12/05/2026
Baru-baru ini telah diadakan aktiviti advokasi pemakanan sihat di 2 buah sekolah di Putrajaya iaitu SKPP 9(2) dan SKPP 11(2) sempena Program Sekolah Ku Sihat Stail Kita.
Advokasi yang dianjurkan oleh Unit Pemakanan, PKPj ini, dimulakan dengan ceramah "Pemakanan Sihat- Sihat Itu Saya", yang telah disampaikan oleh Pelajar Sangkutan Latihan Industri, Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti), UPM kepada murid terpilih di kedua-dua sekolah tersebut. Pelbagai acara menarik yang disediakan seperti permainan interaktif Pinggan Sihat Ku, Piramid Makanan, Aktiviti Fizikal dan Fakta vs Mitos.
Objektif advokasi ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan murid dan kesedaran tentang amalan pemakanan sihat terutama dalam pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Sejurus selepas ceramah, satu soal selidik dijalankan bagi mendapatkan maklumbalas mengenai pengetahuan, amalan dan sikap murid terhadap pengambilan makanan harian mereka.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pentadbir sekolah yang terlibat kerana sudi membenarkan kami melaksanakan advokasi tersebut di sekolah. Terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru yang membantu kami di sepanjang aktiviti dilaksanakan.
12/05/2026
Satu Program Intervensi Pemakanan Sihat telah berlangsung di Pangsapuri 14-12, Presint 14 pada 9 dan 10 Mei 2026 anjuran Pejabat Kesihatan WP Pejabat Kesihatan Putrajaya melibatkan aktiviti saringan antropometri kanak-kanak bawah 6 tahun, saringan NHSI dan kesihatan wanita serta pemberian imunisasi kanak-kanak bagi yang tercicir.
Aktiviti intervensi ini bertujuan untuk mendapatkan data kesihatan penduduk di samping memberikan pendedahan kepada warga penduduk mengenai penjagaan kesihatan dewasa dan pemakanan kanak-kanak.
Data status pemakanan kanak-kanak bawah 6 tahun dan status kesihatan penduduk yang diperolehi dari saringan ini akan digunakan untuk merancang intervensi kesihatan dan pemakanan dengan lebih berfokus bagi meningkatkan status kesihatan komuniti ini.
12/05/2026
Pada tahun 2025, KKM telah melaksanakan aktiviti Imunisasi Tambahan Measles-Rubella (MRSIA) secara intensif dari 4 Ogos hingga 1 Disember 2025 untuk membantu meningkatkan imuniti komuniti dan mencegah penularan penyakit measles atau demam campak. Kempen ini menyasarkan kanak-kanak berumur 6 hingga 59 bulan, dan seramai 1,187,091 kanak-kanak telah menerima vaksin sepanjang tempoh tersebut ๐
Tahun ini, kempen diteruskan lagi dan diperluaskan kepada kanak-kanak berumur tidak melebihi 7 tahun bagi menutup jurang imuniti serta memastikan perlindungan terhadap penyakit measles terus kekal dalam komuniti.
Ayuh, Ibu bapa jangan lepaskan peluang untuk memastikan anak-anak mendapat perlindungan sepenuhnya daripada penularan penyakit yang boleh dicegah๐
11/05/2026
KURSUS BIMBINGAN ASUHAN KESELAMATAN & KESIHATAN KANAK-KANAK SIRI 1
๐
Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
๐ Tempat: Panggung Mawar Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya
Unit Kesihatan Keluarga, Pejabat Kesihatan WP Putrajaya dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya telah berjaya menganjurkan Kursus Bimbingan Asuhan, Keselamatan dan Kesihatan Kanak-Kanak Siri 1.
Program ini turut dijayakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat WP Putrajaya serta sokongan daripada Persatuan Pengusaha Taska dan Tadika Putrajaya (PUSPAJAYA).
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan teori dan praktikal berkaitan kaedah asuhan kanak-kanak yang selamat dan sihat, di samping memberi penekanan terhadap aspek pengurusan psikologi dalam kalangan pengasuh kanak-kanak di Putrajaya. Program ini juga merupakan salah satu inisiatif dalam usaha mengurangkan kadar kematian kanak-kanak bawah umur 5 tahun di WP Putrajaya.
๐ Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas komitmen serta penyertaan aktif sepanjang kursus berlangsung. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam menyediakan persekitaran yang lebih selamat, sihat dan kondusif demi kesejahteraan anak-anak di Putrajaya.
๐ข Nantikan hebahan penganjuran Kursus Siri 2 melalui laman media sosial Perbadanan Putrajaya!
08/05/2026
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ โ๐๐ฅ๐จ๐ฐ ๐๐ฉ ๐๐๐โ ๐๐๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ซ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฃ๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐
Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9 dengan kerjasama Pejabat Kesihatan WP Putrajaya dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9 telah menganjurkan Program โGlow Up 101โ pada 30 April 2026 bertempat di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9.
Program ini dianjurkan khusus untuk murid-murid sekolah menengah di sekitar Putrajaya sebagai satu platform pendidikan kesihatan yang mesra remaja dan holistik, merangkumi aspek penjagaan kulit, pemakanan sihat, pengurusan tidur, kesejahteraan mental serta pembangunan keyakinan diri.
Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif telah dijalankan sepanjang program termasuk ceramah berkaitan jerawat, penjagaan kulit dan hormon remaja, serta booth interaktif melibatkan pemakanan sihat, kesihatan mental, pengurusan tidur, kebajikan sosial dan kemahiran asas penjagaan diri.
Program ini juga bertujuan membantu remaja menghadapi cabaran perubahan fizikal, emosi dan sosial secara lebih positif di samping meningkatkan keyakinan diri serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat termasuk urus setia, penceramah, fasilitator, pihak sekolah serta para peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. ๐
30/04/2026
Lindungi Anak Kita, Cegah Penyakit Berjangkit
Sempena sambutan Minggu Imunisasi Sedunia, Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9 (KKP9) telah meraikan Sambutan Hari Imunisasi pada 28 April 2026 dengan penyertaan ibu bapa dan anak-anak yang sangat menggalakkan ๐จโ๐ฉโ๐งโ๐ฆ
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Suriyati bt. Deraman, Pakar Kesihatan Keluarga KKP9 dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:
โจ Ceramah โVaksin dan Kepentingannyaโ
โจ Kuiz & sesi soal jawab
โจ Pertandingan mewarna kanak-kanak
โจ Hadiah menarik untuk para peserta
๐ก Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan imunisasi sebagai langkah pencegahan penyakit berjangkit, serta memberi keyakinan dalam membuat keputusan terbaik untuk kesihatan anak-anak.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini ๐
Bersama kita lindungi generasi masa depan!
29/04/2026
HEBAHAN SEMULA
๐ข ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya ingin memaklumkan bahawa ๐๐ฎ๐ธ๐๐ ๐ผ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฏ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ klinik selepas waktu bekerja (extended hour) ๐๐น๐ถ๐ป๐ถ๐ธ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐๐ฎ ๐ฃ๐ฟ๐ฒ๐๐ถ๐ป๐ ๐ต bermula 1 Januari 2026.
๐ ๐๐๐ค๐ญ๐ฎ ๐๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข:
๐๐ฌ๐ง๐ข๐ง โ ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ญ: ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง๐ โ ๐.๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฆ
๐๐๐๐ญ๐ฎ: ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐ข โ ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง๐
๐๐ก๐๐ & ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐ฆ: ๐๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ
โ ๏ธ Perhatian:
Kaunter pendaftaran ๐๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐๐ ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ญ ๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ฐ๐๐ค๐ญ๐ฎ ๐ญ๐๐ฆ๐๐ญ ๐จ๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข.
Sekian, terima kasih.
๐ข ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya ingin memaklumkan bahawa ๐๐ฎ๐ธ๐๐ ๐ผ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฏ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ klinik selepas waktu bekerja (extended hour) ๐๐น๐ถ๐ป๐ถ๐ธ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐๐ฎ ๐ฃ๐ฟ๐ฒ๐๐ถ๐ป๐ ๐ต bermula 1 Januari 2026.
๐ ๐๐๐ค๐ญ๐ฎ ๐๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข:
๐๐ฌ๐ง๐ข๐ง โ ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ญ: ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง๐ โ ๐.๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฆ
๐๐๐๐ญ๐ฎ: ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐ข โ ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง๐
๐๐ก๐๐ & ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐ฆ: ๐๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ
โ ๏ธ Perhatian:
Kaunter pendaftaran ๐๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐๐ ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ญ ๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ฐ๐๐ค๐ญ๐ฎ ๐ญ๐๐ฆ๐๐ญ ๐จ๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข.
Sekian, terima kasih.