JPPM Malaysia

Directions Website

JPPM Malaysia Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) | Official page of the Malaysian Registry of Societies (ROS)

Pentadbiran British menubuhkan jawatan โ€œSecretary For Chinese Affairsโ€ yang bertanggungjawab mentadbir hal ehwal, mengawal kegiatan yang tidak diingini dan masalah jenayah dalam kalangan orang-orang Cina. โ€œSocieties Enactmentโ€ 1899 dibentuk di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang bertujuan membendung aktiviti-aktiviti orang-orang Cina yang semakin ramai di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Enakmen 1899 dipinda pada tahun 1913 dengan memperuntukkan bahawa pegawai yang bertanggungjawab ialah โ€œRegistrar of Societyโ€ dengan memberi perhatian khusus dalam soal mengendalikan persatuan yang wujud pada masa itu. Bermulanya fungsi โ€œPendaftar Pertubuhanโ€ terhadap pengawalan aktiviti-aktiviti pertubuhan yang wujud pada masa itu. Enakmen ini dipinda dari masa ke semasa iaitu pada tahun 1927, 1947 dan 1949. Enakmen yang dipinda pada tahun 1949 dikuatkuasakan pada 1 September 1949 dengan mewajibkan pendaftaran ke atas semua pertubuhan yang ada pada masa itu. Enakmen ini terus digunapakai hinggalah selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Enakmen 1899 telah digubal semula oleh Parlimen dalam tahun 1965/66 dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1966 dikenali sebagai Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). Akta 335 merupakan hasil keluaran yang melibatkan percantuman tiga ordinan berlainan sebelum ianya diluluskan, iaitu Enakmen 1949 untuk Persekutuan Tanah Melayu, Ordinan Pertubuhan 1957 bagi negeri Sarawak dan Ordinan Pertubuhan 1961 bagi negeri Sabah. Akibat daripada Akta 335 itu, Pejabat Pendaftaran Pertubuhan telah diwujudkan pada tahun 1966 untuk menguatkuasakan Akta, selepas ianya dipisahkan daripada Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja. Akta 335 telah disemak semula dan diwartakan bagi versi Bahasa Melayu pada 15 Disember 2021 dan kini dikenali sebagai Akta 832.

06/10/2026

๐Ÿ’ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‹๐š๐ ๐ข..โณ

Warga Kunak, sudah bersedia? ๐Ÿคฉ

Majlis Perasmian Program Santuni MADANI JPPM Tahun 2026 semakin hampir! Ayuh rancang hujung minggu anda bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan program ini.

๐Ÿ“… Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 9:00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Kampung Skim Cocos, Kunak, Sabah.

๐Ÿ›๏ธ Jualan Rahmah MADANI
๐ŸŽ Cabutan bertuah
โœจ Pelbagai lagi aktiviti menarik!

Set tarikh ini dan ajak keluarga serta jiran tetangga. Jumpa anda di Kampung Skim Cocos!




ยฉ๏ธ2026 ๐˜œ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต ๐˜’๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ด๐˜ช ๐˜’๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต ๐˜‘๐˜—๐˜—๐˜”

SELAMAT MAJU JAYA NURULHUDA BINTI MOHD AKOBSekalung penghargaan buat Nurulhuda binti Mohd Akob, Pengarah JPPM Negeri Per...
06/10/2026

SELAMAT MAJU JAYA NURULHUDA BINTI MOHD AKOB

Sekalung penghargaan buat Nurulhuda binti Mohd Akob, Pengarah JPPM Negeri Perak atas komitmen dan sumbangan sepanjang berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Semoga setiap langkah dipermudah dan terus mencipta kejayaan dalam kerjaya.

Ikhlas daripada
YBhg. Datoโ€™ Mohd Zulfikar bin Ahmad
Ketua Pengarah & seluruh warga JPPM


SELAMAT MAJU JAYA MUHAMMAD FAREED AIDIL BIN MOHD FUADSekalung penghargaan buat Muhammad Fareed Aidil bin Mohd Fuad, Baha...
06/10/2026

SELAMAT MAJU JAYA MUHAMMAD FAREED AIDIL BIN MOHD FUAD

Sekalung penghargaan buat Muhammad Fareed Aidil bin Mohd Fuad, Bahagian Pengurusan Strategik (BPS) atas komitmen dan sumbangan sepanjang berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Selamat meneruskan khidmat di tempat baharu. Semoga setiap langkah dipermudah dan terus mencipta kejayaan dalam kerjaya.

Ikhlas daripada
YBhg. Datoโ€™ Mohd Zulfikar bin Ahmad
Ketua Pengarah & seluruh warga JPPM


๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐’๐”๐‘๐€๐“ ๐๐„๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐†๐„๐๐’๐ˆ ๐๐„๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‰๐๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”SADONG JAYA | 5 Oktober 2026 โ€“ YBrs. ...
05/10/2026

๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐’๐”๐‘๐€๐“ ๐๐„๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐†๐„๐๐’๐ˆ ๐๐„๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‰๐๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

SADONG JAYA | 5 Oktober 2026 โ€“ YBrs. Dr. Adam bin Abu Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), hari ini menyempurnakan Sesi Penyerahan Surat Pelantikan Agensi Pelaksana Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) JPPM Tahun 2026. Sesi berlangsung di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, Sarawak.

Penyerahan surat pelantikan ini memperkukuh kerjasama antara JPPM dan agensi pelaksana bagi menjayakan projek KAM di Kampung Pendam, Sadong Jaya. Penyelarasan ini penting bagi memastikan peranan dan tanggungjawab setiap agensi dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

JPPM komited menjayakan inisiatif Kampung Angkat MADANI melalui kerjasama erat antara agensi demi kesejahteraan penduduk serta pembangunan komuniti setempat.

Pada kesempatan ini jua, turut diadakan ialah lawatan ke SK Pendam bagi melihat perkembangan terkini projek Sekolah Angkat MADANI Malaysia yang sedang dilaksanakan di sekolah tersebut.

Hadir sama Encik Shahrizal bin Nuar @ Anuar, Pengarah Bahagian Pengurusan Strategik JPPM, Puan Hajiawati binti Tambi, Pengarah JPPM Negeri Sarawak bersama wakil Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, Majlis Perbandaran Kota Samarahan serta Jabatan Kerja Raya Bahagian Samarahan.

04/10/2026

๐Ÿ“น Sorotan Program Pemerkasaan Jaringan Pertubuhan Negeri Melaka Tahun 2026 bersama YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang berlangsung di Hotel MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 3 Oktober 2026.

Program ini menjadi platform libat urus strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara kerajaan dengan pertubuhan berdaftar demi kesejahteraan rakyat. Majlis turut menyaksikan penyampaian Sijil Pertubuhan Tadbir Urus Cemerlang Tahun 2026 serta Sijil Pertubuhan Baharu Berdaftar Negeri Melaka kepada pertubuhan terpilih.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐„๐‘๐€๐๐€๐ ๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ-๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ ๐Œ๐”๐‘๐๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐–๐ˆ๐‘๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆLABUAN | 3 Oktober 2026 โ€“ YBhg. Datoโ€™ Mohd Zulfikar bin Ah...
04/10/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐„๐‘๐€๐๐€๐ ๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ-๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ ๐Œ๐”๐‘๐๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐–๐ˆ๐‘๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ

LABUAN | 3 Oktober 2026 โ€“ YBhg. Datoโ€™ Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni sempena Program Jelajah Wira MADANI bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha KDN. Beliau turut menyampaikan amanat YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri sebagai suntikan semangat dan penghargaan atas komitmen serta sumbangan warga KDN dalam melaksanakan tanggungjawab perkhidmatan.

Berlangsung dalam suasana penuh kemesraan, majlis ini menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim antara kepimpinan dan warga kementerian. Pertemuan ini turut menyemarakkan nilai ihsan, hormat serta semangat kebersamaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Haji Makhzan bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, ketua-ketua jabatan dan agensi KDN, setiausaha-setiausaha bahagian serta pegawai kanan dan warga KDN.


,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

๐‘ฐ๐’Œ๐’–๐’•๐’Š ๐’Œ๐’‚๐’Ž๐’Š ๐’…๐’Š ๐’Ž๐’†๐’…๐’Š๐’‚ ๐’”๐’๐’”๐’Š๐’‚๐’:
๐Ÿ“ฑFacebook: ๐˜ง๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฌ.๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ/๐˜ซ๐˜ฑ๐˜ฑ๐˜ฎ.๐˜ฎ๐˜บ
๐Ÿ“ฑIG/X/TT/Threads:
๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: ๐˜‘๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ง๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข (๐˜‘๐˜—๐˜—๐˜”)
๐Ÿ’ปPortal: ๐‘ค๐‘ค๐‘ค.๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ .๐‘”๐‘œ๐‘ฃ.๐‘š๐‘ฆ

ยฉ๏ธ2026 ๐˜œ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต ๐˜’๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ด๐˜ช ๐˜’๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต ๐˜‘๐˜—๐˜—๐˜”

03/10/2026
๐‰๐๐๐Œ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐‰๐€๐‘๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐”๐๐”๐‡๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€AYER KEROH, 3 Oktober 2026 โ€“ Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) h...
03/10/2026

๐‰๐๐๐Œ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐‰๐€๐‘๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐”๐๐”๐‡๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

AYER KEROH, 3 Oktober 2026 โ€“ Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) hari ini menganjurkan Program Pemerkasaan Jaringan Pertubuhan Negeri Melaka Tahun 2026 Bersama YB Timbalan Menteri Dalam Negeri di Hotel MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Program yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri itu turut dihadiri oleh Encik Shahrizal bin Nuar @ Anuar, Pengarah Bahagian Pengurusan Strategik selaku wakil Ketua Pengarah JPPM.

Penganjuran program ini menjadi platform libat urus strategik bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara kerajaan dengan pertubuhan berdaftar demi kesejahteraan rakyat. Majlis turut menyaksikan penyampaian Sijil Pertubuhan Tadbir Urus Cemerlang Tahun 2026 serta Sijil Pertubuhan Baharu Berdaftar Negeri Melaka kepada pertubuhan terpilih.

Turut hadir ialah Puan Nur Faizlin binti Md Jadi, Pengarah JPPM Negeri Melaka, Puan Aimie Yusreena binti Yunus, Penasihat Undang-Undang, Exco Kerajaan Negeri Melaka, pengarah-pengarah bahagian dan negeri serta wakil jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).


๐Š๐ ๐‰๐๐๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š๐Š๐€๐ ๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐–๐ˆ๐‘๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐ƒ๐LABUAN | 3 Oktober 2026 โ€“ YBhg. Datoโ€™ Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah ...
03/10/2026

๐Š๐ ๐‰๐๐๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š๐Š๐€๐ ๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐–๐ˆ๐‘๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐ƒ๐

LABUAN | 3 Oktober 2026 โ€“ YBhg. Datoโ€™ Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah menghadiri Majlis Perasmian Program Jelajah Wira MADANI Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertempat di Sekolah Antarabangsa Labuan, hari ini.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha KDN.

Program ini menjadi platform untuk mendekatkan KDN dan agensi di bawahnya dengan masyarakat di samping menyemarakkan penghayatan nilai-nilai murni serta semangat Malaysia MADANI.

Address

Aras 8 & 9, Setia Perkasa 7, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62546

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPPM Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share