07/12/2023
3-5 December 2023 (Ahad-Selasa) – Satu Bengkel Pemetaan Program Upaya Komunti Madani Kementerian Pendidikan Tinggi (UpayaKPT) telah diadakan di Imperial Heritage Boutique & Gourmet Hotel Melaka. Sesi ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Rizal Bin Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Governan dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi.
Tujuan sesi ini diadakan adalah bagi memberi penerangan kepada universiti awam khususnya tentang pelaksanaan Program UpayaKPT serta memperincikan projek yang akan dilaksanakan di bawah setiap kluster yang telah dikenal pasti di bawah Program Perkongsian dan Pemindahan Ilmu serta Aplikasi Teknologi.
Sesi ini turut dihadiri oleh wakil dari Ungku Aziz Centre for Development Studies, UM, Ketua-ketua Projek Komuniti dan Pengarah Komuniti dari 20 UA yang terlibat.
Seksyen Jaringan Industri Bil 60/2023.
31/10/2023
30 Oktober 2023 (Isnin) – Bengkel Halatuju MTUN telah diadakan bertempat di The Everly Putrajaya. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendapatkan input dalam menyusun strategi dan langkah proaktif kearah membangunkan ekosistem Pendidikan tinggi yang berdaya saing dalam bidang teknikal dan teknologi yang mana akan diterajui oleh universiti-universiti MTUN.
Bengkel ini telah dihadiri oleh Encik Ahmad Rizal Bin Adnan (Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Pengurusan Governan dan Pembangunan), YBhg. Dato' Mohd Sharil Bin Abdullah (Pengarah, Bahagian Hubungan Industri), YBhg. Dato’ Profesor Ts. Dr. Zaliman Bin Sauli (Naib Canselor UniMAP), YBhg. Dato' Prof. Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin (Naib Canselor UMPSA), YBrs. Prof. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim (Naib Canselor UTHM), YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin (Naib Canselor UTeM), Timbalan-Timbalan Naib Canselor MTUN dan pegawai-pegawai dari BHI, JPT.
Seksyen Jaringan Industri Bil 56/2023.
26/10/2023
Posted • .official KPT ANJUR HARI TERBUKA PENDIDIKAN TINGGI NEGARA
24 Oktober 2023 | Putrajaya
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menganjurkan Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara yang majlis penutupnya disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof di sini semalam.
Program tersebut diadakan sebagai sokongan ke atas cadangan-cadangan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (National Review Committee atau NRC) yang ditubuhkan bagi menilai semula semua prinsip dan dasar sedia ada dalam sistem pendidikan tinggi Malaysia.
Bertempat di pekarangan lobi KPT, Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara merupakan medium untuk orang awam memberi pandangan dan maklum balas berkenaan cadangan yang diunjurkan oleh Jawatankuasa NRC.
Pada Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara ini, Jawatankuasa NRC membentangkan lapan (8) syor tumpuan menerusi tiga (3) tema utama bagi menghasilkan perubahan.
Tiga (3) tema berkenaan iaitu penciptaan sistem berprestasi tinggi yang mampan, penciptaan nilai untuk pelajar dan pembangunan bakat dan penciptaan tadbir urus yang tangkas dan cekap.
Selain itu ia termasuk pengenalpastian tujuh (7) tema umum yang menjadi penghalang perkembangan sistem pendidikan tinggi negara iaitu peraturan ketat yang mengekang perkembangan; proses tidak cekap yang menjadi punca kelewatan dan birokrasi; ketidakselarasan keperluan industri dan kurikulum akademik; hala tuju yang tidak jelas disebabkan jurang dasar dan polisi, sumber yang terhad; mekanisme pembiayaan kurang memberi insentif kepada institusi yang menunjukkan prestasi tinggi; serta penguatkuasaan dan pelaksanaan yang lemah.
Pelbagai pengisian menarik disediakan sepanjang Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara termasuklah Pameran Pendidikan Tinggi yang bertemakan ‘IPT Pemangkin Pembangunan Negara MADANI’ seperti pameran Produk Inovasi IPT merangkumi Kesihatan Awam; Keterjaminan Makanan; Teknologi Termaju; dan Warisan Bangsa.
Baca lanjut di: https://www.facebook.com/100064688768610/posts/pfbid03CFg2eY9JJ1W6WAVWMsszrurcpy7Z78usQwax9jTXjB4gVnzrRtdhgb2bAmVNV4Fl/?mibextid=cr9u03
19/10/2023
17 – 19 Oktober 2023 (Selasa – Khamis) – Pengarah Bahagian Hubungan Industri, YBhg. Dato’ Mohd Sharil Bin Abdullah turut menyertai Lawatan dan Perbincangan Pelaksanaan Projek Pemindahan Ilmu Komuniti tertumpu di Lahad Datu.
Seksyen Jaringan Industri Bil 55/2023.
17/10/2023
12 Okt 2023 (Khamis) - Sesi perbincangan secara fizikal bersama YBhg. Tan Sri Madinah Binti Mohamad dan Syarikat GKK Consultants SdnBhd yang telah diadakan di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Putrajaya.
Seksyen Pembangunan Program Bil.64/2023
16/10/2023
13 Okt 2023 (Jumaat) - Lawatan tapak dan Mesyuart Jawatankuasa kerja Pameran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara yang diadakan di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Putrajaya.
Seksyen Pembangunan Program Bil.65/2023
16/10/2023
13 Oktober 2023 (Jumaat) - Sesi Taklimat bagi Program Upaya Komuniti Madani KPT (UpayaKPT) Zon Tengah telah diadakan di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia.
Sesi taklimat ini bertujuan untuk menerangkan hala tuju pelaksanaan Projek UpayaKPT oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). Sesi ini juga diisi dengan perkongsian yang disampaikan oleh wakil penceramah dari Ungku Aziz Centre of Developments Studies (UAC) dan juga Agrobank Centre of Excellence (ACE) berkaitan perancangan dan pelaksanaan khusus kepada projek komuniti yang berimpak tinggi.
Sesi ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sharil Bin Abdullah (JPT), YBhg. Prof. Datin Sri Dr. Suhaiza Hanim Binti Dato’ Mohamad Zailani (UM), YBrs. Prof Madya Dr. Mohd Nizam Osman (UPM), YBrs. En Shahrom Bin Shahril (Ketua Seksyen, ACE), Pengarah Komuniti UA, ketua-ketua projek UA dan agensi luar yang terlibat.
Seksyen Jaringan Industri Bil 54/2023.
04/10/2023
3 Oktober 2023 (Selasa) – Pengarah Bahagian Hubungan Industri, YBhg. Dato’ Mohd Sharil Bin Abdullah turut menghadiri Slot Pendedahan Industri kepada Pelajar-Pelajar Baharu Universiti Malaya yang dianjurkan oleh Universiti Malaya.
Seksyen Jaringan Industri Bil 52/2023.
03/10/2023
2 Oktober 2023 (Isnin) – Satu Sesi Perbincangan bersama Ungku Aziz Centre for Development Studies telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Ibnu Marwan 1, Jabatan Pendidikan Tinggi. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sharil Bin Abdullah, Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pendidikan Tinggi.
Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk melihat kepada perancangan inisiatif di bawah UAC dan disesuaikan dengan inisiatif semasa di bawah JPT bagi mendapatkan impak program yang lebih signifikan sebagaimana hasrat YB Menteri Pendidikan Tinggi.
Sesi ini telah dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya EUR ING. Ir. Ts. Dr. Shahiron Bin Shahidan (JPT), Puan Nur Hayuna Binti Abd Karim (JPT), YBhg. Datin Sri Dr. Suhaiza Hanim Binti Dato Mohamad Zailani (UM), YBrs. Dr. Samsul Farid Bin Samsuddin (UM), YBrs. Dr. Nurul Ashikin Alias (UM), Puan Suhailah Binti Saleh (UM) serta pegawai-pegawai dari BHI, JPT.
Seksyen Jaringan Industri Bil 51/2023.
27/09/2023
27 September 2023 (Rabu) – Satu Sesi Taklimat berkaitan Pelaksanaan MY5G Ericsson Malaysia Pioneers Programme telah diadakan secara atas talian.
Sesi ini diadakan untuk memberikan taklimat dan penerangan yang lebih lanjut mengenai program ini.
Seksyen Jaringan Industri Bil 48/2023.
14/09/2023
13 September 2023 (Rabu) - Mesyuarat Koordinasi Konsortium Universiti Awam bagi Program CMU-TUSAS-MIGHT Talent Development yang diadakan di MIGHT, Cyberjaya
Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Dato’ Mohd Sharil Bin Abdullah, Pengarah (BKIM, JPT). Turut dihadiri oleh Encik Shahiman Bin Sulaiman CEO (TUSAS Malaysia), Encik Muhammad Asyraf Bin Mastor Research Analyst Project Manager (MIGHT) dan wakil wakil universiti awan dan swasta Malaysia.
Seksyen Pembangunan Program Bil.56/2023
13/09/2023
Posted • .official SESI KUNJUNGAN KUMPULAN SIRIM KE ATAS YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI
12 September 2023 | Putrajaya
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menerima kunjungan daripada YBhg. Datuk Omar Shariff Mydeen, Ahli Lembaga Pengarah dan YBhg. Dato’ Indera Dr. Ahmad Sabirin Arshad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad pada hari ini.
Sesi kunjung hormat ini bertujuan membincangkan peluang kerjasama strategik antara SIRIM Berhad bersama KPT serta institusi pendidikan tinggi (IPT) di bawah KPT.
Antaranya melibatkan penambahbaikan ekosistem pembangunan kapasiti di IPT khususnya dalam memperkasa kebolehpasaran graduan menerusi program persijilan profesional yang ditawarkan oleh SIRIM, termasuklah pemantapan aktiviti penyelidikan dan pengkomersialan.
Perbincangan yang dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT; YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar); YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan); serta YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.
YB Menteri Pendidikan Tinggi menyambut baik cadangan pihak SIRIM Berhad bagi mempergiat kerjasama menerusi perkongsian kemudahan SIRIM serta pensijilan oleh SIRIM bagi memenuhi keperluan industri kearah mensasarkan kebolehpasaran graduan dengan gaji premium.