan kemahiran dan laluan kerjaya melalui TVET? Jom singgah ke TVET Corner!

Antara pengisian menarik yang menanti pengunjung:

๐Ÿ”น Pameran Produk dan Hasil Pelajar TVET
๐Ÿ”น Kaunter Khidmat Nasihat TVET dan Kemahiran JPK
๐Ÿ”น Bimbingan Permohonan UP_TVET

Dapatkan maklumat, terokai peluang dan kenali lebih dekat dunia kemahiran yang memenuhi keperluan industri.

๐Ÿ“… Tarikh: 25 Oktober 2026 (Ahad)
โฐ Masa: 8.30 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ Lokasi: Dewan PDT Bagan Tiang (Dewan Terbuka), Perak

๐ŸŽฏ Kemahiran Diperkasa, Masa Depan Terbina!

Simpan tarikh 25 Oktober 2026 dan ikuti media sosial rasmi JPK untuk maklumat lanjut!

๐Ÿ˜๏ธ๐Ÿš ๐Ž๐๐„ ๐’๐“๐Ž๐ ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐˜ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„ โ€“ ๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ.๐Ÿ“ข Pelbagai Perkhidmatan, Lebih Dekat Dengan Rakyat!Jom kunjungi O...
22/10/2026

๐Ÿ˜๏ธ๐Ÿš ๐Ž๐๐„ ๐’๐“๐Ž๐ ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐˜ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„ โ€“ ๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ.

๐Ÿ“ข Pelbagai Perkhidmatan, Lebih Dekat Dengan Rakyat!

Jom kunjungi One Stop Community Centre sempena Karnival Kampung Angkat MADANI! Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan disediakan untuk manfaat penduduk setempat, termasuk:

โœ… Van Mekar JPN
โœ… Khidmat Mobile JPJ
โœ… Kaunter Bergerak Bayaran Cukai Tanah
โœ… Pemeriksaan Kesihatan Percuma
โœ… Gunting Rambut Percuma
โœ… Tukar Minyak Hitam Motosikal
โœ… Cabutan Bertuah

๐Ÿ“… 25 Oktober 2026
๐Ÿ•˜ 8.30 Pagi - 2 Petang
๐Ÿ“ Dewan PDT (Dewan Terbuka) Bagan Tiang, Perak.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan. Ajak keluarga dan jiran tetangga untuk hadir bersama!

๐Ÿš€TINGGAL 1 HARI LAGI!๐Ÿš€๐Ÿ“ขGO-LIVE 1 SISTEM PENGURUSAN PERBURUHAN BERSEPADU (SPPB)๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พEra baharu pengurusan perburuhan digital...
22/10/2026

๐Ÿš€TINGGAL 1 HARI LAGI!๐Ÿš€

๐Ÿ“ขGO-LIVE 1 SISTEM PENGURUSAN PERBURUHAN BERSEPADU (SPPB)

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พEra baharu pengurusan perburuhan digital bakal bermula!

๐Ÿ’ปPada 23 Oktober 2026, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melangkah ke hadapan melalui evolusi digital bagi merealisasikan perkhidmatan yang lebih cekap, sistematik dan bersepadu.

โœจ Dengan pelaksanaan SPPB, kita menuju ke arah:
โœ… Pengurusan lebih cekap
โœ… Data bersepadu
โœ… Pemantauan lebih sistematik
โœ… Perkhidmatan lebih berkualiti

๐ŸŒ Bersama-sama kita menyokong transformasi digital demi penyampaian perkhidmatan perburuhan yang lebih moden, responsif dan berkesan.

๐Ÿ’™SPPB โ€” Satu langkah ke arah masa depan pengurusan perburuhan yang lebih cemerlang!

๐Ÿ“… 23 OKTOBER 2026 | GO-LIVE 1

22/10/2026

WORKING SAFELY AT HEIGHT (WAH)

Tingkatkan kompetensi, utamakan keselamatan! ๐Ÿ’ช

Sertai kursus Working Safely at Height (WAH) bersama NIOSH Terengganu untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bekerja di tempat tinggi dengan lebih selamat, yakin dan kompeten.

๐Ÿ“… Tarikh Kursus:
๐Ÿ”น 10โ€“11 November 2026
๐Ÿ”น 20โ€“21 Disember 2026

Lokasi: Pejabat Negeri NIOSH Terengganu
Tempoh: 2 hari
Yuran: RM852.00 (termasuk SST 8%)
Kategori: Kompetensi
Tempoh sah: 3 tahun

Jangan kompromi soal keselamatan! Lengkapkan diri anda dengan ilmu dan kemahiran yang betul sebelum bekerja di tempat tinggi.

๐Ÿ“ฒ Layari www.niosh.com.my untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

Kementerian Sumber Manusia
MALAYSIA MADANI

22/10/2026
๐Ÿ”ด KENYATAAN MEDIAKESUMA TEGAS LINDUNGI INTEGRITI PROSES SEMAKAN DI TALENTCORP22 Oktober 2026|PUTRAJAYA
22/10/2026

๐Ÿ”ด KENYATAAN MEDIA

KESUMA TEGAS LINDUNGI INTEGRITI PROSES SEMAKAN DI TALENTCORP

22 Oktober 2026|PUTRAJAYA

๐—š๐—”๐—๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ,๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—š๐—ฅ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—จ๐—› ๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ! Siapa yang terlibat dengan pengumuman gaji pokok pe...
22/10/2026

๐—š๐—”๐—๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ,๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—š๐—ฅ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—จ๐—› ๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ!

Siapa yang terlibat dengan pengumuman gaji pokok permulaan RM2,500 sebulan? Adakah semua graduan dan pekerja separuh mahir termasuk dalam kerangka ini? ๐Ÿค”

Menerusi Belanjawan 2027, Kerajaan mengumumkan kerangka gaji pokok permulaan RM2,500 sebulan sebagai usaha menambah baik struktur pendapatan pekerja berdasarkan jenis pekerjaan, kelayakan dan kemahiran.

๐Ÿ“Œ Antara perkara penting yang perlu diketahui:

โœ… Golongan graduan dan pekerja separuh mahir yang termasuk dalam kerangka gaji ini.

โœ… Pengelasan pekerjaan berdasarkan MASCO mengikut jenis pekerjaan dan tahap kemahiran.

โœ… Langkah KESUMA dalam menyediakan garis panduan gaji pokok permulaan yang lebih jelas dan menyeluruh.

โœ… Sasaran penerbitan dan pelaksanaan garis panduan pada Jun 2027, tertakluk kepada ketetapan berkaitan.

Kerangka ini diharap dapat menyediakan rujukan gaji yang lebih jelas dan setimpal dengan kelayakan serta kemahiran pekerja.

๐Ÿ‘‰ Swipe carousel ini untuk fahami dengan lebih lanjut tentang kadar gaji, golongan yang terlibat dan langkah pelaksanaan oleh KESUMA!

Ikuti semua akaun media sosial rasmi KESUMA untuk mendapatkan perkembangan terkini.

Mulai Jun 2027, gaji minimum ditetapkan pada RM2,000 sebulan, meningkat daripada RM1,700 dan dijangka memberi manfaat ke...
22/10/2026

Mulai Jun 2027, gaji minimum ditetapkan pada RM2,000 sebulan, meningkat daripada RM1,700 dan dijangka memberi manfaat kepada lebih empat juta pekerja.

Pada masa sama, KESUMA sedang memperincikan garis panduan gaji pokok permulaan RM2,500 bagi graduan dan pekerja separuh mahir. Penetapan ini mengambil kira jenis pekerjaan, tahap pendidikan dan kemahiran supaya gaji permulaan lebih setimpal dengan nilai kerja.

Dua langkah berbeza dengan satu matlamat yang sama. Pendapatan lebih baik, kemahiran lebih dihargai dan struktur gaji yang lebih mampan.

Ikuti saluran rasmi KESUMA untuk perkembangan lanjut.

๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—”๐—ฆ๐—˜๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—จ๐—๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—กManila, Filipina | 21 Oktober 2026YBrs. Encik Sutek...
22/10/2026

๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—”๐—ฆ๐—˜๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—จ๐—๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก

Manila, Filipina | 21 Oktober 2026

YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah mengetuai delegasi Malaysia ke High-Level 5th ASEAN TVET Council (ATC) Regional Policy Dialogue di Manila, Filipina.

Dialog anjuran Technical Education and Skills Development Authority (TESDA), Filipina ini menghimpunkan panel dari pelbagai negara dan badan antarabangsa membincangkan dasar dan hala tuju berkaitan pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Berteraskan tema โ€œNavigating Our Future, Togetherโ€ dan subtema โ€œASEAN: Skilled for the Futureโ€, dialog ini memberi tumpuan kepada hasil dan cadangan serantau berkaitan transformasi digital, kemahiran hijau (green skills), serta akses inklusif kepada latihan kemahiran dan peluang pekerjaan.

Malaysia turut berkongsi pengalaman Malaysia menerusi dalam sesi dialogue bertajuk โ€œResponding to Digital Transformationโ€ oleh Ts. Junnaina binti Husin Chua, Ketua Unit Koordinasi TVET, KESUMA. Penyertaan Malaysia dalam sesi dialog ini mencerminkan kesungguhan KESUMA dalam memperkukuh komitmen Malaysia terhadap agenda TVET ASEAN serta menyokong pembangunan tenaga kerja serantau yang berkemahiran, inklusif dan sedia masa depan.

Address

Kementerian Sumber Manusia, Aras 6-12, Menara PERKESO Putrajaya, No. 6, Persiaran Perdana, Presit 2
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Sumber Manusia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Sumber Manusia:

Shortcuts

Share