14/10/2026
YBhg. Datuk Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) telah menghadiri Sesi Khas Pasca Pembentangan Belanjawan 2027 & Pelancaran Aplikasi MyResQ dengan tema โMenggapai Di Langit, Mengakar Di Bumi: Memperhebat Reformasiโ disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.
Pembentangan Belanjawan MADANI 2027 yang bertemakan โMenggapai di Langit, Mengakar di Bumiโ adalah tahun pelaksanaan yang lebih pantas dan berimpak nyata untuk rakyat.
Fokus & Pembaharuan Utama:
๐น Kecekapan Fiskal: Belanjawan RM461.84 bilion diurus dengan cermat & berakauntabiliti.
๐น Kesejahteraan Penjawat Awam: 9,000 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap, kenaikan pangkat khas untuk 12,000 pegawai P&P cemerlang, serta kenaikan cuti bersalin terkumpul (490 hari) & pencen terendah (RM1,350).
๐น Inisiatif Digital & Hijau: Penjimatan RM5.79 juta menerusi pelaksanaan amalan hijau ๐ฑ๐ข๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ฆ๐ด๐ด .
๐น Inovasi Komuniti: Pelancaran Aplikasi MyResQ bagi menghubungkan penyelamat CPR & lokasi AED untuk respons kecemasan pantas. Perkhidmatan awam kini bergerak ke arah pentadbiran yang berorientasikan hasil, mesra rakyat dan berprestasi tinggi.
Pelaksanaan Belanjawan MADANI 2027 menuntut budaya kesegeraan (sense of urgency) dalam kalangan seluruh penjawat awam. Setiap kelewatan yang tidak berasas juga boleh menjejaskan manfaat yang sepatutnya diterima oleh rakyat.
Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia