Hari terakhir berpuasa. Semoga semua amalan kita diterima.Selamat menyambut hari raya yang bakal tiba dari kami.
BALAI POLIS Presint 11 ,Ipd Putrajaya
BALAI POLIS PRESINT 11,IPD PUTRAJAYA
Selamat berbuka Puasa semua.. ❤️ ❤️ ❤️
01/09/2025
DIKEMASKINI.. KANAK-KANAK INI TELAH SELAMAT DISERAHKAN KEPADA IBU BAPANYA..
SILA PASTIKAN KESELAMATAN ANAK ANDA WALAU DIMANA ANDA BERADA.
makluman kehilangan satu kanak-kanak
anggaran umur 3-4 tahun
jika ada makluman tentang kehilangan boleh berhubung terus ke BALAI POLIS Presint 11 ,Ipd Putrajaya di talian 0388892222
06/08/2025
AYUH KIBARKAN SEMANGAT MERDEKA!
Bersama kita semarakkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kebangsaan ini.
Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.
Ikuti saluran rasmi Polis Diraja Malaysia untuk maklumat terkini dan sahih:
Facebook: facebook.com/pdrmsiaofficial
Instagram: instagram.com/pdrmsia_official
X: https://x.com/pdrmsia?s=11
YouTube: youtube.com/user/PDRMsia
Telegram: t.me/PDRMsia_Official
#04082025
06/08/2025
INFO BERSAMA: CIC LINDUNGI MANGSA KANAK-KANAK
Child Interview Centre (CIC) merupakan inisiatif mesra kanak-kanak yang diperkenalkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah.
Antara fungsi utama CIC adalah merakam keterangan mangsa atau saksi kanak-kanak (bawah umur 18 tahun) menerusi rakaman video, selaras dengan peruntukan Seksyen 6 dan 7 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007.
PDRM sentiasa komited dalam menjaga kebajikan serta melindungi hak golongan rentan, terutamanya kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah.
Ikuti saluran rasmi Polis Diraja Malaysia untuk maklumat terkini dan sahih:
Facebook: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Instagram: instagram.com/pdrmsia_official
X: https://x.com/pdrmsia?s=11
YouTube: youtube.com/user/PDRMsia
Telegram: t.me/PDRMsia_Official
#03082025
06/08/2025
BALAI POLIS Presint 11 ,Ipd Putrajaya telah melaksanakan Program “1 Rumah 1 Jalur Gemilang” (1R1JG) sebagai simbolik penyertaan dalam sambutan Bulan Kebangsaan 2025, sejajar dengan usaha kerajaan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan penjawat awam.
Dalam majlis yang berlangsung pada 6 Ogos 2025, YBrs. Encik Muhammad Najmi bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) telah menyempurnakan penyerahan Kit Jalur Gemilang kepada S/Insp. Amir Bin Jaafar. Ketua Polis Balai Presint 11 Putrajaya.
Kit tersebut kemudiannya telah dikibarkan di kawasan Balai Polis Presint 11 sebagai simbol kebersamaan dan semangat cintakan negara menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Program ini turut menzahirkan komitmen PDRM dalam memperkukuh nilai kenegaraan dan menyokong inisiatif kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan serta cintakan tanah air.
“Kibarkan Bendera, Semarakkan Cinta Negara.”
06/06/2025
Selamat Hari Raya Aidiladha! 🌙
Tinggalkan rumah dengan tenang semasa balik kampung! 🏡🚗
Gunakan aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol) untuk memaklumkan kepada PDRM agar rumah anda dipantau semasa ketiadaan anda.
Langkah mudah:
1️⃣ Ada akaun VSP
2️⃣ Klik “Balik Kampung”
3️⃣ Isi maklumat perjalanan
4️⃣ Klik “Hantar”
5️⃣ PDRM akan lakukan rondaan ke rumah anda.
📲 Aplikasi VSP boleh dimuat turun di App Store & Google Play! Secara Percuma
Pulang ke kampung, rumah ditinggalkan selamat!
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Semoga Hari Raya Haji ini membawa ketenangan, muhasabah dan kekuatan baharu dalam setiap langkah hidup anda.
Selamat bercuti dan salam Aidiladha dari Ketua Polis BALAI POLIS Presint 11 ,Ipd Putrajaya Sub Inspektor Amir Bin Jaafar dan keluarga dan kami semua Anggota bertugas..
🕵️
PASTIKAN KESELAMATAN DIRI DAN KEADAAN RUMAH DALAM KEADAAN BERKUNCI DENGAN SEMPURNA SEBELUM ANDA MENINGGALKAN RUMAH.
🕵️
PASTIKAN SUIS ELETRIK YANG TIDAK DIGUNAKAN DITUTUP DAN PUNCA-PUNCA YANG BOLEH MENYEBABKAN BAHAYA DIDALAM RUMAH DIPASTIKAN SELAMAT SEBELUM ANDA KELUAR DARI RUMAH.
🔊🔉🔊🔉🔊
Kalau nampak perkara yg mencurigakan mohon buat laporan SEGERA pada pihak berkuasa. Bersama kita menjaga keselamatan komuniti kita.
☎ IPD Putrajaya • (Pusat kawalan 24jam)
03-8886 2144/2145
☎️ Balai Polis Presint 7 • 03 - 8886 2233/2234
☎️ Balai Polis Presint 11 • 03 - 8889 2222
☎ Balai Polis Cyberjaya - 03-8318 2222
↗ sila simpan no 🚓 di telifon anda ↖
02/06/2025
BALAI POLIS Presint 11 ,Ipd Putrajaya,01Jun2025. Sub Inspektor. Amir bin Jaafar ketua Balai polis Presint 11 bersama anggota telah melaksanakan community policing dan meet and greet bersama komuniti penduduk blok A dan C Fasa 14-7 Presint 14,Putrajaya dimana ia mendekatkan lagi anggota polis dengan komuniti atau dengan erti kata lain ‘public enggagement’. Perlaksanaan skim-skim semasa, Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga telah banyak membantu dalam mencegah kegiatan jenayah dalam komuniti masyarakat di sekeliling.
Dengan adanya persatuan penduduk dan rukun tetanga yang aktif, ia memberikan satu perkembangan yang memberansangkan dalam membantu pihak PDRM terutamannya dalam membanteras jenayah masakini dan sedikit sebanyak mengawal keselamatan awam di satu komuniti setempat.
Kini komuniti bersama-sama dengan PDRM berhubung antara satu sama lain
dalam memastikan keselamatan penduduk setempat sentiasa selamat daripada ancaman jenayah.
Semoga program ini sedikit sebanyak dapat memberi kesan yang positif dalam keselamatan dan ketenteraman di setiap komuniti di dalam Putrajaya.
☎ IPD Putrajaya • (Pusat kawalan 24jam)
03-8886 2144/2145
☎️ Balai Polis Presint 7 • 03 - 8886 2233/2234
☎️ Balai Polis Presint 11 • 03 - 8889 2222
☎ Balai Polis Cyberjaya - 03-8318 2222
↗ sila simpan no 🚓 di telifon anda ↖
17/05/2025
BALAI POLIS Presint 11 ,Ipd Putrajaya 17Mei2025, Sub Inspektor Amir Bin Jaafar Ketua Polis Balai Presint 11 dan anggota telah meluangkan masa untuk memenuhi jemputan ke MAJLIS TAUTAN KEMESRAAN DAN PENGHARGAAN KOMUNITI P11F DAN KRT JALAN P11F/3 & F/18, PRESINT 11.
Dr. Fuad Bin Yaacob selaku Pengerusi KRT P11F bersama dengan Dato Sri Shukri Bin Abdul Mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM juga bersama dalam meraikan majlis yang berlangsung bersama-sama dengan komuniti yang hadir.
Program tersebut berjalan dengan baik dan lancar. Selain memenuhi jemputan dari pihak KRT, ianya juga dilihat sebagai salah satu usaha berterusan bagi program komuniti policing ke arah merapatkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat.
13/04/2025
MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA LAWATAN TUAN YANG TERUTAMA XI JINPING , PRESIDEN REPUBLIK RAKYAT CHINA KE MALAYSIA.
DIHARAP ANDA DAPAT MERANCANG LALUAN DAN PERJALANAN ANDA.
26/03/2025
𝐈𝐍𝐒𝐄𝐍𝐓𝐈𝐅 𝐑𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄-𝟐𝟏𝟖
Kementerian Komunikasi menawarkan Insentif Rebat RAHMAH secara one-off yang dilaksanakan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) meliputi anggota beruniform dan awam yang berkhidmat dengan PDRM.
https://vt.tiktok.com/ZSrR5ERLC/
https://www.facebook.com/share/1AKUrSZSSh/?mibextid=wwXIfr
https://x.com/komunikasi_gov/status/1904386254067663184?s=46
https://www.instagram.com/p/DHm8fr6BSmv/?igsh=NzQ3Z2l5OXVlbmx4
𝐈𝐍𝐒𝐄𝐍𝐓𝐈𝐅 𝐑𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄-𝟐𝟏𝟖 Kem TikTok | Make Your Day
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Balai Polis Presint 11, Jalan Saujana Hijau, Presint 11
Putrajaya
62000
