04/05/2026
PROGRAM ZIARAH KASIH PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Klang, 4 Mei 2026 - YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM bersama YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah Operasi merangkap Yang Dipertua, Persatuan Kebajikan JBPM meluangkan masa hadir Program Ziarah Kasih sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 ke rumah Pegawai Bomba Bersara yang ditimpa musibah kesihatan iaitu Encik Sahrudin bin Yahya, Telok Gadong Kecil Klang, Selangor.
Turut hadir YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, JBPM Negeri Selangor, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Ketua Zon 3, Pegawai Bahagian Pengurusan Korporat dan Bahagian Operasi Ibu Pejabat JBPM, Ketua Balai BBP Klang Selatan, Ahli Jawatankuasa Kesatuan dan Wakil Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai Pesara Selangor.
Seluruh warga JBPM mendoakan semoga mereka berdua diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala.
04/05/2026
PROGRAM ZIARAH KASIH TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI MERANGKAP YANG DIPERTUA PERSATUAN KEBAJIKAN JBPM
Klang, 4 Mei 2026 - YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah Operasi merangkap Yang Dipertua, Persatuan Kebajikan JBPM meluangkan masa hadir Program Ziarah Kasih sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 ke rumah Pegawai Bomba Bersara yang ditimpa musibah kesihatan iaitu Encik Samsudin bin Ahmad, di Kampong Sungai Udang, Klang, Selangor.
Turut hadir YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Ketua Zon 3, Selangor, Pegawai Bahagian Pengurusan Korporat JBPM, Ketua Balai BBP Klang Selatan, Ahli Jawatankuasa Kesatuan dan Wakil Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai Pesara Selangor.
Seluruh warga JBPM mendoakan semoga mereka berdua diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala.
04/05/2026
TAKLIMAT DAN SEMAKAN KEAHLIAN PERSATUAN KEBAJIKAN DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT LOPENG, JBPM NEGERI SARAWAK
Miri, 4 Mei 2026 - Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan JBPM mengambil kesempatan adakan sesi taklimat dan penerangan berkaitan Persatuan Kebajikan kepada Pegawai dan Anggota Balai termasuk Pegawai Zon Miri sebelum balik ke Semenanjung.
Dalam sesi tersebut jawatankuasa membuat semakan keahlian melalui sistem portal i-kebajikan bomba bagi memastikan setiap pegawai dan anggota di BBP Lopeng dan Pegawai Zon Miri bagi menyertai Persatuan Kebajikan JBPM. Mereka juga diminta untuk mengemaskini serta melengkapkan maklumat ahli di dalam protal i-kebajikan bomba.
Penerangan berkaitan faedah bantuan yang akan diterima oleh ahli sekiranya berlaku kematian, ditimpa musibah/bencana melibatkan keilatan/kerugian harta benda juga turut dikongsikan.
%keatas
03/05/2026
TAKLIMAT DAN SEMAKAN KEAHLIAN PERSATUAN KEBAJIKAN DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT MIRI, JBPM NEGERI SARAWAK
Miri, 3 Mei 2026 - Usai Program Larian Jubli Emas Bomba JBPM Negeri Sarawak, wakil Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan JBPM meluangkan masa adakan sesi taklimat dan penerangan berkaitan Persatuan Kebajikan.
Semasa sesi tersebut juga Ahli Jawatankuasa membuat semakan keahlian melalui sistem portal i-kebajikan bomba bagi memastikan setiap pegawai dan anggota di BBP Miri menyertai Persatuan Kebajikan JBPM, mereka diminta untuk segera mengemaskini serta melengkapkan maklumat ahli di dalam protal i-kebajikan bomba.
Penerangan berkaitan faedah bantuan yang akan diterima oleh ahli sekiranya berlaku kematian, ditimpa musibah/bencana melibatkan keilatan/kerugian harta benda juga turut dikongsikan.
%
29/04/2026
Dimaklumkan bahawa PPgB Mahadzir bin Magribi (37 tahun), pegawai yang bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, telah kembali ke rahmatullah pada 30.04.2026 (Khamis) jam 0220. Jenazah kini masih berada di kediaman beliau di alamat No. 157-C, Lorong Astana 12/1, Bandar Seri Astana, 08000 Sungai Petani, Kedah. Jenazah akan dibawa ke Hospital bagi tujuan ‘Post-Mortem’. Maklumat lanjut akan dikemaskini.
Al-Fatihah.
28/04/2026
SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH ATAS PENGANUGERAHAN PANGKAT KEHORMAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Amilludin bin Hj Latip, Pengarah Urusan Hari-hari Bumi Jaya Sdn. Bhd, atas Penganugerahan Pangkat Penguasa Kanan Bomba I (Kehormat) pada 28 April 2026.
Ikhlas daripada
YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman
Yang Dipertua dan Seluruh Ahli Jawatankuasa
Persatuan Kebajikan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
28/04/2026
SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH ATAS PENGANUGERAHAN PANGKAT KEHORMAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Wan Razly Abdullah bin Wan Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, atas Penganugerahan Pangkat Penguasa Kanan Bomba I (Kehormat) pada 28 April 2026.
Ikhlas daripada
YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman
Yang Dipertua dan Seluruh Ahli Jawatankuasa
Persatuan Kebajikan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia