10/06/2024
Alhamdulillah, saya sempat meninjau kemajuan Kampung Angkat Madani Kementerian Digital di Kampung Pulau Gaya Torong Logong, Kota Kinabalu, Sabah. Setakat ini, segala perancangan adalah mengikut jadual demi kemudahan penduduk kampung ini. Harapan saya adalah semoga projek ini memberi manfaat dan memudahkan penduduk sekitar. Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu melancarkan projek ini.
Anwar Ibrahim
Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara
Kementerian Digital
29/05/2024
Saya berkesempatan menyampaikan taklimat yang bertajuk “Towards Malaysia Digital Nation” pada ASEAN +3 Workshop on Public Sector Reform. Saya turut berkongsikan produk dan inisiatif hebat yang telah dihasilkan oleh semua agensi yang bernaung di bawah Kementerian Digital. Kesemuanya ini diasaskan melalui tiga tunjang utama iaitu Kerajaan Digital, Ekonomi Digital dan Masyarakat Digital.
26/05/2024
Syabas Malaysia Digital Economy Corporation kerana meneruskan kelangsungan Jelajah Saya Digital yang telah diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Saya melihat sendiri bagaimana para pengunjung telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap agenda pendigitalan negara khususnya dari aspek ekonomi digital.
Semoga maklumat-maklumat yang disampaikan melalui program ini dapat dijadikan batu loncatan untuk mengorak langkah yang lebih besar untuk terlibat dalam agenda ekonomi digital.
21/05/2024
Selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Agama Buddha di seluruh negara yang menyambutnya.
20/05/2024
Alhamdulillah, saya dengan berbesar hati telah memenuhi undangan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyampaikan perkongsian pengalaman saya bersama-sama peserta "Advanced Leadership and Management Program". InsyaAllah, saya berharap perkongsian yang telah disampaikan dapat memberikan manfaat kepada peserta yang terlibat. Selamat maju jaya kepada semua peserta.
16/05/2024
Selamat Hari Guru untuk semua guru yang kita sayangi. Untuk kalian yang banyak berjasa. Pengorbanan kalian amat kami muliakan. Teruskan mendidik anak bangsa dan menjadi pelita yang sentiasa menyala.
13/05/2024
Hari ini (13 Mei 2024) saya telah menyertai YB Menteri Digital Gobind Singh Deo dan YB Timbalan Menteri Digital YB Datuk Wilson Ugak Kumbong untuk mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Pelbagai perkara berkaitan agenda pendigitalan negara yang dikemudi oleh Kementerian Digital telah dibincangkan.
Menjunjung Kasih Tuanku.
Anwar Ibrahim
Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara
12/05/2024
12 Mei 2024 mencatatkan hari yang istimewa apabila kita turut meraikan wira belakang tabir negara iaitu kumpulan jururawat. Selamat menyambut Hari Jururawat sedunia- terima kasih atas sumbangan anda.
12/05/2024
Ibu,
Engkaulah ratu hatiku .
Kepada semua ibu-ibu hebat di luar sana
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu.
Sayangilah ibu anda.
10/05/2024
Mewakili seluruh warga tenaga kerja Kementerian Digital, saya ingin mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga Mendiang Datuk Mutang Tagal. Semoga keluarga tabah berhadapan dengan ujian ini.
06/05/2024
Inspektorat Projek Komunikasi Digital di bawah Jabatan Digital Negara
Program Inspektorat ini diteruskan lagi dengan meninjau perlaksanaannya di High Commission of Malaysia, London. Adalah menjadi harapan Kementerian Digital khususnya Jabatan Digital Negara agar Projek Komunikasi Digital ini dapat melancarkan urusan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Pada lawatan ini, saya meneliti sendiri cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan projek ini termasuk kejayaan yang telah dicapai. Beberapa tindakan susulan segera lantas diambil beberapa permasalahan yang timbul dikenalpasti.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Commmision of Malaysia, London kerana telah membantu menjayakan projek ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mendigitalkan perkhidmatannya kepada rakyat.
04/05/2024
Sertailah reruai Kementerian Digital
Ada banyak perkongsian dan maklumat untuk semua
Kita imbas je tak perlu guna banyak kertas