30/05/2026
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menyantuni pegawai dan rakan urusetia Program Santuni MADANI dalam sesi Jom Ngeteh Bersama KPPN sebelum mereka berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan Program Santuni MADANI Korban Perdana JPN. Pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan, lebih-lebih lagi apabila bertugas pada Hari Raya kedua, amat dihargai dan tidak ternilai.
Semoga segala usaha dan khidmat bakti yang diberikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda serta diberkati Allah SWT.
Selamat pulang ke destinasi masing-masing dan semoga kita berjumpa lagi dalam program-program akan datang.
@ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
29/05/2026
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan bersama jemaah masjid serta penduduk Kampung Padang Tanjung dalam Program Santuni MADANI Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.
Sebanyak empat ekor lembu korban hasil sumbangan pelbagai pihak telah dikorbankan dan dagingnya diagihkan kepada penduduk kampung. Sebahagian daripada daging korban turut dimasak secara gotong-royong oleh komuniti setempat untuk dinikmati bersama, sekali gus mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Dalam kesempatan yang sama, saya turut merasmikan Dewan Makan Masjid Kampung Padang Tanjung yang dibina menerusi peruntukan Kampung Angkat MADANI JPN 2025. Kemudahan ini diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pusat aktiviti, program kemasyarakatan serta pengukuhan hubungan silaturahim penduduk setempat.
Program seperti ini membuktikan bahawa semangat gotong-royong, keprihatinan dan kerjasama antara agensi, komuniti serta para penyumbang mampu membawa manfaat yang besar kepada masyarakat. Semoga usaha murni ini terus diberkati dan menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti yang lebih sejahtera dan bersatu.
@ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
29/05/2026
Alhamdulillah, pagi ini saya memulakan Program Santuni MADANI Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia di Masjid Kampung Padang Tanjung, Kuala Terengganu, Terengganu dengan menunaikan solat Subuh berjemaah bersama penduduk setempat.
Program ini merupakan usaha mendekati masyarakat serta menyantuni rakyat melalui penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih mesra, mudah diakses dan berteraskan nilai MADANI.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan manfaat kepada masyarakat.
@ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
26/05/2026
Saya dan isteri, YBhg Datin Razana binti Said @ Razali, dengan penuh keikhlasan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M kepada seluruh warga Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia dan seluruh umat Islam.
Semoga segala pengorbanan, keikhlasan dan amal ibadah kita diterima serta dirahmati Allah SWT.
Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
๐โจ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐๐ก๐ โจ๐
@ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
26/05/2026
Alhamdulillah, pagi ini saya menerima kunjungan Ahli Jawatankuasa Surau Al Mawaddah Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia bagi membincangkan pengurusan, kedudukan kewangan serta keperluan penambahbaikan surau agar terus menjadi pusat ibadah, ilmu dan penyatuan ummah.
Surau bukan sekadar tempat solat, tetapi medan membina generasi, menarik minat anak muda mendekati masjid dan menghidupkan budaya ilmu serta kebersamaan dalam komuniti.
InsyaAllah, segala usaha memperkasa kemudahan dan program surau akan terus disokong demi keselesaan jemaah dan pengimarahan institusi Islam.
@ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
25/05/2026
Usai menghadiri majlis rasmi, saya turut bergegas ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas bagi menziarahi dan menyantuni sahabat saya, YBhg. Datoโ Jamal, yang baru kehilangan isteri tercinta.
Saya merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada beliau dan seluruh keluarga. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan insan beriman dan beramal soleh.
Semoga YBhg. Datoโ Jamal serta keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini. Al-Fatihah.
@ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
25/05/2026
Alhamdulillah, malam ini saya berbesar hati menghadiri Majlis Apresiasi ERAT anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang disempurnakan oleh Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Saya turut menerima sijil penghargaan mewakili Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia sebagai tanda komitmen berterusan dalam menjunjung nilai integriti, akauntabiliti dan amanah dalam perkhidmatan awam.
Semoga penghargaan malam ini menjadi inspirasi untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat dan negara.
@ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
25/05/2026
โจ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ โจ
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia, rakan-rakan serta orang awam yang telah menitipkan ucapan, doa dan ingatan sempena ulang tahun kelahiran saya.
Segala ucapan dan doa yang diberikan amat bermakna serta menjadi sumber semangat untuk saya terus berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.
Semoga segala kebaikan, doa serta ingatan yang diberikan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. ๐คฒ
Ikhlas daripada,
๐๐๐ก๐ . ๐๐๐ญ๐จโ ๐๐๐๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐๐ข๐ฌ๐ก๐๐ฆ ๐๐ข๐ง ๐๐ฅ๐ข๐๐ฌ
๐ฒ๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐ต๐๐๐๐๐
24/05/2026
Alhamdulillah, saya bersama isteri, YBhg. Datin Razana Binti Said @ Razali, Pengerusi PUSPANITA JPNM, berkesempatan menyantuni YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri dan YBhg. Datin Seri Norhayati Binti Musa, Penaung PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri, serta ahli keluarga bakal Duyufurrahman.
Turut hadir Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh YBhg. Datuk Haji Makhzan bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) (Yang Menjalankan Tugas-Tugas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri).
Semoga silaturahim yang terjalin terus mekar dan semua bakal tetamu Allah dikurniakan kesihatan, dipermudahkan segala urusan serta memperoleh haji yang mabrur.
@ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐