01/06/2026
DAULAT TUANKU
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT dalam meneruskan pemerintahan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.
Daulat Tuanku.
Ikhlas daripada : YS PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya.
30/05/2026
Selamat Menyambut Pesta Keamatan dan Hari Gawai 2026
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan !
Gayu Guru Gerai Nyamai!
29/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional. “MEDIA BERINTEGRITI, TERAS KREDIBILITI”. Tabik hormat buat barisan hadapan penyampaian informasi maklumat. Teruskan melaporkan dengan telus dan berintegriti!
Ikhlas Daripada
Seluruh Warga Kerja
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Wilayah Persekutuan Putrajaya
27/05/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
1447 H | 2026
23/05/2026
Bomba pantau banjir kilat di pusat beli-belah, sekitar Putrajaya | Harian Metro
Putrajaya: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya menggerakkan anggotanya untuk memantau situasi kenaikan air di sebuah pusat beli-belah di sini, susulan hujan lebat berterusan hari ini.
23/05/2026
*PUTRAJAYA, 23 MEI 2026* – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) W.P. Putrajaya telah menerima panggilan berkaitan kejadian air bertakung dan kawasan berisiko banjir susulan hujan lebat yang melanda sekitar Putrajaya petang tadi.
Susulan itu, pihak bomba melalui Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 serta BBP Presint 14 telah melaksanakan rondaan dan pemantauan di beberapa lokasi tumpuan bagi memastikan keadaan berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
Antara lokasi yang dipantau termasuk kawasan Perumahan Presint 9 Fasa 5 dan 6, Tunnel Presint 11, Apartmen PPAM Seruling Presint 5, Putrajaya Convention Centre serta sekitar Presint 16 dan Presint 17. Pasukan turut menerima laporan berkaitan kenaikan air di kawasan sekitar Alamanda Mall dan pemantauan segera telah dilaksanakan bagi memastikan keadaan terkawal serta tidak melibatkan sebarang mangsa.
Pemeriksaan turut dilakukan ke atas sistem perparitan dan paras air di kawasan berisiko berlakunya takungan air bagi mengelakkan kejadian banjir kilat. Pemantauan berterusan juga dilaksanakan melalui sistem CCTV serta kerjasama bersama Putrajaya Command Centre (PPj).
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM W.P. Putrajaya, Muhamad Haziq Hazmi berkata pihaknya sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.
Menurut beliau, “Pemantauan awal dan rondaan berterusan dilaksanakan bagi memastikan sebarang risiko banjir kilat dapat dikenal pasti dengan segera serta tindakan pantas dapat diambil oleh pasukan bomba demi keselamatan orang awam.”
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau peningkatan paras air di kawasan masing-masing.
22/05/2026
Pohon beringin tumbuh melata,
Tempat berteduh sang camar putih;
Anugerah Cemerlang pengiktirafan kita,
Tanda menghargai jasa dan keringat ditumpah. 🌸🎖️
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 peringkat JBPM W.P Putrajaya. Terima kasih atas sumbangan bakti dan kecemerlangan yang telah dicurahkan demi menaikkan nama jabatan!
21/05/2026
Lawatan Kerja YAS Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) ke BBP Presint 7 🚒📋
21 Mei 2026 | Hari ini, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 telah menerima kunjungan rasmi daripada YAS Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dato' Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman dalam satu sesi Lawatan Kerja yang bermula jam 10.00 pagi tadi.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk meninjau tahap kesiapsiagaan operasi, membincangkan strategi pengurusan bencana, serta menyantuni dan memberikan amanat amanah terus kepada keanggotaan di peringkat akar umbi demi memastikan penyampaian perkhidmatan kebombaan yang terbaik.
Seluruh warga BBP Presint 7 dan JBPM W.P Putrajaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YAS Dato' meluangkan masa hadir memberikan suntikan semangat dan hala tuju yang jelas buat kami di lapangan.