Bahagian Pengurusan Aset KPM

Directions

Bahagian Pengurusan Aset KPM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Pengurusan Aset KPM, Government Official, Bahagian Pengurusan Aset KPM, Putrajaya.

15 OKTOBER 2026 | MEMPERKASA TADBIR URUS, MEMANTAPKAN PRESTASI PERBELANJAAN PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN KPM BERSAMA JPN S...
15/10/2026

15 OKTOBER 2026 | MEMPERKASA TADBIR URUS, MEMANTAPKAN PRESTASI PERBELANJAAN PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN KPM BERSAMA JPN SELANGOR

SESI LIBAT URUS SETIAUSAHA BAHAGIAN, BAHAGIAN PENGURUSAN ASET (BPA) BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) SELANGOR

YBrs. Tuan Nik Husni bin Nik Soh, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Kementerian Pendidikan (KPM) telah mempengerusikan Sesi Libat Urus (SLU) Penyelarasan Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Penyelenggaraan KPM bersama JPN Selangor pada 15 Oktober 2026. Sesi ini turut dihadiri oleh Jurutera dan Penolong Jurutera dari seluruh daerah di negeri Selangor.

Penganjuran sesi libat urus ini mencerminkan komitmen berterusan BPA dalam memperkukuh tadbir urus, mempertingkat kecekapan perbelanjaan serta memastikan setiap peruntukan yang disalurkan untuk kerja penyelenggaraan memberi manfaat kepada institusi pendidikan. Bagi BPA, kejayaan pengurusan peruntukan bukan sekadar diukur melalui jumlah penyaluran, tetapi turut dinilai berdasarkan keberkesanan pelaksanaan, kualiti kerja serta impak yang dapat dinikmati oleh warga pendidikan.

Sehubungan itu, BPA terus memberikan penekanan terhadap pemantauan prestasi perbelanjaan, pematuhan spesifikasi, kemajuan pelaksanaan serta penyempurnaan projek penyelenggaraan kecil dalam tempoh yang ditetapkan. Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap peruntukan diurus secara optimum, berhemah dan berorientasikan keberhasilan.

Melalui kerjasama strategik yang erat antara BPA, JPN dan PPD, usaha memperkukuh penyelarasan serta mempercepat pelaksanaan kerja penyelenggaraan akan terus diperkasakan bagi memastikan kemudahan dan infrastruktur pendidikan sentiasa berada pada tahap yang selamat, kondusif dan berkualiti.

BPA kekal komited untuk memastikan setiap peruntukan yang disalurkan bukan sekadar dibelanjakan, tetapi memberi manfaat yang berterusan dan nilai tambah kepada pendidikan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga JPN Selangor, PPD, serta semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama padu dalam menjayakan sesi libat urus ini.




11/10/2026

RUMUSAN BELANJAWAN 2027 : KPM

Hampir RM69 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menyokong kebajikan murid, kesejahteraan guru dan penambahbaikan prasarana sekolah.

'Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi"

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”







06/10/2026
Jangan lupa ikuti program ALFA2.0, Khamis 1 Oktober 2026 dengan tajuk “Naik Taraf Sekolah, Memacu Pendidikan Berkualiti”...
30/09/2026

Jangan lupa ikuti program ALFA2.0, Khamis 1 Oktober 2026 dengan tajuk “Naik Taraf Sekolah, Memacu Pendidikan Berkualiti” bersama panel jemputan.

Jangan lupa ikuti program ALFA2.0, Khamis 1 Oktober 2026 dengan tajuk “Naik Taraf Sekolah, Memacu Pendidikan Berkualiti” bersama panel jemputan. Jika anda ada sebarang soalan atau pandangan, boleh utarakan di ruangan komen.

📢 HEBAHAN | SLOT BERSAMA SUB BPA DI NASIONALfm 🎙️📻“NAIK TARAF SEKOLAH, MEMACU PENDIDIKAN BERKUALITI”Jom sama- sama saksi...
30/09/2026

📢 HEBAHAN | SLOT BERSAMA SUB BPA DI NASIONALfm 🎙️📻

“NAIK TARAF SEKOLAH, MEMACU PENDIDIKAN BERKUALITI”

Jom sama- sama saksikan dan dengarkan perkongsian bersama:

👤 Tuan Nik Husni bin Nik Soh
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan

📅 Tarikh: 1 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 10.30 pagi
📻 Saluran: Nasionalfm (92.1 FM) dan Siaran langsung di Facebook Nasionalfm

Program ini akan mengetengahkan usaha dan prakarsa dalam menaik taraf sekolah bagi memacu penyediaan pendidikan yang berkualiti.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti siaran ini di Nasionalfm✨



DEWAN HAMZAH AL-FANSURI SMKA TUN AHMADSHAH INANAM BAKAL BERUBAH WAJAH!Dewan Utama Hamzah Al-Fansuri, SMKA Tun Ahmadshah ...
21/09/2026

DEWAN HAMZAH AL-FANSURI SMKA TUN AHMADSHAH INANAM BAKAL BERUBAH WAJAH!

Dewan Utama Hamzah Al-Fansuri, SMKA Tun Ahmadshah Inanam, Kota Kinabalu, Sabah kini melalui proses penyelenggaraan dan baik pulih bagi mengembalikan keselesaan serta keceriaan ruang utama sekolah.

Sinergi antara Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (...
17/09/2026

Sinergi antara Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diperkukuh bagi memastikan peruntukan penyelenggaraan diurus secara berkesan, dilaksanakan mengikut garis panduan serta impak segera dapat dirasai.

BENGKEL KERJA PRAKARSA TS4.S1.P2 RPM 2026-2035 : PENGURUSAN ASET KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) TAHUN 2026Menyahut cabaran...
11/09/2026

BENGKEL KERJA PRAKARSA TS4.S1.P2 RPM 2026-2035 : PENGURUSAN ASET KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) TAHUN 2026

Menyahut cabaran sempena pengumuman peningkatan peruntukan penyelenggaraan sekolah yang di umumkan oleh YAB PMX baru-baru ini, BPA mengorak langkah awal dengan mengadakan sesi bengkel dan libat urus bersama semua JPN, JKR dan Bahagian-Bahagian terlibat di KPM sebagai persediaan awal dalam memastikan semua permohonan penyelenggaraan tahun 2027 dapat direalisasikan dengan berkesan.




11/09/2026

PENYELENGGARAAN INSTITUSI PENDIDIKAN KPM DI SELURUH NEGARA TAHUN 2026

Saban tahun, Bahagian Pengurusan Aset (BPA) KPM menggalas tanggungjawab dalam memastikan aset dan fasiliti di semua institusi pendidikan diselenggara dan berfungsi secara optimum. Tanpa mengenal erti penat lelah dan usaha yang berterusan, BPA KPM bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sentiasa cakna dalam menguruskan sebarang isu penyelenggaraan yang diutarakan oleh pihak sekolah untuk memastikan kemudahan yang lebih selamat dan kondusif kepada semua warga pelajar dan pendidik.

Usaha ini diterjemahkan melalui pelaksanaan 16,357 projek penyelenggaraan di semua 10,258 sekolah dan juga institusi bukan sekolah serta kuarters guru di seluruh negara dengan kos perbelanjaan melalui peruntukan Kerajaan MADANI sebanyak RM1.255 bilion. Sehingga 31 Ogos 2026, sebanyak 5,410 projek telah berjaya disiapkan dan bakinya sedang dilaksanakan mengikut perancangan yang dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2026. Value for money turut menjadi agenda utama BPA KPM dalam pelaksanaan setiap projek supaya setiap sen yang dibelanjakan dapat memberi manfaat dan keselesaan dalam membentuk kemenjadian murid yang cemerlang.

BPA KPM akan terus komited memastikan pengurusan penyelenggaraan dilaksanakan secara cekap, teratur dan berimpak selaras dengan usaha KPM untuk menyediakan prasarana pendidikan yang berkualiti demi kesejahteraan murid dan seluruh warga KPM.





Address

Bahagian Pengurusan Aset KPM
Putrajaya
62604

Opening Hours

Monday 08:30 - 04:30
Tuesday 08:30 - 04:30
Wednesday 08:30 - 04:30
Thursday 08:30 - 04:30
Friday 08:30 - 04:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pengurusan Aset KPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share