08/08/2024
M𝐈S𝐈 𝐏E𝐍C𝐀R𝐈A𝐍 𝐀L𝐔M𝐍I N𝐀D𝐖A𝐇 𝐊P𝐌
NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH (NKISS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Anda pernah menyertai Nadwah KPM Peringkat Kebangsaan???
Sila imbas QR kod yang tertera di dalam poster atau klik pautan berikut
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd6fPgz8Vo4epfp87E7WrC7JjjJ9njVIigrAZ4obVwPUeVnWA/viewform
Jom sebarkan pada sahabat seangkatan yang lain!
30/07/2024
Jutaan tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Hj. Omar bin Salleh atas pelantikan sebagai Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam KPM yang telah mula berkuat kuasa pada 29 Julai 2024.
Semoga dedikasi Tuan terus menyerlah dalam meneraju pendidikan Islam bertaraf dunia bagi melahirkan generasi berilmu!
Selamat menjalankan amanah yang diberi.
Sekian, tulus ikhlas daripada:
Perantis Menteri Siri Pertama
16/06/2024
1 JUN 2024, SABTU
Tugas terakhir selaku Kohort Pertama, mengiringi YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan merasmikan beberapa program kelolaan Bahagian Sumber, Teknologi dan Pendidikan, Kementerian Pendidikan; Majlis Anugerah Digital Utilisation & Technology Awards (DUTA) Tahun 2023, Pelancaran MyDigitalMakerFair (MDMF) dan Pelancaran AI Classroom bertempat di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.
Turut hadir juga YB Tuan Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi MDEC), YB Wong Kah Woh (Timbalan Menteri Pendidikan), Pengarah Pusat Sains Negara, Pengurusan Tertinggi KPM, wakil-wakil Pengurusan Tertinggi MOSTI dan perwakilan-perwakilan JPN seluruh negara.
Dalam usaha ke arah digitalisasi pendidikan negara, KPM akan terus tekad memperkasakan pembudayaan digital dalam dunia pendidikan bagi melahirkan lebih ramai anak muda yang berkemahiran dalam bidang baharu yang pesat berkembang dalam arus modenisasi global.
Tahniah kepada kesemua 39 penerima anugerah bagi DUTA 2023 kali ini. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan rakan-rakan strategik dalam menjayakan agenda ini.
16/06/2024
1 JUN 2024, SABTU
Pagi yang indah dimulakan dengan menyertai YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dalam Majlis Perasmian Seminar Penghayatan Riyadus' Salihin yang disempurnakan oleh YBhg Syaykh Profesor Dr. Ali Jum'ah bersama-sama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Turut hadir juga YAB Dato' Seri Amirudin Shari (Dato' Menteri Besar Selangor), YBhg Ustaz Dr. Adi Hidayat (Ulama muda Indonesia) selaku pelengkap kepada sesi 'hiwar' penghayatan Riyadus' Solihin.
Dalam majlis tersebut, panel membincangkan karya "Riya'dus-Salihin" karangan Muhyiddin Yahya bin Sharaf an-Nawawi, atau lebih terkenal dengan Imam An-Nawawi.
YAB Perdana Menteri sempat berkongsi bahawa beliau sendiri mentelaah dengan kitab tersebut sebagai rujukan dalam Usrah ABIM ketika zaman muda beliau.
YAB Dato' Menteri Besar Selangor p**a menyatakan betapa cabaran dunia moden menuntut pengembalian kepada asas kehidupan manusiawi, pada saat rasionaliti tidak mampu menampung bebanan kehampaan, maka wajarlah kembali kepada khazanah dan turath kita untuk mencari jawapannya.
Ustaz Dr. Adi Hidayat, ulama muda Indonesia membahas lanjut perihal keberkatan Imam An-Nawawi. Beliau juga menyentuh kondisi geopolitik semasa Imam An-Nawawi mengarang kitab "Riyadu's-Salihin" yang bergolak secara politik, namun terjaga dari segi pendidikan & kesihatan.
Shaykh Prof. Dr Ali Jum'ah p**a merangkuhkan perbincangan dengan memberi penegasan bahawa kaum Muslimin zaman-berzaman mengambil manfaat daripada karangan2 Imam An-Nawawi disebabkan faktor niat dan keikhlasannya.
Oleh yang demikian, seminar ini secara tidak langsung memberi panduan kepada yang bakal menghadapi cabaran sebagai pemimpin masa hadapan.
16/06/2024
31 MEI 2024, JUMAAT
Alhamdulillah, berkesempatan untuk menyertai YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dalam Majlis Tausiyah Perdana Festival Turath Islami Selangor yang disempurnakan oleh Shaykh Profesor Dr. Ali Jum'ah, bekas M***i Mesir di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam.
Turut hadir YAB Dato' Seri Amirudin Shari, (Dato' Menteri Besar Selangor), YB Senator Dr Zulkifli Hasan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama), dan YBhg. Datin Seri Masdiana Muhammad (Isteri kepada Dato' Menteri Besar Selangor).
Dalam wawancara tersebut, Syaykh menekankan perihal keluarga sebagai asas masyarakat yang perlu mempunyai dua komponen penting iaitu; "hanan" (kasih sayang) dan "aman" (keselamatan) mesti wujud dalam ikatan sesebuah rumah tangga.
Syaykh juga turut menjawab persoalan salah seorang jemaah di mana; tiada sebarang segregasi antara kecemerlangan akademik dan pendidikan akhlak anak-anak sebagai amanah buat ibu bapa.
16/06/2024
30 MEI 2024, KHAMIS
Antara tugas terpenting Kohort Pertama iaitu menyertai YB Fadhlina Sidek bersama-sama Pengurusan Tertinggi KPM mengiri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri hadir ke Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 bertempat di World Trade Centre, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, pada tahun ini PBAKL yang menjadikan Sabah sebagai tetamu telah menerima kunjungan seramai 1.8 juta orang!
Turut hadir juga YAB Datuk Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor), YB Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir (Menteri Pendidikan Tinggi), dan YB Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah).
Di kesempatan itu, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri juga turut mengumumkan pemberian baucar bernilai RM100 kepada pelajar-pelajar di seluruh Malaysia bagi tujuan pembelian buku. Oleh itu, semua pelajar dinasihatkan untuk memanfaatkan peluang tersebut dengan sebaik mungkin!
Bangsa Malaysia bangsa membaca!
Bangsa membaca, bangsa berjaya!