01/06/2026
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) | Official page of the Malaysian Registry of Societies (ROS)
Pentadbiran British menubuhkan jawatan “Secretary For Chinese Affairs” yang bertanggungjawab mentadbir hal ehwal, mengawal kegiatan yang tidak diingini dan masalah jenayah dalam kalangan orang-orang Cina. “Societies Enactment” 1899 dibentuk di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang bertujuan membendung aktiviti-aktiviti orang-orang Cina yang semakin ramai di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Enakmen 18
01/06/2026
31/05/2026
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
𝑀𝘦𝑟𝘢𝑓𝘢𝑘 𝑆𝘦𝑚𝘣𝑎𝘩 𝘜𝑐𝘢𝑝𝘢𝑛 𝑆𝘦𝑡𝘪𝑛𝘨𝑔𝘪-𝘛𝑖𝘯𝑔𝘨𝑖 𝑇𝘢ℎ𝘯𝑖𝘢ℎ
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada
YBhg. Dato’ Mohd Zulfikar bin Ahmad
Ketua Pengarah & seluruh warga
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍:
📱Facebook: 𝘧𝘢𝘤𝘦𝘣𝘰𝘰𝘬.𝘤𝘰𝘮/𝘫𝘱𝘱𝘮.𝘮𝘺
📱IG/X/TT/Thread:
📱WhatsApp Channel: 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘥𝘢𝘧𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘵𝘶𝘣𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 (𝘑𝘗𝘗𝘔)
💻Portal: 𝑤𝑤𝑤.𝑟𝑜𝑠.𝑔𝑜𝑣.𝑚𝑦
©️2026 𝘜𝘯𝘪𝘵 𝘒𝘰𝘮𝘶𝘯𝘪𝘬𝘢𝘴𝘪 𝘒𝘰𝘳𝘱𝘰𝘳𝘢𝘵 𝘑𝘗𝘗𝘔
30/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐄𝐒𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia. ✨
Keharmonian yang kita kecapi hari ini adalah hasil semangat toleransi dan rasa hormat yang tinggi antara kepelbagaian kaum dan agama.
Semoga sambutan ini terus memperkukuh ikatan perpaduan dan menyemai nilai kasih sayang sesama kita demi kesejahteraan negara tercinta.
Selamat Hari Wesak 🌸
Ikhlas daripada
Seluruh Warga Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍:
📱Facebook: 𝘧𝘢𝘤𝘦𝘣𝘰𝘰𝘬.𝘤𝘰𝘮/𝘫𝘱𝘱𝘮.𝘮𝘺
📱IG/X/TT/YT:
📱WhatsApp Channel: 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘥𝘢𝘧𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘵𝘶𝘣𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 (𝘑𝘗𝘗𝘔)
💻Portal: 𝑤𝑤𝑤.𝑟𝑜𝑠.𝑔𝑜𝑣.𝑚𝑦
©️2026 𝘜𝘯𝘪𝘵 𝘒𝘰𝘮𝘶𝘯𝘪𝘬𝘢𝘴𝘪 𝘒𝘰𝘳𝘱𝘰𝑟𝘢𝘵 𝘑𝘗𝘗𝘔
28/05/2026
🚨 OPS TIRIS DIPERHEBAT
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh operasi bersepadu dalam membanteras ketirisan subsidi dan aktiviti penyeludupan bahan kawalan demi memastikan keselamatan negara, kestabilan bekalan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
💬 “KDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan strategik demi keselamatan rakyat dan kestabilan negara.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Operasi penguatkuasaan dijalankan secara menyeluruh melibatkan pemeriksaan lori minyak, sekatan jalan raya, dokumentasi barang rampasan serta pemantauan rantaian pengedaran bahan bersubsidi di beberapa lokasi tumpuan termasuk Kuching, Butterworth dan Tumpat.
Antara fokus utama operasi termasuk:
✅ Membanteras ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi
✅ Memperkukuh pemeriksaan lori tangki dan dokumentasi pengangkutan
✅ Meningkatkan operasi sekatan jalan raya secara strategik
✅ Melaksanakan tindakan tegas terhadap penyelewengan subsidi
✅ Melindungi subsidi rakyat dan kestabilan bekalan negara
Sepanjang operasi dilaksanakan, nilai rampasan harian direkodkan sebanyak RM183,601.75 melibatkan rampasan diesel dan petrol yang dipercayai cuba diselewengkan untuk tujuan penyeludupan.
KDN komited memastikan pendekatan Smart Enforcement, operasi berasaskan risikan dan kerjasama rentas agensi terus diperkasakan bagi memastikan ketirisan dapat dibanteras secara menyeluruh demi kepentingan rakyat dan negara.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri | 27 Mei 2026
28/05/2026
🚨 IMPAK KRISIS BEKALAN GLOBAL
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh penguatkuasaan strategik dan operasi bersepadu bagi memastikan keselamatan rakyat, kestabilan bekalan negara serta kedaulatan sempadan sentiasa terpelihara.
💬 “KDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan strategik demi keselamatan rakyat dan kestabilan negara.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Pelbagai tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan kerjasama antara agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan agensi penguat kuasa berkaitan dalam membanteras aktiviti ketirisan, penyeludupan serta jenayah rentas sempadan.
Antara fokus utama operasi termasuk:
✅ Membanteras penyeludupan diesel dan barang kawalan
✅ Memperkukuh kawalan sempadan negara
✅ Meningkatkan pemantauan perairan negara
✅ Memastikan bekalan strategik negara kekal stabil
✅ Melindungi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.
KDN komited memastikan pendekatan Smart Enforcement, operasi berasaskan risikan dan kerjasama rentas agensi terus diperkasakan demi menjamin keamanan serta kesejahteraan rakyat Malaysia.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri | 27 Mei 2026
28/05/2026
🇲🇾 RMK-13 terus perkasa jati diri & semangat patriotisme ✨
Program seperti Kembara Perpaduan, Piagam Harmoni & Latihan Khidmat Negara 2.0 🎖 tingkatkan keharmonian negara 🤝
Sumber :
27/05/2026
𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐔𝐊𝐇𝐔𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀𝐀𝐍
KAJANG | 27 Mei – YBhg. Dato’ Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) hari ini turut menyertai Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H bertempat di Surau Taman Sri Kenari, Taman Kenari Sungai Ramal Baru, Kajang, Selangor.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan semangat kebersamaan ini turut disertai warga JPPM serta komuniti setempat dalam usaha memperkukuh ukhuwah dan semangat gotong-royong sempena sambutan Aidiladha.
Sumbangan korban daripada JPPM diserahkan kepada Persatuan Penduduk Apartment Taman Sri Kenari yang diwakili pengerusinya, Encik Nor Azlan bin Baharin menerusi program yang dilaksanakan dengan kerjasama Surau Taman Sri Kenari, Sungai Ramal Luar, Kajang.
Majlis ibadah korban ini bukan sahaja melambangkan penghayatan terhadap nilai pengorbanan dan keikhlasan, malah menjadi medium penting dalam mempererat hubungan silaturahim antara agensi kerajaan dan masyarakat.
Pelaksanaan program seumpama ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kebersamaan dan kesejahteraan komuniti secara inklusif.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍:
📱Facebook: 𝘧𝘢𝘤𝘦𝘣𝘰𝘰𝘬.𝘤𝘰𝘮/𝘫𝘱𝘱𝘮.𝘮𝘺
📱IG/X/TT/Thread:
📱WhatsApp Channel: 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘥𝘢𝘧𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘵𝘶𝘣𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 (𝘑𝘗𝘗𝘔)
💻Portal: 𝑤𝑤𝑤.𝑟𝑜𝑠.𝑔𝑜𝑣.𝑚𝑦
©️2026 𝘜𝘯𝘪𝘵 𝘒𝘰𝘮𝘶𝘯𝘪𝘬𝘢𝘴𝘪 𝘒𝘰𝘳𝘱𝘰𝘳𝘢𝘵 𝘑𝘗𝘗𝘔
26/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 ✨
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat Islam. Semoga kedatangan hari yang mulia ini menjadi medan untuk kita memperkukuh semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketakwaan dalam menjalani kehidupan seharian.
Aidiladha bukan sekadar ibadah korban semata-mata, malah ia membawa makna mendalam tentang kesetiaan Nabi Ibrahim A.S. dan kecekalan Nabi Ismail A.S. dalam mematuhi perintah Allah SWT. Moga kisah ini terus menjadi inspirasi dalam membentuk peribadi yang lebih teguh dan berprinsip.
Raikanlah lebaran ini dengan penuh kesyukuran, sederhana dan saling menghargai. Kepada yang mengerjakan ibadah haji, JPPM mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur.
Salam Aidiladha 🕋🌙
Ikhlas daripada
YBhg. Dato’ Mohd Zulfikar bin Ahmad
Ketua Pengarah
dan seluruh warga
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
𝑰𝒌𝒖𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍:
📱Facebook: 𝘧𝘢𝘤𝘦𝘣𝘰𝘰𝘬.𝘤𝘰𝘮/𝘫𝘱𝘱𝘮.𝘮𝘺
📱IG/X/TT/Thread:
📱WhatsApp Channel: 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘥𝘢𝘧𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘵𝘶𝘣𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 (𝘑𝘗𝘗𝘔)
💻Portal: 𝑤𝑤𝑤.𝑟𝑜𝑠.𝑔𝑜𝑣.𝑚𝑦
©️2026 𝘜𝘯𝘪𝘵 𝘒𝘰𝘮𝘶𝘯𝘪𝘬𝘢𝘴𝘪 𝘒𝘰𝘳𝘱𝘰𝘳𝘢𝘵 𝘑𝘗𝘗𝘔
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Website
Address
Aras 8 & 9, Setia Perkasa 7, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62546
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
